Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 9, 2014

#1143 Me Vs The Most Welcoming 4kg

....of cellulite!

Ahahahahaaaa.... Wow... Sangat terkejut bila berdiri di atas penimbang dan tengok berat aku naik 4 kg! Alhamdulillah... Kalu orang tengok aku tak nampak-nampak pun badan aku makin berisi. Sebab bukan isi yang bertambah, cuma selulit aje wakakaka... Kot la... Mana aku tahu orang nampak aku macam mana. Encik Jack takde komen apa-apa pun. Woh kena berdakapan tiap hari baru perasan kot.. Nampak sangat la dah lama tak bergesel-gesel bak kucing parsi kat rumah ni kan.... Hmmm... Miiiaaauuuu...
Pernah buat perangai macam ni tak? Pegi supermarket ambik penimbang kat rak tu semata-mata nak test timbang berat anak-anak. Hehehe... Sesambil tu timbang la diri sendiri jugak. Sudahnya satu family dok test timbang kat depan rak tu. Nasiblah bahagian barang rumah ni tak ramai orang lalu.. Sempatlah kitorang buang tebiat dengan penuh selesanya. 

Suuuuuuukkkkaaaaa sangat bila tengok jarum penimbang tu melepasi 4 angka selepas berat terdahulu. Dari zaman anak dara sampai anak sorang berat aku camtu je tau. Lepas beranak kat Zaraa ni agaknya effect breastfeeding tak seberapa tu lah kot berat jadi makin naik. Oit... Orang lain breasfeed makin kurus. Ok aku memang benda rare sikit. Hahahaha... 

Masa Bos IBM datang umah aku bulan berapa entah sebelum posa tu lagi aku pelik dah apasal jeans aku macam tak berapa lapang je... Ingatkan biasa la jeans lepas basuh memang shrinking sikit. Oh rasa macam tak percaya itu jeans aku. Jeans yang selama ni longgar je bila-bila masa pakai pun. Time peknen je la kalu ketat pun. Selain masa peknen, memang mostly longgar lah. Oh macam ni rasanya bila mempunyai berat sebegini. Masa anak dara tak pernah menginjak angka ini pun. Masa peknen ko toksah buat kira la naik belas-belas kilo (ye, saya yang kurus kering ni naik belas-belas kilo dekat 20kg tapi tak nampak gemuk pun even masa peknen). 

Waaaaaah.... Berat badan dah naik. Harus di celebrate di mana ye? Naik 4kg ni nak mantain memang susah hoi. Minggu lepas timbang dah drop sekilo lagi. Dah elok-elok naik tetiba penyakit tak lalu makan datang lagi. What to do? Kekadang tu perut always lapar tapi tak tahu nak masak makan apa. Agaknya most surirumah macam  ni jugak la kot bab tak tahu masak apa tu. Haih... Mulut asyik nak makan sup, bakso, noodle-noodle gitu je la... Tapi tak kenyang. Nasi kenyang tapi bosan dah. Haih malu kat anak Gaza weh.
Anak dara aku ni pulak body naik bagai dipam-pam. Makan takde la banyak tapi dia makan serba-serbi la selain sayur dan buah hihi.. Susu memang kerap. Nasib baik minum susu standard aje. Alhamdulillah yang ni senang bela. Ubat pun mudah makan. Skang ni risau pulak tengok dia makin hari makin chubby ni. Takut berat makin naik takleh nak stop..
Weekend lepas dia ni ala-ala nak demam kot. Tubuh rasa panas-panas sket. Anak buah aku kat Tioman pun tengah demam. Musim budak demam ek? Sebelum apa-apa worse, aku terus bagi pcm kat dia. Suka dia dapat pakai cool fever tu. Dah lama dia dok mintak nak pakai cool fever yang Bos IBM kasi dulu. Bila pakaikan dia cool fever ni ada pulak yang bagitau pakai benda ni ada side effect yang tak elok. Hmmmm pulak dah... Frust jugak aku bila segala usaha ikhtiar kita ni ada je halangan. The world is not safe anymore. Apa je yang kita consume, yang kita guna... Semua ada side effect. Panadol pun ada effect. Makan carrot pun ada side effect. Too much of eveything can be a threat. Aku ni memang ignorant (or ignorance?)... Banyak sangat tak tahu. And once tahu, semua pun takut. So,  baik tak tahu lah. This applies only for me and  I hope no one follow my way. Entahlah... When there are so many do's and don'ts... Which one to follow? -Aku ikut cara aku dibesarkan je lah. 

Aku takde hal kalu ada yang lebih pandai nak berkongsi ilmu yang dia tahu. It's always good to know. Tapi kan, kat fesbuk tu aku annoyed betul kat people jenis yang terlebih pandai tu. Skang ni viral gambar biskut baby bites yang depa cucuh api tu. Pegi belajar food tech dulu lah sebelum nak sebar tu... Hayoh... And pada orang yang kurang ilmu macam aku ni mudah sangatlah nak terpengaruh bila tengok benda-benda macam tu. Heloo.... Cuba cucuh api kat biji kacang tanah tu tengok... Terbakar ke tak? Terbakar. Abis tu kacang tanah pun plastik takleh makan la? Pi tengok ujikaji  Proffesor  Comot nuh.

Totally annoyed dengan things shared kat Fesbuk. Hadis-hadis pun banyak dah yang aku ingatkan betul rupanya hadis palsu. Chett... Sampaikan tak tahu mana satu yang sahih. Nak share pun takut tershare hadis palsu habis pakat ikut dan share.

K bye.

1 comment:

jie @ azie said...

sedak tengok zara, gebus jah.. putih melepak pulak tu ;)