Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 24, 2014

#1147 Me Vs Tanah Berbudi Pada Aku

Kenapa bukan berbudi pada tanah? Sebab aku tak tahu cemana tiba-tiba pokok cili ni hidup dalam pasu ni. Ada la tu biji-biji cili yang terpelanting dalam tu tanpa aku sedari. Kira tanah la yang berbudi pada aku kan? Bertuahnya rasa! Hihi excited mokcik supo tibo-tibo keluar buoh pic jah.

Aku tak pernah bubuh baja pun. Cuma ada la sekali tu aku kambus kulit dengan kepala udang dalam pasu tu. Sekali tu je la. Dah lama pun. Pastu aku just siram time panas je. Musim hujan memang sembang kosong je la dengan dia. Dengan pokok pun kena communicate tau. Aku berkomunikasi secara telepati dengan pokok-pokok yang aku tanam. Try imagine. Try! LOL.

Masa nak balik kampung aritu dah tengok dah pokok ni dah sarat. Dalam hati risau jugak kot-kot lepas balik Penang semula tetiba cili-cili aku dikebas orang. Hahaha... Sebab kalu kat area umah Puan Menteri, tanam apa pun senang-senang je dikebas orang. Tanam pisang, belum sempat nak rasa tengok-tengok tinggal tandan je. Caught red handed by the owner tapi dengan tak segan silunya buat dek je sambil angkut pisang tu then start motor... Boleh tu! Owner tegur, dia buat bodo je.. Nak kata tak kenal owner tu sebagai tuan, memang kenal personally. Tergamak betul. Tanam la apa pun, ada je yang panjang tangan nak hidup senang tumpang penat lelah orang. Tak rasa berdosa ke curi hak orang. Kalu pegi jual, duit yang dapat tu bagi makan anak bini, tak rasa apa-apa ke... Hairan aku manusia jenis ni. Kalu dah kurang ilmu ugama tu, macam tu la jadinya. Nak kata budak, dah tua berbulu pun. Shame on you.
14 bijik dapat. What a prolific tree!
Masa nak balik kampung tu, banyak cili ni yang belum besar. Nak kutip pun, ah biarlah dia besar sikit. Tawakkal je la nak tinggal tu. Percaya satu je, kalu Allah dah tulis cili ni rezeki aku, nanti balik ada la tu.  Dan memang, balik je dari kampung, semua cili aku setia menanti. Dah besar panjang dah buah-buahnya. Alhamdulillah... Memang rezeki. Sebenarnya aku tak tahu cili ni orang tunggu berapa lama untuk dia matang kemudian baru harvest. Aku malas nak tunggu (sebab first harvest dulu aku tunggu dekat 2 bulan cili ni tak merah -merah jugak)so terus kutip semua sekaligus. Bahagianya rasa. Ini yang ada tanah dalam pasu je. Bayangkan nikmatnya kalu aku mampu milik tanah dalam erti kata tanah yang sebenarnya. Imagine macam Jamie Oliver's kitchen garden. Buleh tanam macam-macam. Tiap kali nak masak, tuai aje yang mana berkenan. Best kan dapat produce yang organic dan fresh. Terjamin non GMO. Itupun kalu tahu asal usul benih yang ko tanam. Hihi.
Pengetahuan aku pasal cili hijau ni sangat limited. Nak buat sambal hijau, tak pandai. Tak pernah makan pun. Yang aku tahu cuma buat jeruk je. Jeruk yang Puan Menteri buat aritu dah habis. Cili jeruk ni kitorang makan dengan bihun goreng, mi goreng, kuey teow goreng. Uplah sikit selera dari kebiasaan. 
Encik Jack mintak half boiled eggs je pagi ni tapi aku bermurah hati gorengkan bihun untuk dia. See, aku kalu orang buat baik, memang aku tak lokek tenaga... Hihi... Suka sebab semalam tanya dia duit dalam bank aku ada berapa belen sebab nak bayar duit daging korban. Dia pun jawablah RM X. Aku memang jarang tengok bank statement aku. Kahkahkah.. Nak tengok buat apa selalunya takde duit. (malunya la hai nak mengaku takde duit). Aku tanya dia lagi mana datangnya duit sebanyak tu? (banyak la bagi aku, bagi korang sikit je kot haha) Dia cakap dia bank in kat situ. Selalunya masuk kat Tabung Haji. Itu yang aku pelik tu. Ada la few times dia buh kat Maybank. So tak kisah la.. Pastu tetiba je terasa nak tanya dia, dia buh berapa sebulan kat aku.... Wakakakakakakaaaaaaa.... Mesti korang pelik kan.... 8 tahun kawin tapi aku tak tahu pun dia bagi aku berapa. Gila kentang sungguh. Oh awal-awal dulu aku kind of tahu la. Tapi dulu tarif lain sebab tangga gaji lain. Skang ni lain. Aku ni kalu bab duit aku malas nak ambik tahu. Nak bagi, bagi la. Selagi aku cukup makan pakai sebagai bini dia, itu dah memadai bagi aku. Aku tak reti nak mintak lebih-lebih sebab aku tahu diri aku sape, had aku takat mana. Itu la didikan mak aku sejak kecik. -Know where you stand. I don't follow trends. I'm not ambitious. Hidup ala kadar dan jangan membazir. Itu lah lebih kurang.

Aku ni kalu bab handbag kasut segala memang aku tak reti. Skang ni selalu jugak la tengok instagram retis. Ada sesape follow Wan Khatijah's? Aku yang bongok pasal barang-barang pompuan ni haruslah terlopong bila tengok price yang menjangkau 5 angka... What the.... !!!! Mana lah aku tahu harga designer's item ni berapa ringgit. Tahu lah mahal tapi never that I know it's THAT pricey! Yang prelove pun nak koya dah tak mampu inikan pulak yang baru. Kagum aku pada yang mampu milik tu. It makes me ponder, kalulah aku kaya raya banyak duit sampai tahap fedap tengok duit tu, adakah aku akan jadi hamba trend macam sesetengah orang? Ke tetap remain frugal macam ni jugak? You think?

Bagus jugak tengok ig diorang ni. Takde la zero pasal women's item. Takde la terkejut beruk menggigil kepala lutut bila dengar orang citer nanti. General knowledge. Tapi kan, aku heran jugak... Brooch je pun sampai beribu-ribu lemon harga pun ada yang nak beli. Kasut pun. Shawl pun. Shawl nipis bodo pun harga beribu hanya sebab ada cop logo Chan*el?) Kaya betul rakyat Malaysia skang ni. Ehem kaya duit ke kaya hutang. Jangan sampai jual bulu sudah lah demi fesyen tu. Bergaya, bergaya jugak...
Ingat tak sebelum ni aku pernah cakap pasal wall decal? Baru ni sempena nak hilangkan homesick, kahkahkah homesick jugak tua-tua pun.... Aku mendeko-deko la... Dah lama tak deco-deco kan. Pegi kedai DIY, beli selai dulu try. Modal singgit lebih je pun. Kasi try yang ni dulu. Bila dah pandai menampal, baru beli yang mahal sikit. Jie pun dah bagi link website yang jual ni online. Berpinar mata mokcik nak pilih.. Semua somel-somel! Nak belajar membeli-belah secara online lah pasni. Hahaha... Tak selamat bank statement aku pasni.
Masa nak naik umah ni dulu dok koya nak beli orchid tak kisah la real orchid atau plastik punya. Sebab pada aku, orkid ni nampak classy. Umah Martha Stewart pun banyak hias pakai orkid je. Tapi nak cari orkid plastik yang nampak real tu quite costly. Makin real, makin mahal. Last-last terpikat dengan this yellow hyacinths tak pasal-pasal. Flower power kan. Aku kalu tengok bunga memang ralit. Destress. 

Satu yang tak best dengan bunga plastik ni cepat collect dust. Heran aku dengan orang yang pandai jaga bunga plastik ni. Basuh sebulan sekali ke? Kalu dok kat oversea, memang tiap minggu hias umah pakai fresh flowers dah...

Uols.... Jom mendeko rumah! 

2 comments:

jie @ azie said...

Beliii..jange tok beli, pah ko aku naik sheikh dok koya psl wall deco..hihihi

jie @ azie said...

jom kita pakat2 tanam sayur..nnti aku story mory kebun belake rumah.. tok dei nok snap gmbar, kikiki. Aku hok semangat pulok..hahahaha