Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 21, 2014

#1153 Me Vs Going To Korea? Who? Me?

These are the things that happened to appear in my life these days... Cuba selami perasaan aku jika korang ditempat aku... 


#1) 13 August 2014
Kawan kat pesbuk update status yang berbunyi , 
"Tetiba hubby bgtau u pegilah bercuti gan kwn2 u.. I jaga bby n bdk2 tu... Pergh bestnya niat suci murni hubbyku.. But hati berat nak meninggalkan bby ku... Mmm xpelah hubby tunggu bby besar sikit k tq:) My BFF standby k tunggu greenlight dari i hehe 

 — feeling loved."

Bestnye kaaaaan? Deep, deep down inside my heart rasa cemburu sangat. SANGAT! Tahu tak? Kawan aku ni husband dia campuran Melayu Kelantan dengan Mat Saleh UK.. So, mungkin budaya hidup laki dia yang lebih terarah ke arah English oriented ni tak sama la dengan kebanyakan suami-suami Melayu kan. Memang laki dia sporting abis la. Hadoiii.... Memang mimpi lah aku rasa kalu laki aku nak kasi offer tebabo macam ni.... Dalam hati siap cakap, kalu aku dapat peluang macam ni memang aku grab tak lepas dah. Ngggeeeee~~~~ Ye ke?

#2) 14 September 2014
Balik kampung jumpa SIL2. SIL2 ajak berjimba ke Korea... Ladies trip katanya... Alaaaaaa.... Ofkos la iols nak sangat pegi. Jangan ditanya la. Destinasi impian seumur hidup tuuuu... Alahai, bestnya kan kalu aku keje ada duit sendiri ni. Time camni la rasa menyampah dengan diri sendiri sebab tak bercita-cita tinggi dan takde goal dalam hidup. Time ni la rasa menyesal sebab tak belajar sungguh-sungguh dulu. Time ni la rasa hampeh betul jadi marhaein yang penniless... Huhuhu.. Entah bila la aku boleh jejak kaki ke Korea tu. Nak harapkan duit sendiri entah kurun ke berapa la baru cukup. Nak harapkan orang kaya taja, lagi la jauh sekali.

Aku ni hanya mampu berangan aje la. Seems like Korea tu terlalu jauh untuk aku gapai. Sobs... SILs aku takpe la nak pegi anytime pun. Poket masing-masing tu masing-masing yang isi sendiri. Nak pegi trip ke kutub utara pun tak jadik hal. [Insert jeles mode here]

#3) 8 Oktober 2014
Encik Jack cakap kakak-kakak ipar aku komfem nak pegi Korea. Ikut backpacker pakej yang diorganize oleh student Malaysia kat sana. Kira pegi sorang-sorang je la, anak-anak dengan husband tak ikut. Waaaaa... Cemburu okey! Tapi aku sedar aku ni sape nak jeles lebih-lebih. Diorang keje keras so they deserve it la. Macam aku ni duk terlopong je kat umah makan laki tanggung, dah memang setimpal la ini je rezeki aku. Sabar, sabar.... Walau lambat pun, in sya Allah ada la tu rezeki aku someday.... Doakan aku ye! Sobs... Nak ikuuuuuttt!!!!

#4) 9 Oktober 2014
Encik Jack wasap aku dari tempat keje.... U nak ikut tak kaklong dengan Nyoh pegi korea tahun depan... cuti sekolah bulan 5 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Toing! Rasa nak terlompat dapat bom jangka tak disangka-sangka ni. OMG!!!!! Taruk gambar je la sebab tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata betapa  terkejut, excited, thrill, happy, grateful dan macam-macam rasa seronok la nak habaq. Patlima kali tenyeh mata kot-kot aku salah baca mesej wasap encik Jack tadi. Terus teringat kat #1 tadi... Oh camni rupanya kawan aku tu rasa time laki dia offer suruh pegi makan angin dengan kawan-kawan.

Lepas dapat mesej tu mula la seram sejuk menggelabah sebab teroverjoy sangat. Tak pernah okey! Dupdapdupdap jantung. Omaigod... I'm in happy valley. Patbelas kali rasa tak percaya. Encik Jack suruh aku pegi sorang join kakak-kakak ipar aku. Dia jaga anak-anak dengan bantuan Puan Menteri. Heeee suka ati je kan... Puan Menteri pun aku tak tanya lagi.

Bzzzzztttt!!!...Okey, here comes trouble.

Mula-mula memang seronok kemain kan. Bila dah waras sikit tu, mula la terfikir nanti kat epot KB-KL dengan KL-KB cemana? Aku tak pernah naik flight sorang-sorang. Nanti nak cek in kat mana, kena bawak apa, lepas tu nak boarding tu masuk gate mana? Serius, aku memang jakun bab-bab ni. Dulu pegi hanimun Bali takpe la dengan companion. Dia yang buat segala-galanya and aku ikut je. Haih, cemano ni. Puas aku ajak encik Jack join sekali, dia tak nak. Tak minat katanya. Huhu....

Panik dah aku. Tarik diri lah. Aku tak reti nak naik kapalterbang sorang-sorang.. Kat KLIA1/2 tu lagi la... kang tersesat masuk gate sampai ke New York apa cer? Hahahaha... Gila jakun kan. Memang totally tak kompiden lah nak habaq. Encik Jack tak nak ikut.... Sedih dah ni... Terpaksa lah aku lepaskan excitement yang mencanak-canak aku rasakan sepanjang hari ni.

Senyap je aku for the rest of the day. Dalam kepala duk berperang sendiri-sendiri. Kejap nak pegi. Kejap tak nak pegi sebab tak reti nak boarding sorang-sorang tu. Sampai satu tahap aku rasa letih sangat-sangat. Last-last, aku decide. Tak payah pegi. Habis citer.

#5) 10 Oktober 2014
Bangun pagi ni I had a sudden change in my mind. No, this is the only chance aku nak pegi Korea. I had to grab this chance. Aku nak cabar diri aku sendiri untuk travel sorang-sorang. Ah pandai-pandai la aku cari gate mana, cemana nak naik kapalterbang tu. Takkan sebab tu je aku nak limitkan peluang aku untuk tengok tempat yang selama ni aku impikan sangat-sangat? Aku bukan budak kecik. I can ask around. It's okay to sesat-sesat. Aku sanggup! Semata-mata nak pegi Korea!

Here comes another thing.

Okey, hati dah bulat nak pegi Korea. Memang tak plan nak ubah pendirian dah. Lepas satu, satu hal lagi datang macam sesaje je nak goyahkan aku. Boleh ke aku pegi dengan diorang? Diorang paham ke jadual  makan aku cemana? Bab lain aku tak risau. Paham-paham je la spesis sotong macam aku ni kena makan 2 jam sekali. Else, gastrik attack la. Bab gastrik ni memang menjeret leher aku la. Takut sangat-sangat trigger lagi. Diorang ni hardcore, makan lambat pun takpe tak gastrik. Kot-kot la orang menyampah nak berjalan dengan sotong macam aku ni. Manalah tahu kan. Pokoknya, aku takleh makan lambat. Untuk tu, aku built plan kontigensi aku sendiri. Bawak bekal makanan banyak-banyak la. Lapar, ngap saje. Kalu travel sorang-sorang I have to look after myself. Pepandai la diri sendiri nak hidup kat sana kan. Dapat ikut diorang pun dah alhamdulillah sangat-sangat dah. Bukan apa, tarikh yang dihajati tu 1-8 Jun 2015. 2 minggu lepas tu dah start puasa (Ramadan). Risau jugak takut gastrik tak reda, dekat sangat dah dengan bulan posa. Aku serik dah wei qada posa berbulan-bulan!

Aku kuatkan semangat jugak... Aku kena kuat. This chance doesn't come twice. It's my dream country that I always want to see. Apa pun jadi, aku nak pegi jugak. In sya Allah... Doakan ye agar semua smooth sailing..

 #6) 11 Oktober 2014
Aku meracuni kakak-kakak ipar aku suruh travel sendiri je. Tak payah join group backpackers yang lain. Kalu ambik pakej backpackers tu, RM4800 total pax. Memang pakej ni paling murah compared to others. Tapi aku tak berkenan itinerary dia including Everland. Theme park ni buang masa je bagi aku. Kita pegi first time bukan nak main. I'm more to sightseeing. Tiket masuk theme park bukan murah okey. So, setelah berjanji setia untuk sanggup sesat bersama, kitorang decide untuk travel sendiri aje. Semua plan, budget, itinerary kitorang buat sendiri sama-sama. Satu lagi aku tak suka ikut group, sebab leceh nak kena tunggu menunggu orang. Bila dah ramai tu almaklum la sendiri masing-masing punya ragam.

So, okey kitorang akan travel sendiri.

#7) 16 Oktober 2014
Dari hari aku bulat hati nak ikut tu dan we all decide nak travel sendiri tu, kitorang gigih cari info. Memang truly diligent. Masing-masing godek situ sini. This is the ugly side of traveling on your own. Semua kena cari sendiri. Kalu ambik pakej memang senang. Siap duit dengan baggage aje. Yang lain-lain semua tour guide yang settlekan. Tak kisah la. To tell you the truth, aku memang zero pasal nak cari info nak travel ni. Nak tanya-tanya dan harapkan Bos IBM (The Solo-Travel-Guru), dia tengah busy. Lagipun dah tertanya dia jugak, sekali kena sembur. Hahahaha... Understood la kan time orang tengah busy. Bila dia tanya kenapa aku kecoh sangat sedangkan nak pegi tu lambat lagi, suddenly a pang hit my face. Okey, lepas tu dah janji dengan diri aku sendiri aku tak nak tanya dia dah. Tanya tak kena time ni kang kalu kena sembur, aku jugak yang terasa hati. Better stay away from the busybees...

Start dari day 1 aku start from zero. Semua cari sendiri. Bos IBM bagi link (sembur-sembur pun bagi jugak) kat forum pasal traveling to Korea. Aku bukak tapi tak paham apa. Start from zero lagi kat situ. Day by day  makin banyak research and study, study subway route sana... I got a brief view pasal Korea. Ofkos, kalu aku tak study memang aku akan tak tahu sampai bila-bila. Good to know.

Disebabkan aku ni zero pasal info digging ni, memang aku kena gigih sikit la. Takpe la Bos IBM kata aku kecoh pun. Dia tahu serba serbi selok belok pasal ni. Ofkos she dare to say that. Aku yang newbie proceed aje lah with or without guide. I can find on my own. Bukan dia sorang je yang aku buleh rujuk. This is not the end of the world. Kawan aku yang kaki travel pun banyak. So, lepas kena sembur, aku tanya kawan-kawan yang penah pegi Korea je. Takde orang nak marah aku dah. Happy!

Rasa terharu pulak dengan diri sendiri. Aku tak pernah jangka aku akan mampu mencari info sebaik ini. Selama ni aku duk rasa aku ni sesungut pendek, mana reti nak cari pasal tu pasal ni. Apa yang nak kena tahu, apa yang nak kena cari. It comes to you bit by bit after some hard workds. Well paid, well paid. Tanya orang tu, tanya orang ni yang tak busy, and do it myself. Alhamdulillah... Manage to find some useful info. Tak tahu la kot-kot aku sorang-sorang je yang syok sendiri rasa diri menyumbang info padahal travel partners aku yang lain rasa aku ni tak ubah umpama pain in the ass aje hoho.... Am i?

2,3 hari mata aku @@ sebab cari info intensif sangat. Semua cari dalam internet. Kalu tak kat laptop, sambil baring-baring tu mesti hadap jugak henpon. Sampai satu tahap tu nak tongkat kelopak mata pun tak larat... Tiap kali nak stop tu selalu rasa macam banyak lagi nak kena cover. Belum cover. Letih, yes sangat teramat letih. Makin dicari, makin banyak dapat, makin banyak lagi rasa tak cukup. Makin greedy rasa. I want more, I want more, I want moreeeeeeee!!! Haaaa gitu la... Tak sangka pulak aku jadi begitu greedy dalam hal ni. Lagi tak sangka sebab dah lama tak study tetiba kali ni study, baca situ sini tanpa henti. Ingatkan otak takleh digest ayat banyak-banyak ni.... Rupanya..... I'm good!

Agaknya disebabkan usaha gigih aku yang memang aku sendiri rasa terharu gigihnya tu, tetiba Encik Jack cakap dia nak ikut jugak. Wooooottt!!!! Impressed kot tengok aku bersungguh-sungguh merancang itinerary Seoul-Jeju-Busan ni. Bukan dia tak tahu betapa Korea ni bermakna bagi aku. Okey sett!!! Aku ada tukang angkat beg kat sana nanti hahahahahaaaaaaaa~~~~~

Alhamdulillah... Sape sangka kan... Kalu trip ke Korea sendiri-sendiri ni berjaya dilaksanakan, memang banyak benda tak sangka yang aku berjaya atasi. Benda yang aku tak sangka aku sendiri buleh buat. Whooaaaaa.... Rasa macam best je kan.... Please excuse me... Aku kan a nobody... Yang underdog... Bila benda-benda macam ni berlaku, memang rasa overwhelm lah sangat. Walaupun pada orang lain apa lah sangat..

Ya Allah.... Please let it happen to me.... Amiiin...



No comments: