Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, August 1, 2014

#1138 Me Vs Tak Boleh Balik!

Semalam  tido kat Apal. Tetiba pagi ni encik Jack ajak balik Penang. Hoh? Dah kenapa pulak? Dalam kepala aku syak ni mesti sebab nak tengok F1 ni hahahahaha... Plan asal nak balik esok. Tapi tetiba dia bagitau MIL nak balik hari ni. So, MIL pun siap bekalkan macam-macam lah konon nak balik hari ni. 

Dari tengahari sampai ke petang encik Jack dok check Waze. Jem-jem-jem lah kat Machang. Aku pun dah mati akal cemana nak balik ni. Encik Jack hold sampai kul 6.  Harap-harap tak jemlah dah dekat senja tu. Bertolak lah jugak.

Sampai je dekat Pusat Serenti Machang tu, start jem. 45 minit 1km pun tak lepas. The opposite lane memang takde keta langsung. Agaknya traffic light depan sana tu yang hala ke mari tak lepas. Tu yang clear giler lane sebelah. Dah azan maghrib, tapi tetap tak bergerak-gerak jugak. Last-last, Encik Jack ajak tido KB je malam ni. Masin mulut Adam dok ajak balik umah Mamatuk... 

Balik Penang dari KB lagi senang. Banyak shortcut buleh redah. Kalu balik dari Jerteh, nak tak nak kena lalu Machang jugak. Machang tu la bapak segala jem. Yang nak balik KL pun lalu jalan tu. Yang nak balik ke utara pun pakai jalan tu jugak. Mana tak bersusun keta. Kalu dari KB, kitorang buleh terus rentas ikut Rantau Panjang keluar ikut Tanah Merah. Setel masalah. In Sya Allah dengan izin Allah hihi.
Malam ni macam pelarian lah sampai kat KB tu. Berangkutlah pulak barang-barang yang berbondong-bondong ni. Unpack and simpan dalam fridge. Hadoi... Dugaan sungguh. Tapi yang seronoknya Puan Menteri dengan anak menteri pelancongan dia tu la. And plus the kids lah. And ofkos aku dengan encik Jack jugak sebab jumpa balik internet access, ekon dan water heater. Oh yes, 3 benda tu dah jadi keperluan bagi pemusafir macam aku. Rumah yang ditumpangi kalu ada 3 benda ni kira bonus lah... Alhamdulillah...
Tolong ciklong tumbuk bread crumbs...
Kitorang stranded kat KB sehari setengah. Last-last decide nak bertolak Ahad lepas Subuh. Malam sebelum tido memang packing semaksimum yang boleh. Tinggal bebenda yang last minute aje lah. Ahad tu memang 6.30 pagi kitorang bertolak. Lancar alhamdulillah. Sampai Penang 10.57 pagi. Itu pun pit stop toilet sekali Adam nak kencing. Alhamdulillah.... Selamat jugak sampai ke Penang. Terasa sangat-sangat bumi Kelantan tak nak lepaskan aku hahaahahahaha... 
Ada job tu suka benar la!
Pecah rekod lah ni. Selama ni dok dengar, baca pasal orang KL yang jem nak balik raya sampai 20jam tu dah rasa tak tergambar keperitan. Kali ni diduga macam ni pun dah rasa teruk sangat dah. Sebelum-belum ni tak pernah pun sampai nak balik kena check-check Waze dulu. Rasa nak balik, balik. Kalu jem pun, habis-habis delay lah 2 jam. Tak pernah sampai jadi macam ni. 

Selamat berangkat bagi yang masih di kampung! Pandulah dengan cermat ye... Jangan gelojoh nak potong-memotong aje.. Selamat Hari Raya!

No comments: