Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 29, 2014

#1149 Me Vs How To Make A Lazy Pretzel. Easiest.

Boring-boring, masak. Tak lalu makan, baking-baking. 2,3 hari lepas buat choc chip cookies. Tapi choc chipnya buh sikit je. Nuts, oats dengan currants aje yang banyak. Saje, tak nak kasi sembelit. Hehe. I'm not a fan of chocolaty food. Bubuh sekadar ambik syarat je. Boleh la kan. Buat stok untuk mengudap sambil tengok tv. Macam biasa lah... Aku sorang je yang makan. This time, Adam bagi alasan tak nak biskut ni sebab dia nak biskut choc chip je, tanpa oat. Ye lah tu. Time aku buat tak buh oat pun dia tak makan jugak.

Ini citer back dated sebenarnya. Citer minggu lepas yang aku kata nak pen off sebab nak pegi buat pretzel tu. Nasib tak berapa baik hari tu. Doh tak naik pun. Yis kah yang patut dipersalahkan? Nak je aku buang doh yang mengecewakan tu. Tapi disebabkan dah takde masa sebab Adam dah nak balik sekolah dan yis spare tak jumpa, makanya aku hidangkan jugaklah pretzel tak jadi aku ni. Dah bagitau Adam dah, suruh dia tunggu makan lepas KAFA nanti aku buat yang lain. Tapi dia insist nak yang ni jugak. Kehkehkeh... Apa nak dikata ye dak? Bagi je la dia makan. Dengan Zaraa-Zaraa sekali menyungguh makan. Padahalnya pretzel ni tak lembut langsung. That's the power of PRETZEL. Liat pun diorang nak jugak makan. Gambar-gambar kat bawah ni semua bukan pretzel yang failed doh tak naik. Saje nak kasi gambaran kat uols. Ni gambar pretzel batch lain. Punya la banyak kali buat pretzel minggu ni kan. (Twice je pon!)
Skang ni aku buat pretzel versi orang malas. How? Takde maknanya dah nak uli bentuk tali tu. Dari pengalaman aku menguli-tapi-tak-terer-terer-jugak ni.... Kalu bake bentuk seketul-seketul individual tu akan menghasilkan crusty surface yang lebih luas. Baik kau canai bentuk pizza base terus. Bila dah masak, then baru potong ke bentuk yang kau hajati. Kalu rasa terer buleh carved bentuk naga pun buatlah. Mokcik malas, potong macam potong brownies aje. Kalu ngap dalam mulut, sama je ngan rasa pretzel Aunty Anne tu. Bentuk je lain. Lembut gebu sama je (except that kali ni doh aku keras) Aku dapati cara ni lebih play safe bagi amateur baker macam aku. Kelembutan roti dia tu berjaya dikekalkan lebih lama compared to kalu ko buat sebijik-sebijik pretzel  tali tu. Understand?
Zaraa suruh ambik gambar. Ni pretzel dia buat katanya ;p
Potong squares ni time ada permintaan aje. Kalu takde orang nak makan, bungkus dalam foil, simpan bawah tudung saji. Tak berani nak masuk fridge, takut makin keras. Setakat 2,3 hari tu takde hal kat luar fridge. Kalu hari ke4 takde orang nak makan, discard aje lah. Kalu ko beli pretzel Aunty Anne dok luar fridge macam ni masuk hari ke4 pun ko buang jugak kan? Kan? 
Lepas potong-potong tu buleh la dip in melted butter then dip in cinnamon sugar powder. Terus buleh ngap. Bebudak ni, part ni la yang paling dinanti-nanti. Tak menyempat-nyempat! Batch pretzel keras baru ni tu Zaraa hadap sampai kul 10 malam sorang-sorang dia. Sampaikan aku merayu suruh stop makan. Orang lain semua dah naik tido atas. Dia sorang aje yang masih kelaparan asyik mintak pretzel-pretzel-pretzel. Ingatkan nak main jilat-jilat coating dia aje.. Rupanya licin dia makan. Lepas satu-satu. Nasib baik aku tak buang lagi pretzel tu. Sebelum tu ingatkan nak buang dah. Ofkos la lega dan hepi pretzel failed aku ni akhirnya habis licin tapi kesian jugak la dia makan pretzel keras. Hehe... Kalu tak bagi, bising pulak dia insisting. Bagi je lah. Benda buleh makan lagi. Bukannya aku bagi anak aku makan makanan basi ye dak.
Daddy's Beauty Parlor
Hari Jumaat lepas encik Jack kena pegi Shah Alam semata-mata nak ubah tarikh extend study dia dengan sign. Just imagine, semata-mata nak ubah 2 benda tu, dia kena tempuhi perjalanan 700km back and forth. Bertolak kul 4.30 pagi Jumaat tu dari rumah ni, kul 1 tengahari dah sampai balik sini, kucar-kacir tukar selipar untuk pegi smayang Jumaat pulak. He's the next superman! Bo lah bowok keto Encik Jack. Bowok kapatube pulok. :p Letihnya jadi dia kan. Minggu sebelum tu ulang alik balik kampung -pegi balik Penang-pegi KL-balik Penang- balik kampung-balik Penang balik. Korang baca pun pening kan? Takpe... Setiap kesusahan yang kita tempuhi untuk ilmu, adalah tu ganjaran yang Allah bagi. Takkan sia-sia nya.
Bergomol sampai terlena atas adik.
Boringnya makan nasik skang ni. Pulak tu tak sedar diri gastrik takleh hidup takde nasik. Boleh la skip satu meal nasik sehari. Tapi takleh selalu amal. Aku ada projek besar hujung tahun ni. Takleh kantoi lagi. Kalu kantoi jugak agaknya 9 orang lagi akan sumpah aku jadi keta sport.
So, hari ni masak laksa Penang je. Kucar-kacir gugel resipi. Ni first time aku masak laksa penang kat Pulau Pinang. First time dulu masak kat Tronoh. This is the second time. Hehe... After almost 8 years tau makan orang buat je... Masak tak kompiden ni payah jugak dowh...
Self Reminder: Telur susah kupas adalah telur fresh.
Bila aku tak kompiden, aku akan start masak seawal mungkin. Senang nak alter apa-apa kalu tak jadi. Plan kontigensi mesti ada! Time masak aku kecap rasa macam sedap dah. Tapi bila dah masuk pinggan rasa lain pulak. Bila masuk laksa, kuah and all the condiments, rasa tawar dan tak sedap la pulak. Choiiiii... Sokmo lagu tu. Tu yang aku malas nak mencuba tu. Eh tapi kalu tak cuba bila nak reti. Time-time camni rasa bestnya kalu buleh tukar tangan dengan MIL aku. Dia capai-capai-capai, campak-campak-campak, voilla.... siap. Terus jadi sedap. Aku ni yang tak senonoh punya la benok kalu bab masak-masak ni. Orang Kelantan kata tak pandai cekera. Tak pandai nak menggamok. = Tak pandai nak anggarkan la gitu..
Aiseh... Ni kalau anak-anak besar nanti cakap, Mommy... Birthday bash I, I nak mommy masak laksa Penang tau untuk 20 orang kawan I. Hah cemano?!

No comments: