Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 8, 2014

#1150 Me Vs Drama Daging

@Kampung Lampu, waiting for the lembu(s) to be sacrified.
Assalamualaikum! Ramai tak yang balik kampung raya haji baru ni? Aku balik Jumaat tu lepas smayang Jumaat. Banyak betul kereta. Dengar citer, yang nak balik beraya kat Thailand pun sesak teruk 6 jam jem kat Rantau Panjang. Awat la tahun ni meriah benar raya haji di semua tempat. 
Raya haji tahun ni kitorang tak buat apa-apa persediaan pun. Serius. Tak rasa excited pun. Maybe sebab 2 minggu lepas baru je balik kan. Ni balik pulak. Deepavali balik pulak. Tua-tua ni penat weh asyik jalan jauh walaupun Encik Jack selalu perli aku, aku tu duduk je bukannya drive. Ok. Let's hear the truth. Aku rasa orang pompuan kalu atas keta tu buleh lipat kain, jemur kain, basuh pinggan, kait sarang lelabah, jahit baju, gosok baju, masak, semua pun dia buat kan. Kaaaaannnnn?????? 
Kekadang time cuti ni tak nak balik pun... Nak je duk diam-diam kat umah Penang aku. My home sweet home. Takde jem, tak penat. Every meal times, makan kat luar. Itu pun definisi cuti jugak bagi aku. Cuti masak. Hehe. Bukan tak seronok balik kampung. Seronok. Part get to see peoples, families dengan food memang seronok lah. Tapi kot-kot mana pun mesti rasa sedap umah kita sendiri kan. So, do you get my point -duduk sedap:umah sendiri. -makan sedap: kat kampung. Rumah sendiri ni kita nak bermalasan 4 hari pun sape nak sumpah. Kannn... Kalu dah dasar pemalas tu tak payah nak hipokrit. Sila bermalas!
Kopek kulit udang dalam jem nak balik Penang.
Raya haji tahun ni aku raya kat umah MIL dulu. Uncle encik Jack wakilkan korban tu kat dia. So, pagi tu kitorang kena attend kat Kampung Lampu la. This is the first time Zaraa tengok lembu kena sembelih. Adam dengan Riduan ada sekali excited nak tengok 6 ekor lembu kena sembelih. Penerimaan Zaraa terhadap apa yang dia tengok tu adalah 'lembu sakit'. Hihi.. Silap aku jugak lah tak pandai nak terangkan konsep korban ni kat dia. Failed.... *facepalm.

This is the second time for me and him performing korban in Cambodia. Sah tapi tak ikut sunnah nabi la kan. Sepatutnya kena tengok sendiri lembu tu dikorbankan. Tapi aku belum bersedia nak tengok lembu tu kesakitan... Gulp.... Mokcik cepat kesian tokleh la... Lagi satu, mokcik fedap tengok adat orang kita yang suka berebut bahagian daging untuk diri sendiri. Pastu dok main tukar-tukar daging dengan orang yang sama tak susah dengan kita. What the f kan.. Masing-masing punya la berjelau nakkan prime beef. Nabi suruh buat korban bukan untuk buat steak untuk diri sendiri wahai mokcik-mokcik. I'm tired of these kind of drama daging. Belum citer bab tukang lapah daging lagi. Skang ni tak tau sape yang betul-betul susah. Dalam ceruk hulu legeh tu memang la ada. Sebab tu rasanya macam dah tak valid benda ni. Patut kumpulkan lembu-lembu yang nak korban tu, then  daging tu terus agihkan kepada orang yang betul-betul layak. Yang buat korban tu tak payah sentuh langsung. Tak payah ambik pun. Aku rasa yang buat ibadah korban tu mesti la berduit. Kalu tak, sure tak mampu dah nak bayar harga satu bahagian tu kan. Setakat untuk makan diri sendiri tu, beli je la sekilo kat pasar. Apa susah. Ini tak, sorang berebut nak kaki. Tiga orang berebut nak tulang rusuk.. Drama macam ni berlaku kat semua tempat yang biasa aku tengok. No offense ye. Fedap mokcik.
Raya haji tahun ni aku pegi 2 rumah aje. Umah makcik kembar dengan mak sedara aku je. Then terus balik umah. Driver kata mengantuk. Sampai-sampai umah terus bukak tv hadap F1. Again?! Penat mokcik makan  dalam dengann F1 ni. Nasib mokcik lah. Kena syukur jugak tu. Kalu dapat yang suka melepak kedai kopi tengok bola kang ebola jugak aku. Sila belajar menerima kekurangan partner kita. Sila! 

2 malam aku kat Apal, 2 malam jugak lah hidup tanpa internet. Wifi dengan telco memang off terus. Sape-sape nak kontek aku kena guna cara konvensional-sms/call sahaja. Hahaha... Terkelip-kelip tak tahu nak buat apa. Astro MIL ada basic channel aje. Semua orang dah addicted dengan internet skang ni. Marahkan anak, tapi mak bapak same je. Kikikiki... Budak-budak ni kat Apal belajar la main pasir. Nasib baik banyak stok aku dah load dalam Wattpad. Time-time takde internet ni la berguna Wattpad. Hilang la bosan. 
Iron Chef belikan sweater untuk Adam and Zaraa kat bundle. Adam punya orait je longgar buleh la pakai hujung bulan depan. Tapi Zaraa punya dah barut nangka. Nasib baik lima inggit je satu. Takde la rasa membazir bila silap saiz ni. Sayang pulak. Material sedap pakai. Takde rezeki lah kan. Mek ni pulak makin hari makin lalu dia  makan. Risau betul stroller baru beli tu max 15kg je. Skang dia dah 16.5kg. Hujung bulan depan entah sempat ke tak guna stroller tu. Boleh kot kan... Mesti ada plus minus ralat beban dia kan. Agak-agak lebih beban 2kg buleh hold lagi tak stroller tu?

Pagi raya  MIL masak laksam. Then, semua rumah yang aku pegi buat nasik dagang. Grand betul. Raya haji je pun nak buat nasik dagang. Kat KB spend satu hari je, tak sempat nak JJCM. Kedai semua pun tutup. Jalan semua pun jem. (one of the reason aku malas balik kampung) Kalu ada pintu Doraemon kan best. Meal time je, terjah kampung makan sampai kenyang then terjah balik Penang balik. Huhuhu... I love the food but I love my home. Conflict of interests.

Balik Penang dah tengahari. Jem lah apa lagi. Lepas breakfast like a king katanya, driver masuk bilik krohkrohkroooh pulak. Aku paling pantang bertolak untuk perjalanan jauh lewat. Mak aku ajar, kalu nak jalan jauh, bertolak la awal pagi. Jalan ke Penang tu biasalah, akan jem kat Bukit Bunga. Time macam ni la pakat nak berenti shopping kat Bukit Bunga. Pppffffttt!!! Macam takde time lain. Delay sejam dua je. Tapi bagi orang yang tak biasa jem ni, memang haru la. Lagipun bukan takde alternatif. Bukan macam perantau KL nak balik Kelantan tu. Jem tak kira masa. Penang ni senang je, kalu tak nak jem, bertolak awal. Setel masalah. Kalu aku bising-bising, dia cakap dia yang drive aku duduk aje. Tapi bila jem, semua turut merasa! 
Ini citer dah balik Penang. Bila start makan frozen food ni, maknanya nikmat real food kat kampung dah habis. Hihi. This is how I fry my burger patty. How's yours? Mokcik tak suka sental sisa lemak kat pan ni pakai sponge basuh pinggan. Mokcik geli kalu tengok sponge basuh pinggan bertempek-tempek lemak mahupun minyak mahupun apa-apa kotoran. So mokcik buat macam ni la. Time minyak dah keluar tengah masak tu, letak sekali tisu. Bubuh la 4,5 keping pun jangan kedekut untuk kesihatan ni. Kasi serap seberapa banyak minyak burger tu. Time basuh pan ni nanti, takde la banyak keje. Sinki pun tak tersumbat dengan lemak-lemak tepu. Tak payah cucur dengan air panas pun. 
Breakfast, her style.
Mek ni makan sekeping daging buger cicah mayonis 3 sudu teh. Habis licin. Kena diet dah ni. Else, semua kurus nak dukung dia hujung bulan depan... Ni pulak aku punya. Sebelum tu aku dah bedal sira pisang nangka yang Puan Menteri bekalkan. Semua makanan berserat tinggi untuk orang sembelit macam aku. Aku suka roti gandum penuh macam ni. Tapi orang lain kat umah ni suka roti putih aje. Minggu ni beli 2-2 jenis roti sebab tengok Tesco ada sale whole wheat bread ni. Singgit lebih je satu buku. Roti Massimo tu dua kali ganda harga. Suka mokcik. Duk saje-saje kelaparan nak mengunyah, kunyah ni je pun dah sedap bagi mokcik. Fefeeling macam kat London la.. Sapu butter sikit.... Potong ala wedges... Pastu ngap lah... Feeling itu penting. Sebab feeling itu penentu aku lalu ke tak nak makan tu nanti.
Mine.
Kelmarin hantar Adam pegi sekolah tengok-tengok sekolah takde orang. Cuti lagi? Jumaat lepas lagi pelik. Kelas Adam je takde orang. Kelas darjah 1 yang lain ada. Failed lagi kitorang ni. Mengeluh encik Jack. Katanya kalu tahu tak sekolah tak payah balik lagi Penang kelmarin. Ni sape yang lagi suka balik umah mak aku ni... And sape anak Puan Menteri sebenarnya ni. Aku ke dia? On contrary, aku lagi suka dapat balik Penang awal. Ofkos, I don't fancy living in Penang. I just love my home. My bantal busuk. My white bed... 

Food ---------> Kelantan
Home---------> Penang

Bila dah pencen dapat balik buat rumah kat kampung setel la masalah konflict of interest aku ni.

No comments: