Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, August 30, 2014

#1141 Me Vs Island Tour With The Ramlis

Hari ni pagi-pagi lagi tolong MIL aku masak kuah laksam. Laksam gulung tu dia dah beli siap-siap dari kampung. Meriah betul rumah aku ramai-ramai ni. Selalunya bunyi suara 3,4 orang ni je la.I love family gathering! Penat tapi seronok. Nak-nak pulak macam aku yang takde sedara dekat-dekat ni.. Oh why la lupa nak snap gambar set hidangan laksam MIL aku. Sibuk hosting kan. 
Tengahari masak ikan singgang makan dengan pucuk ubi celur. Biras aku pulak masak ayam Pasir akar dia. Blessed. Berselera masing-masing makan. The kids, as usual la.. Lepas makan encik Jack ajak diorang pegi Bukit Bendera. Kasi chanlah diorang naik feri pegi Pulau. H.A.P.P.Y!
Kitorang memang failed bab route kat pulau ni. Selalunya berpandukan waze aje lah. Tapi yang peliknya kali ni, taip kat waze tu untuk peta jalan ke Bukit Bendera, tapi jalan yang di guidenya ke Botanical Park. What the H..... Dua kali ok! Dah kenapa bengong gitu. Orang nak pegi Bukit Bendera. Sampainya kat Taman Bunga. Waze gila! After sesat ke barat 4,5 kali pusing tempat sama, last-last jumpa jugak Bukit Bendera. Bodo la waze ni. Carut seround. Sampai dah sana dah dekat kul 6. Aku dengan encik Jack semayang Asar dulu kat surau Bukit Bendera ni. Haiyooo... Tempat punya la grand, tapi suraunya sempit ya amat! 4 orang je telus sekali smayang. Time aku masuk tu ada sorang tengah tido, dah makan space yang dah already limited tu. Why la people takde kesedaran sivik? Tapi satu yang boleh  puji, telekung surau tu bersih dan tak busuk. Kasi 10 bintang!
Mulanya ingatkan kaunter dah nak tutup sebab dah lewat sampai kan. Tanya guard situ, dia cakap last tiket kul 9.30 malam. Tapi kalu dah malam tak nampak la view kat bawah kan. Yang nampak cuma cahaya lampu je buat apa kan. Ini kali ke2 untuk aku encik jack and Zaraa. Third time untuk Adam and first time untuk family encik Jack. Sampai-sampai sini tadi masa aku pegi smayang, bebudak ni selamat lah mengepau duit MIL aku nak lolipop lah, toys lah, air lah... Kalu dengan aku jangan haraplah dapat. Kesian MIL aku...
Masa datang dengan The Rubiahs cuti sekolah November lepas, ramai yang amat manusia. Beratur sampai berlingkar-lingkar. Terkejut jugak aku datang hari ni takde orang. Lengang je. Padahal skang ni kan cuti jugak sempena Merdeka. Ke sebab dah lewat petang. Encik Jack beli tiket terus dapat masuk tren tak payah beratur berlingkar-lingkar macam dulu. Hmmmmm.... Kalu nak datang sini, sila datang petang-petang sikit ye. 
Masa datang dengan The Rubiahs tu, turun tren kat lain. This time pulak tempat lain pulak. Kat puncak Bukit Bendera tu skang ada construction. Banyak part yang tutup. Bau busuk diesel dari power engine sangatlah mengganggu deria hidu aku. Sana-sini tengah renovate. Nak buat apa tatau lah. Upgrade lah kot. 
Datang dengan Abang sado Diduan tu boleh turun berkilo-kilo tukang kejar dia. Tak duduk diam. Lari sana, lari sini... Kesian biras aku dengan MIL. Time naik tren reti pulak dia dok diam sebab takut gayat. Hahahaha... 
Turun keta kabel terus singgah drive thru kepci order barrel. Ada lagi 150. Balik rumah dulu smayang maghrib. Kakak ipar nak sampai dah kejap lagi. Nanti Encik Jack keluar beli pizza lagi untuk habiskan 150 lagi punya kupon tu. Peh, kenduri fast food tak habis-habis. Makan pizza dengan ayam sampai muntah! One thing tak best kalu order barrel ni, dia kasi banyak dada... Alangkah bestnya kalu drumstick dengan wings yang lebih....

Kakak ipar  sampai umah aku kul 10 lebih. Jem katanya. Sampai-sampai terus makan. Adam seronok bukan main lah dapat jumpa Kiki. Macam kembar 10 tahun terpisah baru berjumpa. Bingit suara masing-masing. Alaaaa.... Kalu kakak ipar sorang lagi dengan adik ipar sorang lagi dapat datang sama kan best. Cukup korum. Makin gegak gempita la umah aku. Bila ketawa vibrate satu umah. Kahkahkahkahkahkah...

Family gathering macam ni kena buat sokmo lah nampak gaya... Aku ok je,  tapi takut tetamu aku lah tak selesa kat umah aku yang serba kekurangan ni. Masak pun tak pandai... Huhu...

It's the bonding that counts kan... Chewah.

No comments: