Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 15, 2014

#1145 Me Vs Cabut Gigi

Aku ni dah lama sakit gigi. Hujung tahun lepas aku baru perasan gigi bongsu atas aku ni berlubang. Tapi time tu kecik je lagi. Tak sakit. So, aku biar je la. Lama-lama lubang makin besar walaupun aku sangat-sangat beringat. Lepas makan mesti gosok gigi dan buang makanan yang lekat kat situ. Tapi dah memang normal la kot gigi tersorok dan hard to reach ni memang susah nak mantain. 2,3 bulan kebelakangan ni dah start sakit gigi. Now I know macam mana miserablenya sakit gigi. Selalu duk dengar je orang mengadu sakit gigi dan aku tumpang simpati. Sekarang sendiri rasa hazabnya sakit gigi sampai tengah-tengah malam pun terjaga dek sakit gigi. Punya la azab. Tapi sakit gigi ni on and off. Time sakit tu rasa nak menyerah aje kat mana-mana klinik gigi. Tapi bila dah tak sakit tu aku pospon-pospon-pospon.

Disebabkan aku ni adalah sejenis spesis penakut dengan benda-benda melibatkan hospital tools ni, makanya aku duk berlengah la. Selagi buleh tahan, aku tahan. Punya la takot nak pegi cabut. Takot sakit la apa lagi. Tanya-tanya jiran lama kat sini, diorang ada la info klinik yang biasa diorang pegi. Saje je kumpul info kot-kot perlu menyerah diri someday kan. Tapi dengar citer tak murah la ongkos cabut gigi kat sini. Standard la... Kalu kena klinik yang cekik darah, depa cakap kena xray la bagai dulu. Lagi sedap la nak kerat leher patient. 
Last time sakit gigi adalah minggu sebelum balik cuti sekolah ni. Sakitnya sampai satu tahap aku rasa fedap dengan diri sendiri yang penakot tak hengat ni. Apa nak jadi, jadi lah. Kalu sakit cabut pun, sakit sekali tu je la. Pasni in sya Allah setel once gigi tu dah berjaya cabut. So, bila tengah sakit kuat tu, aku terfikir oh hujung minggu ni dah nak balik kampung. Kalu buleh tahan, aku nak balik cabut kat hospital aku lah. Cewah sejak bila aku ada share kat HUSM ye. Sesambil tu buleh la cek gigi Adam dengan Zaraa. Gigi Zaraa pun dah serpih jugak kat depan. Dono la kenapa gigi anak-anak aku senang serpih.
So, hari ni Puan Menteri bawak aku dengan anak-anak pegi Klinik Pergigian HUSM. Pegi awal, kaunter pendaftaran pun tak bukak lagi. Punya la nak nombor giliran awal kan. Sesambil tunggu tu aku punya la cuak sampai takde perasaan rasa. Dalam hati duk doa, janganlah doktor gigi hensem yang attend aku. Kahkahkah.. Malu weh nak nganga gigi buruk depan doktor hensem. Dentist dengan gynae adalah 2 jenis doktor yang sampai mampos pun aku tak nak doktor lelaki yang hensem pulak tu yang attend aku. Tak nak!
Tunggu punya tunggu, sampai la giliran aku. Cek bp dulu. Tanya health history aku lebih kurang then terus naik kerusi. Macam nak naik kerusi letrik wa cakap luuuu.. Nasib baik doktor pompuan. Dia nak tengok gigi dulu. Kalu buleh tampal, dia tak nak cabut la dia cakap. Bila dah tengok tu, terus cakap kena cabut. Lega giler rasa. Kalu tampal, someday buatnya kalu tercabut simen tu, tak ke parah nak mencari dentist sekali lagi. Senang cabut je la. Setel masalah. Dentist tu kata, dia nak cabut sebab lubang besar sangat pastu gigi bongsu ni takde guna pun, dah la tersorok susah nak gosok blablabla... Aku setuju 100%! Dia mintak izin nak ketuk gigi aku sikit. Ketuk situ sini sinun... Dia kata gigi aku dah rapuh. Patut la ada satu hari tu aku gosok gigi bersepai gigi aku berpasir keluar... Memang rapuh la. Bius 2 jarum, terus rasa kebas. Pastu zuuuup zuuuup zupppp... Mintak playar dengan nurse, terus kacip gigi aku. Goyang-goyang-goyang (aku dah pejam mata rasa syok pulak nak beradu. Serius!) Tak tau pasal apa rasa tenang sangat time diorang duk kucar-kacir nak heret keluar gigi aku tu. Dalam hati siap mengharap lambat siap sebab aku nak tido. Buleh pulak tertukar kerusi dental dengan kerusi spa... Memang rilek la. Aku rasa sebab dentist yang attend aku tu sangat rilek, attend aku sesambil menyanyi-nyanyi riang. Si penakot macam aku pun buleh rilek tengok doktor yang kompiden macam ni. Ingat, doktor yang menyanyi sambil merawat pesakit adalah doktor yang berkeyakinan tinggi. 
Datang sorang nurse pegang kepala aku. Dentist tu dok goyang-goyang gigi aku pakai playar tu lagi. Eh rasa macam orang massage muka la pulak. Betul tak tipu. Agaknya sebab aku rasa masalah aku akan berakhir sekejap je lagi, rasa nak berlama-lama kat situ pulak. Sekali, dengar dentitst tu cakap dengan lembut suaranya okay... dah siap.... Eh dah ke? Biar betul?! Bila masa gigi aku tercabut tak rasa-rasa pun. Rasa macam tak percaya pulak gigi dah takde. Tengok-tengok tergolek dalam tray besi. Oh nak ambik gambar gigi tu tapi malu pulak. Kenangan cabut gigi kan. Ingatkan depa bagi gigi tu bawak balik macam Adam dulu. Oh Adam masuk dewan bedah memang depa bagi la bawak balik. Sayang pulak nak tinggal gigi buruk aku tu kat sini hehe.

Terer lah dentist ni. Sungguh sesuai untuk si penakut-penakut seperti saya. Tak sakit langsung pun. Macam mana aku rasa masa datang tadi, macam tu jugak la masa balik. Tak tipu. Buang karan je aku duk takot-takot selama ni. Fuuuuuuhhhhh.... Lega masalah gigi dah setel. (tapi ada 2 lagi geraham bongsu tengah membesar hoho). Nak pegi celebrate mana-mana pun aku takleh makan benda panas-panas lagi... Lega mengalahkan orang lepas SPM!
Lepas ni nak pegi berlibur pun senang hati lah in Sya Allah. Kalu tak cabut lagi, selagi tu la dok miserable tak habis-habis. Potong stim nak berjimba. Alhamdulillah. Tak keluar duit satu sen pun. Kalu pegi private, 3 beranak cek gigi mau seriban. Eh lupa pulak nak story pasal 2 budak ni cek gigi.

Masa tunggu giliran tu, diorang panggil budak-budak ni dulu. Adults belah lain, kids belah lain. So, Puan Menteri bawak la diorang pegi cek gigi belah kanak-kanak. Panggil serentak pulak tu. Kucar-kacir Puan Menteri cuak takut diorang ni restless tak nak bagi kerjasama. Adam takpe la kot sebab dia dah biasa banyak kali dah datang cabut, cek gigi sini. Zaraa la risau takut dia nangis.

Puan Menteri cakap diorang naik kerusi side by side. Puan Menteri teman Zaraa je la. Adam dah konfiden sorang-sorang tak tunggu pun takpe. Zaraa agaknya dia tengok abang dia naik kerusi, dia pun naik kerusi jugak. Bila nurse suruh bukak mulut, dia bukak sikit je. Feeling insecure kot. Hahaha... Nurse cakap tak payah tampal gigi serpih dia tu. Budak umur dia ni tak lekat lama pun kalu tampal. Lagipun ni gigi susu, nanti akan bersalin gigi kekal. So, let it be je la..

Adam pulak, doktor suruh tunggu sampai hujung tahun depan. Kalu tak tumbuh jugak gigi dia, kena pegi jumpa diorang la. Haih, risau pulak aku. Dah 3 tahun lepas cabut gigi tak tumbuh-tumbuh. MIL cakap, tuannya dah la cerewet makan. Kalu pakai gigi palsu lagi la tak sedap nak mengunyah lagi payah la dia makan. Nauzubillah... Harap-harap gigi dia tumbuh la sebelum tu. Kesian jugak kecik-kecik lagi dah nak kena pakai gigi palsu. 

Itu cerita pasal gigi-gigi kami hari ni. I'm glad everything went smoothly. Lega, lega, lega.

No comments: