Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 22, 2014

#1154 Me Vs Deepavali With The Ramlis

Bos IBM's Jr.
Hellowwww.... Selamat bercuti Deepavali! (aku bukan wish deepavali, aku wish cuti kepada deepavali tu sila tau bezakan) Balik kampung tak?! Kitorang awal-awalnya tak nak balik tapi Encik Jack ada agenda berbangkit yang memerlukan dia balik... So terpaksa balik jugak la. Aku pun sesambil tu ada rundingan meja bulat dengan kakak-kakak ipar.. Will tell you guys later. Which is...Kalu aku rajin mihmihmih...
She loves dak ucop. Makcik-makcik la katakan...
Kali ni balik Apal dulu. Tak sabar nak balik sebab meeting sulit aku tu la. Naik syeh okey! Bebudak ni pulak macam biasa la... Seronok bersosial dengan sepupu-sepupu diorang. Riuh rendah umah MIL aku dengan 9 cucu pelbagai saiz pelbagai umur ni. Yang merangkak ada, yang asyik mengempeng ada, yang memanjat ada, yang berlari ada...Mak-mak orang keje asyik terpekik terlolong aje lah. Pelik pulak kali ni balik takde satu ipad pun kelihatan. Tahniah buat semua ibu-ibu. Budak-budak having fun cara konvensional. Style lah!
Zaraa pulak kali ni balik memang berbeauty parlour la dengan Tihani.Dapat mekap set Nuha tu berhari raya la muka sorang-sorang. Kemain! 2 hari duk sana memang every hour bermekap la keje. Dari pagi sampai ke malam! Janji tak kacau orang. 
Ni dia tengah mekap aku. Mekap-mekap-mekap sampai tertidur. Tukang mekap la yang tertidur tu. Punya lah! Balik kali ni memang cukup lengkap adik beradik Encik Jack. Meriah tak hengat kalah raya kita. First night tu MIL belanja anak cucu dia pegi makan malam kat KFC+Pizza. Nenek aku kaya raya dulu pun tak pernah belanja aku or ajak-ajak ayam aku pegi makan mana-mana. Sambut birthday dia kat resort tu je ada la. Semoga panjang umur murah rezeki MIL aku. Amin... Satu KFC tu bingit dengan suara budak-budak ni.
Tadi masa otw balik dari Penang singgah Bukit Bunga. Selalunya memang tak pernah-pernah menyinggah kecuali masa nak balik KE penang. Saje ajak encik Jack try mi celup kat situ. Dah situ ramai peniaga Thai make sense la mi celup dia sedap. But it was just so-so. Sedap lagi  mi celup bawah pokok tu. Dah alang-alang singgah budak-budak ni merengek la nak toys. Zaraa nak doll. Adam nak keta. Tapi beli patung Anna Frozen tu je kat Zaraa. RM38. Sebelum ni survey kat internet pun RM38 jugak. Tak termasuk postage. So, beli sini je lah. Seronok berganda-ganda la orang tu dapat Anna....

Sampai umah MIL, tengok-tengok MIL masak tomyam campur pelbagai binatang. Ketam, udang, sotong, ayam, daging, sayur mayur.... Mak aiii... Kenyang-kenyang pun belasah sepinggan lagi nasik. Tak pernah makan tomyam ketam. Sedap gilerrrr....

2 comments:

R I N I . R A N I said...

Comel sgt2 lah mek zaraa ni

Blog Diva said...

woit rini.ado pun mu. lamo x dgr kbr. meletop doh ko?