Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, August 31, 2014

#1142 Me Vs Picnic With The Ramlis

Pagi ni biras aku goreng mi. Tengah gaul, tetiba gas habis. Choiii... Call tukang hantar gas dia cakap lambat sikit. So, encik Jack sendiri kena pegi beli. Tergendala lah keje menggaul tadi. Potong stim betullah. Terpaksalah menunggu sampai gas tukar yang baru.
Hari ni guna program kakak ipar. Dari tempat berhibur sampai ke tempat makan. Dia lagi well versed dari aku. Kahkahkah... Laksa kat mana sedap. Nasi kandar kat mana sedap. Aku? Langsung tatau! Punya la tekak tak berkenan makanan Penang ni kan. So, mokcik ikut je la program dia. Buleh mokcik tumpang rasa sekali. Kalu nak harapkan kitorang, memang lambat lah sikit kot nak rasa. Tak kempunan pun kalu tak rasa. Tapi dah ramai-ramai ni why not aku try sekali. Don't worry, aku sporting. Hehe. 
MIL dengan famili Orang Kaya nak balik kampung terus lepas liburan dengan kitorang. So, diorang singgah borong jeruk siap-siap depan umah aku ni... Glemer jeruk Pak Ali ni. Tapi aku personally tak berapa suka jeruk ni sebab tak crunchy. Lembik je. Dah la mahal nak mamps... Tapi demi halalan toyyiba, ini yang terbaik. Tepuk dada tanya iman nak beli yang mana.
Terjahan pertama adalah Ferringi Beach. Aku suka pegi pantai ni, tapi satu yang leceh adalah nak kena masuk town yang jalannya sempit dan banyak intersections dan traffic congested. Bilalah agaknya depa nak bina fly over or whatsoever yang menghubungkan Ferringi dengan Tanjung Bungah tanpa perlu melalui town area.  Semak tau. We took over an hour to reach Ferringi from my place. Pppfffftt!
Okeylah sampai jugak kat Ferringi... Bawak bekal mi goreng yang tak habis tadi dengan karipap. Habis jugak depa melantak tepi pantai tu. Cuaca sangat baik hari ni. Syoklah bebudak main air. Bapak budak syok cuci mata tengok sotong-sotong saleh ni berjemur tepi pantai. Yang comei-comei mata memandang ada, yang berselulit pun ada. Sape suruh ko tayang body kat situ kan. Dah ko tayang aku tengok je la... :p
Lepas the kids main air lebih kurang, singgah semayang dekat masjid yang kitorang park keta tu. Sesambil tukar baju the kiddos kat situ. Then semua gerak ke nasik kandar Beratur. Memang beratur lah. Makan pun ala-ala cafe tepi jalan tengah panas terik di kota Paris. Paris tu cuacanya nyaman. Sini panas terik nak mampos dah macam ikan kering sorang-sorang rasa.. Punya la nak rasa nasik Kandar Beratur kan. Next time kita try nasik kandar Line Clear pulak ye... 
Punya la rasa bangga buleh rasa nasik kandar Beratur kononnya... Sekali sepupu aku sound, yang kitorang makan tu bukan nasik Kandar Beratur yang glemer tu. Yang well known tu kul 10pm ke atas baru start niaga. Cheh. Kedai ni ada banyak tokey rupanya. Takpe lah apa pun, dah buleh jual nama nasik Kandar Beratur. Dah buleh balik bagitau orang kampung aku dah makan nasik Kandar Beratur walaupon. Hahahahahaha... Aku kalu bab nasik kandar ni makan la kat mana pun, aku tak reti nak nilai sedap ke tak. Dah memang aku tak berahikan nasik kandar. Kuikui.. So far aku dah pernah makan kat Kayu, Pelita, Nasmeer, Hidayah, Subaidah, Kapitan, Hussain... Entah... Same je kot? Hahahahaha...  Nampak sangat buta rasa nasik kandar kaaaaaaaannnn...
Lepas makan sini, MIL satu kereta terus gerak balik kampung. Us and kakak  ipar terus balik rumah berehat. Malam  bawak diorang makan Nasik Ketam kat Juru. Unfortunately, kedai tutuplah pulak. Nak tak nak try lah jugak kedai berhampiran. Aku makan mi udang, kakak ipar mi ketam... Service sangatlah lambat... Mungkin full house sebab customer yang pegi nasik ketam  famous yang tutup tu semua beralih ke sini. Order lambat sampai, the kiddos dah beronar... Makan pun cepat-cepat.. Haiyyoh... Takde rezeki kakak ipar nak makan sedap malam ni. Next time lah ye!



No comments: