Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 12, 2014

#1144 Me Vs Sekolah Dah Cuti Jom Balik Kampung

Hallooooooowwww... Lama giler tak update blog. Sekali nak upload photo dah bertukar interface dia. Cuti sekolah uols pegi mana? Kesian pulak aku kat famili-famili budak UPSR yang dah tempah tiket percutian luar negara... Jadi pergi ke tidak diorang. Kalu pegi jugak pun, sure tak seenjoy sepatutnya. Apa hal la nak bocor-bocor soalan. Aku final exam kat U pun tak pernah dengar soalan bocor ke apa. Ini darjah 6 je pun... Bukannya SPM. Hekeleh kan. Perjalanan hidup dan pelajaran diorang tu panjang lagi. Kalu yang awal-awal ni lagi dah tercalit, huk aloh laaaa.... Apa nak jadi dengan PMR, SPM, STPM ( ada lagi ke STPM zaman skang?)
Hari ni last day sekolah. Banyak hari jugak Adam takde kelas duk umah je since kelas dia orang guna untuk UPSR. Macam biasa la, aku packing siap-siap masa dia kat sekolah. Balik sekolah je semua dah ready. Dia tanya nak pegi mana, aku cakap nak pegi jalan-jalan (what, with luggage and all?) Pagi ni download citer It's Okay That's Love final episode untuk bekal kat kampung nanti. Sejak tertahu kat henpon pun buleh save video ni, senang lah... Nanti kat tempat takde coverage, buleh la sejukkan hati dengan bekalan yang aku dah siapkan. Kat kampung encik Jack memang kompem la Maxis payah dapat coverage. Not sure la nape encik Jack tak nak berpaling tadah ke Celcom after all these years with the sucks service. Kalu kat kampung encik Jack, memang aku on hp dan off wifi. Kalu on pun, buat habis bateri cepat je. Line takde jugak. Keje duk caj-caj-caj je lah. Dah la charger wayar baru ni laaaaaaamaaa giler nak penuh. Haih...
Kitorang sampai umah MIL dekat nak Isyak. MIL pegi surau. Takde orang kat umah. Seronok la budak 2 orang ni conquer mainan budak Riduan. Kakak ipar dengan anak-anak balik esok. Dah cakap dah kat Adam kata sepupu-sepupu ipad dia sampai esok. Kalu tak, maunya duk mengajak balik umah mamatuk 5 minit sekali. Puan Menteri pun takde kat KB, duk Tioman menjururawatkan si Semek yang tak sihat dan payah makan ubat.

Aku akan stay umah MIL sampai Ahad ni. Sempat la anak-anak aku bersosial dengan sepupu-sepupu dia yanng ramai kat sini. Ahad ni Encik Jack dah kena balik Penang sebab Isnin tu keje. Puan Menteri pun balik Ahad pagi jugak sampai KB. Aku suruh dia turun bas depan umah MIL je. Senang, pepagi buta tu sape nak jemput dia kat terminal bas Tesco tu. Kalu dia turun sini, nanti bila terang-terang tanah buleh sesama gerak balik KB. Aku balik kali ni ingat nak cabut gigi. Citer gigi ni nanti aku story lain.

Dalam kul 10 kitorang gerak balik KB. Terus pegi kedai mi celup feveret encik Jack. Tapi langkah kiri hari ni, kedai tutuplah pulak. Setahu aku kedai ni tutup Jumaat aje. Ada kenduri kendara la tu kot. Frust encik Jack dah berapa kali balik takde rezeki kedai ni tutup. Terpaksa la makan kat kedai nasi campur. Singgah D Bayam je la. Makan nasi + ulam + budu kat kedai ni sedap jugak sekali sekala. Murah pulak tu kedai ni. 
Misi seterusnya.... Cabut gigi... Next entry lah!

No comments: