Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, August 25, 2014

#1139 Me Vs Pemanduku Puan Menteri

Ini entri throwback. Mokcik malas benar nak update blog skang. Kalu berkubur tu berkubur la terus. No advance notice lah ye. Mokcik tengok blogger-blogger lain pun dah beralih arah. Mokcik pun secara peribadi tak tahu sama ada Mokcik masih Blog Pres yang sah atau telah distepdownkan (repeat, stepdown, bukan smackdown ye!)

Alkisahnya, 2 minggu lepas encik Jack kena attend kursus kat Shah Alam selama 5 hari. Kursus tu syarat wajib lah untuk dia sambung belajar nanti In sya Allah. Mulanya ingat nak mintak tolong Puan Siti, aje. Tapi malangnya raya baru ni anak dia cedera terkena mercun. Rasa tak tergamak pulak nak menyusahkan orang yang tengah diduga tu. So, last resort mintak tolong Puan Menteri lah. Hihi... Sampai ke tua beranak dua pun tak habis-habis menyusahkan mak!

Macam biasa la kalu Puan Menteri datang memang penuh la stok makanan dari kampung. Fresh, frozen, cooked, ready to eat, semua ada. Melimpah-limpah makanan alhamdulillah. 
keropok lekor tganu
Cekodok pisang
Pengat keledek + pisang nangka.  Maravidioso!
Petai jeruk MIL dah nak habis. Puan Menteri pulak datang bawak banyak petai mata besau-besau. Sesuai sangat la untuk dijeruk! Kucar-kacir wasap sana sini tanya cara menjeruk petai. Last-last gabung semua yang orang bagitau plus dari google. Pass la. Masalah utama ialah asam keping aku tak masam. 
Masa Puan Menteri ada kat sini pakcik aku datang la beraya. Time tu la balang-balang biskut ni berjasa. Hahaha... Seumur hidup berumahtangga tak pernah hias coffee table dengan biskut raya dalam balang! Ko rasa?! Balang biskut ni dah la pau hadiah kawin Nik Pareh... Suci murni je tersorok di ceruk kabinet gantung. Setelah bertahun-tahun akhirnya keluar juga... Merasa la feeling-feeling raya di rumah sendiri. Bila la nak buat open house kat umah ni ye. Teringin jugak. Tapi encik Jack tak nak cater. Nak harapkan aku masak tak la kot... Periuk belanga pun bukan untuk cater portion besar...
Selain jeruk petai, aku jugak belajar menjeruk cili. Puan Menteri bawak banyak cili hijau dan merah. Aku jarang masak pakai cili hijau. So, menjeruklah kita. Makan dengan bihun goreng, nasi goreng, kuey tiau goreng pun sedap. Selalu tengok kat atas meja kedai char koay teow aje depa letak. Now kat umah aku pun ado. Laju la sket pasni makan.
Sepanjang ketiadaan encik Jack, kitorang cuma pegi pasar sekali aje. Cari ikan. Then ambik antar Adam sekolah je la. Hari yang ada kelas KAFA tu memang lelah jugak la. Nak siapkan bekal, lunch meal, nak pegi ambik dia lagi. Balik rumah sejam then nak kena hantar dia kelas petang pulak. Aku tengok budak-budak sekolah dia ada jugak yang stayback sampai habis KAFA. Tapi budak darjah satu takkan aku nak suruh dia stay back pulak. Dah la kat sekolah tak makan tak minum. Kebuluran lah dia. At least kalu balik tengahari tu boleh la mandi makan refresh sikit rasa kan.
Bila encik jack balik, hujung minggu sebelum Puan Menteri balik tu kitorang pegi usha Jusco baru pindah kat Bukit Mertajam. Lunch situ terus la. Kesian Puan Menteri seminggu terperap kat umah aje. Kalu kat kampung memang tak lekat kat umah. Aktiviti berjadual tahap menteri lah.
Esoknya tu Puan Menteri dah nak balik... Tak tau nak bagi dia apa. Bagi duit untuk cover tiket bas pegi-balik dia tak nak ambik. Nak bagi buah-buah pun, kat kampung lagi grand. Seminggu Puan Menteri kat sini memang naik lemak la budak-budak ni. Aku pun hilang taring. Nak meroyan pun kena tahan. Silap hari bulan, marah kat anak, aku pulak kena marah balik kat mak aku. Kuikuikui... Spoilt to the max la budak-budak ni. Kasi chan la.
Puan Menteri takde keje.

No comments: