Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 20, 2014

#1152 Me Vs Roti Pretzel

Hellozzzz...

Ada orang rindu aku tak??? Hihihi... Tetiba sengal kan... Hari ni nak share cara paling pantas nak buat pretzel. Haaaaa.... Haritu aku dah simplify buat pretzel macam pizza base kan. Harini aku mudahkan lagi. Rasanya ni kira yang termudah la... Takde shortcut dah... 

Asal usulnya berkait dengan pretzel Aunty Anne tu jugak la... Skang ni dah susah sket kitorang nak pegi Jusco ( sorry, lidah aku masih tak biasa nak sebut AEON-AEON). Jusco Perda dulu tu dah pindah ke Bukit Mertajam. New location ni lagi jauh berganda-ganda la dari rumah yang aku duk skang ni. So, kesian jugak kan anak jantan aku ni time dia nak makan pretzel. Dah la cerewet makan. Bila time dia mintak tu memang kena usahakan jugak la.

Sebelum ni aku rajin menguli tepung untuk buat pretzel. Dari bentuk pintal-pintal, bila malas bertukar ke bentuk stick. Dari bentuk stick, bila malas bertukar ke leper macam pizza base. Lagi malas, aku guna roti sandwich je senang. Hahahaha.... Mula-mula anak-anak aku kerek jugak.. Tapi bila dah rasa tu, bertambah-tambah dari sekeping sampai la 4 keping. Aku pulak yang serender nak membuat. Haip! Ni dah terpaling tersenang dah ni. No cheapskate okeh Blog Diva!
Caranya senang je bagi yang berminat nak try adalah sangat dialu-alukan. Tak try, rugi. Ambik roti sandwich atau apa-apa jenis roti yang ko ada. Potong kepada bite size yang diingini. (nak guna roti bakar pun sedap jugak) Pastu celup dalam melted butter. Celup sebelah dah ler. Nanti senang nak angkat. Pastu celup pulak dalam cinnamon sugar. Nak buat cinnamon sugar senang je. Blend je gula dengan serbuk cinnamon. Kalu guna gula icing, tak payah dah blend kot. Campur terus je. Cinnamon powder tu jangan banyak sangat, kang pahit. Nisbah 1:4 gitu kot. Ntah, pepandai la rasa sendiri manis lemak setara mana yang korang suka. Kalu pahit, just tambah gula je.
Cinnamon sugar dalam bekas tu aku dah buat banyak-banyak..
Disebabkan kat umah aku ni bebudak ni memang peminat tegar roti pretzel ni... Makanya aku buat cinnamon sugar tu banyak-banyak terus. Simpan dalam bekas. Takyah buh dalam fridge pun takpe. Semut takkan usik percayalah. Cewah siap merayu. Cinnamon sugar ni tahan lama.. Setakat sebulan dua tu no hal la. Longer than that aku tak tahu sebab tak sempat sebulan dah habis. Aku guna je selagi tak nampak apa-apa kulapuk atau ciri kerosakan yang meragukan. Kesimpulannya, cinnamon sugar ni buleh reuse banyak kali. Aku kalu anak-anak mintak nak makan ni, step nak buat cinnamon sugar tu yang malas. Tapi kalu dah buat satu bekas in advance ni, smesek je la. Tinggal potong roti, cairkan butter dalam microwave, then terus celup dalam tu. Habis citer.
Cik Mek ni kalu Adam mintak roti pretzel... Dia pun akan join sekali la. Biasanya aku akan buat 2 keping intro dulu, tengok permintaan. Selalunya memang tak cukup lah. Suka benar diorang ni. Dah lama tak jamah nasik asyik hadap benda ni je la diorang. Sebelum-belum ni stok roti umah ni just pek biasa tu je.. Semenjak dua menjak ni since terjebak dengan roti pretzel ni, kena beli jumbo pek baru cukup. Kalu sehari 5 keping untuk diorang je sekali hadap, mana la nak cukup pek kecik tu kan. Alhamdulillah la... Ada jugak alternatif untuk anak yang tak makan nasik macam budak-budak ni. 
Ini selingan pasal anak dara aku. Hihik... Baru ni aku ajak dia semayang sekali. Alang-alang kain telekung Puan Menteri dah kasi kan. Suka benar la dia bila aku ajak tu. Apa yang dia paham pasal solat ni pun aku tatau. Tapi baguslah dia. Stay put atas sejadah tu sebelah aku dari awal angkat takbir sampai la bagi salam. Ofkos la rukun dia akan menjadi sejutanam dari aku! Mula-mula angkat takbir duk sebelah aku, towards the end tu dia dah jadi imam pulak terkedepan... Hahaha... 
Comel kan???? Tahyat akhir tu dia bosan agaknya, dia mana nampak kaki aku kedudukan macam mana, so dia duduk berlunjur terkangkang... Ahahahahaaaa.... Adoiii la... Takpe la... Yang penting slow-slow pikat dia dengan solat. Abang dia belum start lagi... Failed betul la aku ni..
Skang ni kalu aku ajak solat tu dia memang eksaited la... Cepat-cepat suruh orang pakaikan dia telekung. Tapi makin lama, dia makin culas la. Angkat takbir sekejap lepas tu mula la macam-macam gaya. Hohoho...


Mana la set-set blogger aku ni... Rindu weh! Cepat la update blog... Ada yang 2 tahun dah tak update.

No comments: