Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 20, 2014

#1146 Me Vs Shopping And Dining

Masa kat Apal hari tu dah kautim dengan kakak ipar and MIL, ajak diorang berjimba kat Rantau Panjang since kitorang tak berlaki minggu ni. Hahahaha.. Kakak ipar ajak pegi hari Rabu. Molek lah, aku pun dah cabut gigi.. Buleh la berjimba tanpa perlu risau gigi kena attack lagi. Kitorang pergi Rantau Panjang dah dekat Asar. Sempat masuk 2 kedai aje. Itu pun dah separuh duit belanja yang encik Jack tinggal. Hahaha... MIL aku macam biasa la. Pegi tempat-tempat duty free macam ni mission dia cuma Corelle je la. Semangat beli mangkuk Corelle. Kitorang yang lain borong kuali dengan periuk cap buaya je. Hujan turun selebat-lebatnya. Terbantut usaha nak menghabiskan duit. Terus gerak balik.

Lepas tu aku ajak Puan Menteri pegi Salamku perabis duit lagi. Hahaha... Takde la.. Aku nak cari teko jantan. Tapi takde la pulak. Yang ada pesen nipis see thru. Teko yang macam aku beli dulu takde dah style tu. Last-last, nak beli benda lain, terbeli benda lain. Biasa la pompuan! Aku compare harga kuali yang sama brand aku beli kat Rantau Panjang, memang beza sekali ganda la. Kuali cap boya saiz 18 aku beli kat Rantau Panjang tu cuma RM18 je.. Kat Salamku RM30+ tak silap. Yang saiz 11 cap sama, kat Rantau Panjang RM10, kat Salamku RM13+... Berbaloi-baloi perabis duit kat Rantau Panjang baru ni. Itu pun sempat serang kedai 2 jam je. Kalu pegi lagi awal, lagi banyak boleh beli. Next time lah..
Encik Jack balik, memang tak nak makan kat umah la. Mesti nak pekena mi celup dia. Nasib baik kedai bukak hari ni. Balas dendam cukup-cukup. Mi celup dapat. Durian crepe Tesco dapat. Nasi Kak Wok dapat. Nasi kerabu Cherang dapat. Nasi dagang pokok ceri dapat. Heaven! Bertuahnya sape-sape yang dok Kelantan... Jeles mokcik.
Playground session lepas makan nasi Kak Wok ori belakang KBMC.
Puan Menteri ada citer pasal cafe baru bukak dekat umah dia. (why la semua yang sedap-sedap dekat je dengan umah dia. Jeles tau). Dalam fesbuk pun ramai jugak kawan-kawan aku yang dah makan kat sini bagi positive reviews. So, meh la kita try.
Masa aku pegi ni lepas Maghrib. Full house! Keta kena parking jauh. Wah orang Kelantan skang ni pandai makan kat tempat grand dah. Interior design memang tebabo lah. Very rustic. Nak kata macam TGI Friday pun aku tak pernah masuk. Tapi memang ada kelainan la. Selalunya kedai western pun macam kedai tomyam je kat Kelantan ni. This one in different. Ada western, italian... Nasi goreng pun ada. Tapi semua yang datang malam tu order western. 
Cashier/pastry
Suka tengok kedai macam ni. Staf pun pakai smart. Chef pun pakai uniform chef siap bertopi. Makanan sini kalu western tu big portion lah. Tengok sirloin steak yang encik Jack order. Ada style lah food presentation dia. Tapi coleslaw dia so-so je. Penne in tomato sauce dia pun biasa je. Lagi sedap kuah bolognese yang aku buat kat umah. Tak flavourful..
Pizza parlour.
One of the things I like about this cafe, ko buleh tengok chef dia masak. Open kitchen ala cafe Nik Michael tu la. Pastu kat cafe ni, ada banyak stesen. Stesen buat air tempat lain. Stesen buat pizza tempat lain. (pizza pun ko buleh tengok chef dia tebar doh, bakar kat open kitchen).. Style lah tu kalu nak banding cafe-cafe lain.
Smart dressed staff.
Tapi yang tak bestnya, kedai ni takde wifi. Takde lagi kot. Kalu ada lagi best. Aku tengok kat sini atuk-atuk pun berselfie, food-fie.... Kelaslah! Masing-masing snap gambar situ sini. Tua pulak tu. Kat sini ramai pelanggan Cina. Selalunya kalu Cina ada kat kedai Melayu tu, maknanya the food is excellent la. Pelik pulak pemandangan tengok ramai Cina kat Kelantan ni.
Zoom in to see the menu. Antaranya la.
Ini pinggan encik Jack. Aku tengok pelanggan lain yang order makanan western memang macam ni la portionnya. Nampak menarik kan. Side dish pun banyak. Coleslaw, penne in tomato sauce, mashed potato, sirloin, corn on the cob, generous amount of gravy. Warna yang sangat cantik.
Sirloin steak. Daging banyak urat.
Anak dara aku ni semua yang kitorang order dia yang test dulu. Coleslaw-coleslaw ni suka benar la. Steak encik Jack yang sampai dulu. Dia test steak. Bila yang aku order sampai, dia test aku punya pulak. Test sampai kenyang. Gravy cheesy creamy ni memang makanan dia.
Test daddy punya.
Ini yang aku order. Kecewa bila tengok portion dia kecik giler. Time order tu mana lah tahu portion dia sekecik tu. Tengok orang lain order western semua besar-besar dalam pinggan. Sekali sampai order aku, alahai cinonetnya lah. Makan pun tak kenyang. Seriusly tak kenyang. Aku nak order benda lain, sekali encik Jack cakap takyah la nanti lambat pulak sampai nak kena tunggu lagi. So what lambat pun kan, bukannya ada apa pun nak rushing. But being me, kesian pulak kat orang lain kena tunggu. Dalam kepala aku ni, duk ingatkan dia penat ke apa. Kena tolak ansur ni, bisik hati kecik aku.
Creamy cheesy fish. Tapi portion kecik sangat.
Test mommy punya pulak.
Puan Menteri order laksa asam.
Dengan berat hati, aku pun ikut baliklah.. Padahal tak kenyang lagi ni. Sekali bila sampai kat umah, kucar kacir dia berebut remote tv dengan Puan Menteri. Ok, aku dah terlepas pandang kat satu point yang besar. -F1! Dan-dan tu rasa asap keluar ikut hidung. Naga pun naga lah. Aku marah betol lah kalu perangai buruk yang satu ni dia takleh nak ubah. Tergamak tak kasi bini order lain sebab malas nak tunggu sebab nak cepat balik nak hadap F1. Kita ni ye-ye lah ikut balik ingatkan dia nak balik cepat sebab penat. Choiiiii..... Menyesal giler-giler duk jaga kebajikan orang je.. Sedangkan orang tak peduli pun pasal kita. Next time aku nak penting diri lah. 

