Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, October 12, 2014

#1151 Me Vs Making Play Doh

Happy Sunday! Kelmarin rasa terbaik hati sikit dengan anak-anak. Tetiba rasa nak buat plastisin sendiri. Saje je la kasi bebudak ni ralit sikit. Google situ sini, oh senang semesek rupanya. Sape yang malas nak google, nah I'm happy to share here. 

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air + pewarna yang diingini
1/2 cawan garam (guna yang paling halus yang ada)
1 sb minyak
1 st cuka/ jus limau

  1. gaul tepung dengan garam sampai sebati. Masukkan cuka.
  2. masukkan air pewarna. Tak perlu masukkan semua. Bubuh sampai kepejalan yang diingini je.
  3. Bubuh minyak. Uli sampai jadi doh.
  4. Siap. Buleh terus main.

Dari hasil pembacaan dalam blog, play doh ni buleh tahan kira-kira seminggu sebab tak masak. Yang style masak aku belum study lagi. Yang ni pun dah cukup molek dah. Cukup seminggu, buang, buat yang lain pulak. Bukannya habis modal banyak pun. Semua bahan pun always available kat dapur. 

Aku guna pewarna biru dengan merah je since itu je yang ada. Comel jugak result warna yang terhasil. Obviously, pink for Zaraa and blue for Adam. Tapi sekejapan je la kekal warna ni. Lepas ni bebudak ni mesti mix up doh ni jadi kaler purple. Tak caya wait and see.
Memang terbukti la kata-kata aku ni. Diorang busy main sampai ke malam. Hahaha.. Tak tipu. Ralit lah menguli diorang ni tak harass orang. Suka betul mokcik. Cer tengok kaler doh tu kan dah bertukar? Hihi.. Just as I said. Tu pun ada hati lagi diorang mintak aku buat doh kaler kuning. Sekejapan la takde rupa kuning doh tu. 
Sibuk benar 2 orang ni menguli.
Jumaat tu aku ada tetamu nak tumpang tido. Petang tu aku sibuk la memengat pisang yang Puan Menteri bagi hari tu. (sibuk la sangat!) Dengar la Zaraa riuh kat luar dengan penuh riang rianya kata macam rambut Hazim... Aku ingatkan dia refers to citer dalam tv. So, aku iyakan aje la sambil ignore. Siap pengat, bila keluar kat ruang tamu terperanjat aku tengok rambut setompok situ sini. Waaaarghhhhh sakit jiwo!!!!! Pagi tu cornflakes bertukar menjadi snowflakes serata rumah... Baru je vakum dengan mop. Petang dia buat onar dengan rambut lagi. Hoi.... Kena vakum lagi..... Aduyai....
Elok-elok rambut dah panjang dikeratnya rambut kat depan sampai sopeng. Adoi laaaa... Takde keje betol anak aku ni. Potong pulak belah kiri je. Pastu bila ikat rambut asyik terkeluar la. Dia jugak yang serabut dengan rambut sendiri. Sendiri cari pasal lah. Tadi kemain seronok bersuka ria sorang-sorang kat luar kan.
Kelmarin birthday encik Jack. Biasa lah kitorang yang tak mencabar ni memang tak tau nak pilih tempat makan. Last-last Kenny's je la.. Puas hati encik Jack tahun ni anak pompuan dia nyanyi lagu selamat hari jadi to you sampai ke malam. Kahkahkahkah... Birthday encik Jack tahun ni suram la sikit kot bagi dia sebab bestfriend dia meninggal on his birthday day. Kelmarin. Innalillah... Baru je berapa bulan discover ada brain tumour, operate, lupa ingatan and yesterday died. How sad is that. 
Almost habiskan mac n cheese sorang-sorang.
Oh lupa nak citer... Aku kan ketinggalan serba serbi.. Minggu lepas baru belajar shopping online. Benda pertama aku beli? Benih sunflower! Hahahaha... Zuhud nye... Beli kat mudah je. Sebab pos dia murah sikit compared to blog yang jual benih ni. Service pun bagus. Siap kasi free tanah dengan benih bunga lain lagi. Dia tak cakap pun kata nak bagi freebies sebelum tu. Alhamdulillah... Rezeki... Nanti kalu berhasil, aku tunjuk k bunga matahari bulu-bulu yang aku beli... (sunflower teddy bear) Baru je semai. Entah bila nak bercambah pun mokcik tatau. 
Harini Ahad dah... Esok sekolah. Suruh Adam kapurkan kasut dia. Besar dah anak aku..... Lately ni memang meltdown sangat-sangat aktiviti ke dapur. Perut ada rasa lapar tapi takde idea nak masak apa. Gulai dah, kari dah, singgang dah, sup dah, asam pedas dah... Apa lagi....

1 comment:

imm said...

salam kenal..
dok google2 pasal kenan gatal, jumpe blog ni..hihi

-imm-