Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 25, 2014

#1148 Me Vs 1001 To Do Lists

Pagi ni Encik Jack requested nak makan half boiled eggs since aku tak masak heavy-heavy. Boring jugak mokcik dengan menu goreng-goreng ni. Bihun goreng, kuey teow goreng, mi goreng, nasik goreng. Nasik lemak. Tiap minggu hadap periuk belanga asyik masak tu je breakfast. Serender!

So pagi ni bila dia cakap nak telur masak separuh je, seronok la aku. Lagi senang, lagi aku suka. Hahaha... Lama dah tak buat telur half boil ni. Lupa dah berapa minit. So aku google la sesambil masak telur tu. Ada yang kata 4 minit. Ada yang kata 10... Depending tahap keras/lembik yang diingini. Google-goole-google ralit lah pulak. Hihi... Tak perlu malu nak mengaku sebab most blogs yang aku study pasal half boiled eggs tu pun semua depa faced the same thing. -terkeras. Thihihi..

Baru tahu selama ni aku duk buat telur separuh masak guna teknik yang salah. Selama ni aku masuk air masuk telur terus bukak api masak sekaligus. Yang orang lain buat ( i suppose the right way lah since ramai yang buat camtu) diorang masak air sampai mendidih dulu, tutup api, baru masuk telur. 33 tahun hidup baru tahu! Masa kat uni dulu roommate aku selalu masak air lebih. Tiap-tiap hari time terlebih air tu dia akan buatkan aku telur separuh masak. (kekonon nak gain weight kan, somebody told me makan half boil egg for months.. In sya Allah naik berat badan... errr... tak jadik pun...time tu lah) Cara roommate aku ni, dia tuang air panas tu dalam bekas plastik taufufa tu, buh telur then cover with the lid. Memang cantiklah jadinya... Berhingus gitu.. Selalunya aku makan dengan kicap ngan lada sulah. Cicah roti. Nyam.

Minggu ni otak aku adalah sangat aktif berplanning. Macam-macam interest nak buat. Gardening, interior make over, jahit langsirlah, baking biskut lah, alter baju lah... Banyak betul benda nak buat kononnya. Kebetulannya aku dengan Jie ni macam boleh bertelepati sungguh la. Apa dia nak citer, itu jugaklah kebetulannya aku nak citer. Kelmarin tetiba dok naik syeh nak menanam bunga. Angin tak, ribut tak, tetiba teringin nak tanam pokok bunga matahari. But where to get the seeds? Google-google-google.... Tahulah aku, benih bunga pun buleh beli secara online. Tak sangka pulak kat Malaysia ni pun orang buat camni. Ingatkan kat oversea aje diorang buat. Maju Malaysia skang ni. Blog hop sana sini cari info. 

Terjumpa satu blog ni, dia pernah dok oversea kot. Dia jual macam-macam benih bunga 4 musim. Kelas ko Jah... Selama ni kita duk ingat bunga oversea takleh hidup dengan cuaca kat negara kita ni. No, si dia ni dah buktikan kat blog dia, gambar-gambar pokok bunga yang dia tanam. Boleh je hidup dan berbunga. Good news to English kitchen herbs lover, kat Malaysia ni rosemary, thyme, basil, oregano boleh hidup subur takde masalah pun. Ada gambar dia tunjuk pokok-pokok yang dia tanam kat umah dia (kat Malaysia la) Dari cara penulisan dalam blog dia tu, aku nampak dia jujur la. Apa yang menjadi, dia bagitau. Yang kurang menjadi pun dia bagitau jugak. Oklah tu kan. Takde la cakap manis je tetiba bila kita tanam tak menjadi. Tak mahal pun dia jual. RM2 sepeket mostly.. Kalu kat Mudah, paling murah pun RM5 sepeket. Tapi kuatiti tu berbeza la. Teruja jugak nak tanam bunga pelik-pelik ni. Asyik hadap bunga kertas, bunga ros bosan jugak kan. Tapi biarlah dulu. 

My main attention now is how to get sunflower seed. Sunflower pun ada macam-macam jugak tau. Aku baru perasan. Masalahnya setakat nak beli sepeket tak berbaloi la. Benih RM2 je, pos RM6. Nak kena beli banyak jenis benih la kot. Ada satu blog lagi tu, dia jual benih bunga/ buah local and oversea. Dalam blog dia tu ada testimoni gambar-gambar tanaman yang customer dia pernah try. Memang menjadi la. Sape tak teruja nak beli kalu yakin benih tu proven menjadi kan... Ada sorang customer tu tunjuk pokok ceri tomato dengan timun Jepun yang tengah berbuah lebat. Makan hati aku tengok! Nak tanam jugak! 
Sedih kan.
Tak sedar diri kan. Tanah yang ada cuma sekengkeng kera aje depan umah ni. Tengok gambar atas ni. Itu je la Pemaju bagi. Yang kat porch semua dah siap simen. Kitorang la yang simen. Menyesal pulak kasi simen semua. Tapi kalu naik lalang sape mau tebas? Tanah sempit dalam petak konkrit ni asalnya pemaju tanam pokok hiasan jalan tu. Apa ke nama aku tak tau la. Yang masuk paper aritu area Kedah/utara ni macam musim bunga bila pokok ni berbunga lebat sepanjang jalan tu... Alaa... Yang warna putih dengan pink tu... Tapi pokok ni macam nak mati je. So, aku buang and ganti dengan pokok limau purut. Tanah sekeliling tu aku tanam japanese rose. Alaa pokok kembang pukul 10 tu la. Nama London dia Japanese Rose. Gigih pegi beli kat neseri tu sebab takde jiran yang berhampiran yang baik budi dengan aku yang boleh aku mintak free. Ngeee.. Berbaloi beli pokok kembang pukul 10 ni. Senang nak biak. Senang berbunga. Hari-hari berbunga. Senang hati mokcik tengok.  
Ni tatau cili apa yang tumbuh. Why daun dia kerinting camtu?
Nah, dah jadi entry pasal garden aku pulak. Cheh, garden. Nak tak nak kena tanam dalam pasu je la. Aku ada buat eksperimen tanam kat tepi playground. Ramai je Cina-Cina tanam bunga/sayur/buah kat empty spots camtu. Tapi hampeh la hasil ujikaji aku tu. Tanam serai, memang serai tumbuh subur giler... One day aku tengok anjing pegi kengkeng kat situ. !@#$%^&**!!! Tanam lengkuas, MPSP mesin cantas habis. Failed bergaya aku. Orang lain tanam ok je. Memanglah ada peraturan larangan menanam pokok kat playground tu. Ah malaslah. Putus angin. Kat tanah kosong tepi-tepi longkang tu petang-petang selalu jugak aku tengok Cina-Cina duk menyangkul kebun illegal diorang kat situ. Agaknya diorang bukan kisah sangat pun kalu anjing kencing berak kat situ. Baje free apa. Anjing memang banyak kat sini. Memang takleh buat apa.
Tengah syok shooting gambar nak tepek dalam blog ni, tetiba ternampak tapak kaki anjing kat belakang pintu dapur aku. Alaaaa..... Hujan-hujan ni malas betol la nak menyamak di pagi hari... Kelmarin aku kambus perut ikan dalam pasu tu. Tertarik dengan bau tu kot. Lesson learnt.. Next time takleh kambus dah. Menyampah betol la anjing ni. Banyak benda aku nak buat dah jadi takleh buat.
Kat belakang dapur aku ni dah banyak kali berubah isi pasu tu. Dulu ada la tanam markisa, tapi asyik keluar daun je. Sampai satu tahap, dia stop growing. Panjat kemain dah tinggi sampai ke atas nun. Last-last, fedap, aku tebas aje ganti dengan pokok lain. Ada la lengkuas, (tak menjadi mana tanam dalam pasu, pasni nak buang ganti pokok lain dah)pokok limau purut (satu kat depan pagar yang tadi aku tunjuk tu, satu lagi yang ni belakang dapur) cili, bawang merah dengan kunyit yang belum naik-naik lagi. Cili tu aku campak je benih. Bawang tu yang dah bertunas. Main baling je. Nak hidup, hiduplah. Nothing to lose. Nak pulak dia sehidup semati dengan aku hihi.
Pokok dalam air ni asalnya dalam pasu yang aku beli di Tesco masa awal-awal masuk umah ni dulu. Berbaloi jugak ni beli sebab boleh biakkan jadi banyak pokok. Aku tengok dia lagi molek duk dalam air compared to tanam dalam pasu bertanah. Saje je rendam dalam air buat hiasan dalam rumah. Sebelum ni rasa dull aje umah takde pokok/jambangan bunga. Ada pokok walaupun cinonet je pun sedap sikit mata memandang. Anak didik Martha Stewart memang takleh hidup tanpa bunga hiasan!
Pasu kosong tu milik hydrangea yang dah kojol. Berlumut dah tanah hujan-hujan ni.
Dah lama kan Jie mintak nak tengok tanaman aku. Dia request untuk entry ke #1000 tak silap aku. Tapi rasa rendah diri pulak nak tunjuk sebab tak menarik pun. See? Haaaaa kan. Tanaman kat porch pun dah banyak kali bertukar rupa. Most yang ada kat porch ni aku ambik kat kampung aje. Pastu biakkan kat sini. Pokok pandan memang wajib ada la. Pandan ni dah banyak kali repotted sebab dia membiak sampai takleh nak kontrol.
Bila tengok gambar-gambar ni memang nampak sangat la tanaman aku dah lama tak dapat perhatian aku kan. In serious need of TLC! Hujan-hujan ni aku malas nak turun berkebun. Cheh, berkebun, my ass. Hujan-hujan, layan k drama... Mana la ada masa nak belek pokok.
Salah satu sebab aku cepat putus angin bila tanam apa-apa tu... Sebab kat umah ni banyak sangat ulat gonggok. Banyak kali dah kan aku citer. Serius banyak giler menatang ni kat area perumahan aku. Populasi dia memang box office giler. Sama la ngan lipan. Ewwww... Geli mokcik. Tanam serai, lama-lama tanah makin sikit.. Berlubang-lubang di koreknya dek ulat gonggok tu. Tatau cemana cara nak overcome this madness. Ada jual ke racun ulat gonggok di pasaran? Frankly, aku tatau la ulat gonggok ni mengganggu atau tidak pokok-pokok aku. Tapi memandangkan semua growth pokok-pokok aku seems terbantut dan lambat, aku rasa sukahati la nak salahkan ulat gonggok. Macam sebab ulat gonggok ni suka makan akar pokok-pokok aku, sebab tu la pokok aku tak besar-besar. Cer tengok dalam pasu serai ni... ada berapa ekor ulat gonggok ko rasa-rasa nampak? 
Spesis ni yang paling banyak.
Banyak giler Japanese Rose ni kat umah ni. Aku baca-baca diorang kata pokok ni kena potong buang batang yang dah tua sebab dia dah kurang produktif. Kena selalu retus dan biarkan batang baru tumbuh. Makanya banyak la batang-batang tua yang aku buang. Terfikir jugak aku, apa kata kalu aku buat charity sikit. Ada lah terpengaruh sikit-sikit kempen good deeds yang dibuat oleh set-set Celepets. Sape pernah baca pasal tu sila angkat tangan! Haaaa.... Kekadang kita tak perlukan duit pun untuk berbuat kebajikan kat orang lain. For example, tolong nenek tua lintas jalan je, tolong tekan butang lif kat makcik yang sarat bimbit barang-barang ke... You know all this simple deeds..

So, baru ni sebab sayang nak buang dalam tong sampah, aku semai-semai batang Japanese Rose ni kat sekeliling pagar dewan orang ramai taman ni. Dewan tu sebelah playground. Sesape nak pegi playground akan lalu tepi dewan tu. Nanti kalu pokok ni dah establish, semua orang akan dapat tengok bunga dia sepanjang tu... Waaaaaaaahhh hebat mokcik koya kan... Takde la.... I just wanto to share the nice view dengan semua orang. Allah jadikan bunga kan untuk tenangkan jiwa kita.. So, sesiapa yang terpandang dan mendapat manfaat dari tu, hopefully dapat jugaklah saham kat aku nanti. Rasa-rasa ustaz ada jugak bagitau, antara pahala senang dapat berterusan ni, tanam pokok. Sesape yang lalu dan tumpang berteduh tu, dapat la pahala kat si tukang tanam pokok tu. Gitu la lebih kurangnya. Tumpang berteduh ke tumpang makan buah, tak ingat dah. 

Sape release tension bila tengok bunga yang aku tanam kat playground tu, dapatlah pahala  kot kat aku.. Ishk... Suka! Dengan syarat, MPSP tak mesin pokok aku ni la. Oh cepat la berbunga... Tak sabar nak tengok... Syok sendiri pulak dah.
Banyak sangat dah Japanese Rose aku ni.
One of the spots yang aku semai secara illegal tapi penuh ikhlas hati. Thehe..
Yang ni pulak lilies ke apa yang warna oren tu... Awal-awal dulu tanam kat porch. Pastu angkat naik tanam kat balkoni pulak. Banyak kali dah dia berbunga kat atas ni. Sesuai kot. Aku tak buh baja pun. Sebab tiap kali aku buh baja, daun jadi kuning. Panas baja kot. So, keje aku siram je di kala hari panas.
Harini.
Arkib.
Itu je la pokok yang berjaya ditanam setakat ni. Ni, nak usahakan tanam bunga matahari pulak ni. Cemana ek... By hook or by crook aku nak jugak. Kul 11 dah ni.. Kena pegi buat pretzel. Semalam Adam mintak suruh buat pretzel. Tapi dah kul 7 lebih. Nak uli nak tunggu dia rise makan masa jugak. 9.30 dia dah tido. Mana sempat. So aku janji dengan dia balik sekolah ni dia boleh makan pretzel. Encik Jack pulak nak yee mee. Sedak ngodar terrrr awo ado stay at home mom ni...

Ok... Semoga mendapat manfaat dari entry kali ni. Pyong~

3 comments:

jie @ azie said...

Salam teh,

bila baca entry mu psl half boiled egg barula aku tahu lagu mano nok buat sebetulnya. Sebelum ni patutla buat asyik failed je. Last weekend try buat mace hok mu tulis, biar 7 minit, voilaaa la weii jadikla half boiled aku ..mabeles sungguh ^-^
tqvm for sharing info.

Blog Diva said...

Jie...tak sangka blog aku ni memberi manfaat kat org lain. Hihi... skalo dok ngarut jah kei...malu sero.

jie @ azie said...

sharing la lagi .. jange dok malu2 deh ;)