Aku kalu bab F1 ni memang dah lama makan dalam. Dari zaman bercinta lagi memang aku tak menang dengan F1. Giler obses dengan F1. Dating pun tak senang duduk nak balik awal semata-mata nak tengok tu. Pegi la umah sape-sape pun kalu ada F1, memang remote tv kat tangan dia lah. Sebenarnya memang tak keluar mana-mana la kalu ada F1. Kalu balik umah mak aku pun, orang lain terkebil-kebil lah sepanjang dia tengok F1 tu. Takde la rasa bersalah sebab buat orang lain bosan. Entah la... Aku memang takleh nak syok sendiri rebut channel dengan orang. In the end, bila aku je syok tengok sorang-sorang, rasa bersalah tu buat citer yang aku tengok jadi tak best. 

Segila-gila, sehantu-hantu citer Korea pun aku, reti-reti la bawak diri. Kalu pegi umah orang ikut ajelah cara orang. Bukan aku tak teringat-ingat citer apa yang aku nanti-nantikan. Tapi sebab aku tahu priority aku apa. Benda Live skang ni kalu termiss pun apa lah sangat. Kat Astro kan buleh set nak record bila, buleh tengok anytime bila free. Kalu dah rasa takleh tahan sangat ketagih tu, tengok aje lah kat henpon canggih tu. Takkan se gah-gah F1 takleh tonton secara Live online? Aku memang marah betol la. Rasa macam bodo giler dok berkorban rasa lapar demi kebajikan orang yang tak reti nak appreciate pun. Pegi Haji buleh pulak miss F1.

Selama ni aku duk ingatkan tanggungjawab suami bagi isteri dan anak-anak makan. Bukan setakat beli bahan mentah ok. Tugas suami tu sampai isteri buleh makan. Maknanya dia beli ayam ikan sayur dan masak dan hidang dan suapkan isteri. Kalu tak mampu (sebab tak pandai etc) maka bolehlah mintak tolong isteri. Rupanya tak la kot. Tak tau la apa hukum sengaja membiarkan isteri kelaparan. Dan tak jaga kebajikan isteri. Amboi orang laki ni kan, kalu bini tak jaga makan minum cepat je nak pasang lain. Padahal tugas bagi makan minum ni tugas sape. Halang aku keluar jalan-jalan, aku tak kisah. Halang aku makan, you really messed with me. Hoi kalu aku pandai drive, aku angkut dah Puan Menteri dengan budak-budak ni pegi makan sedap-sedap, balik lambat-lambat berjimba sampai puas. Hadaplah F1 tu sampai kenyang.
Bab makan ni memang aku pantang betul la. Marah-marah ni tengok bunga lah.

1 comment:

jie @ azie said...

Sabor byk2 la teh.. Kalu bola, F1 dengan lelaki2 ni tok leh nok pisoh.. stress kak joyah.