Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, August 29, 2014

#1140 Me Vs The Ramlis Are Coming

Hari ni mak dengan adik encik Jack sekeluarga nak mai umah aku. Dari awal minggu lagi aku dok pikir nak masak apa untuk sambut diorang ni. Goyang seh nak jamu otai-otai ni. Hari ni encik Jack ambik cuti. Gitu.... Semata-mata nak sambut famili dia datang kan. So, pagi ni aku ajak encik Jack pegi pasar cari bahan mentah nak masak special lah kononnya kat diorang... Jarang orang tau dapat makan air tangan special aku ni. Wakakakakakaaaaaaa... 
Punya la kelam-kabut kucar-kacir huru-hara masak ingatkan diorang sampai sini sebelum semayang Jumaat. Selalunya driver F1 ni memang direct flight laju berdesup terbangkan BM-way dia... 12.30 dah siap masak. Lauk hari ni siakap 3 rasa kasih sayang, buncis goreng, udang kertas goreng garam kunyit, sambal belacan dengan sambal tempoyak, tembikai, (tiada dalam gambar). Siakap aku tunggu diorang sampai dulu baru tuang kuah. Kalu tak nanti ikan tu soggy sangat not nice lah. Berkeriuk-keriuk perut tunggu diorang sampai. Kul 3 lebih baru sampai sini. Berapa kali aku ugut diri sendiri nak makan dulu. Hahaha... Sendiri tergoda dengan lauk nak jamu tetamu apa kes. Punya la teragak-agak nak bagi diorang makan sambal belacan aku. Rasa rendah diri la, aku bukannya penumbuk sambal yang handalan. Kot-kot la tak sedap pada tekak diorang. Sekali mak mertua makan dia kata sedap... Hohoho... Entah-entah nak ambik ati aku je kot??? Lalalalalala~~~~ Suka makan dengan diorang ni. Memang real eater. Lepas makan sesi meratah tak hengat. Masak-habis-masak-habis macam ni la aku suka.... Tak payah pening-pening kepala nak simpan nak buang... Semua licin. Alhamdulillah... Had a blissful lunch with them.
Kali ni Orang Kaya Apal bawak kupon makan-makan bernilai RM350. Hambik. Buleh kenduri fast foodlah kitorang sehari dua ni. Kupon ni valid until 31 Ogos ni je. Tu yang kucar-kacir nak kena habiskan jugak tu. Elok sangatlah tu ramai-ramai ni happening lah. Malam ni kita perabis 100 dulu. Esok kakak ipar satu famili  pulak nak datang. Esok kita perabis lagi belen 250 tu... Heaven jugak rupanya rasa jadi orang banyak duit ni. Kehkehkeh...
Malam ni kitorang dine in kat Sunway dulu... Saje je sesambil bawak in laws aku ni jalan-jalan. Tak pernah jalan-jalan dengan inlaws aku kat  mana-mana mall sini lagi. MIL aku nak pegi restoran yang paling mahal yang boleh redeem dari kupon tu. So, kitorang masuk Pizza Hut dulu. Kehkehkeh... Biasanya kalu makan kat pizza hut ni, order air pun yang boleh refill sebab nak jimat kan. This time, belek menu pun bahagian yang harga paling mahal. Kahkahkah... MIL siap remind lagi, pilih yang paling mahal tau. Baru nak order air nama pelik-pelik yang tak pernah tergamak nak order sebelum-belum ni tetiba waitress cakap, sorry cik, dah habis... Order dessert pun, dah habis. Huk aloh, aku baru nak fefeeling jadi orang tiba-tiba kaya. Ingatkan kat umah tadi lagi dah terdetik tak nak order pizza, nak order ala carte menu cam chicken wing ke, pasta ke, etc... But mostly semua dah habis. Hekeleh... There goes my effort nak jadi orang kaya ni. So, kitorang order je la apa yang ada. Which were, the regular order.. Takde rezeki nak makan benda mahal kali ni. :( 
Too bad, lama giler menunggu order malam ni. Staf tak cukup ke apa tak tau la. The kids were getting restless. Susah betul keluar ramai-ramai dengan ramai budak ni. Nak-nak pulak yang sado macam baby Diduan. Semua tak sanggup nak guard dia... Kikikiki.... Penat MIL aku keluar dengan dia... Penat-penat pun terhibur ada dia.
Kudos to Orang Kaya Apal sebab taja kupon percuma untuk semua orang makan dengan gembiranya. Nasib baiklah sale tayar dia sangat cemerlang. Kalu tak, memang tak merasa la makan grand macam ni. Tengkiu, tengkiu! Next time upkan lagi sale tayar tu ye. Habis anak beranak dapat tumpang rasa. Alhamdulillah makin murah rezeki adik ipar aku yang satu ni.
End of part one. Part two esok pulak...

No comments: