Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 23, 2014

#1155 Me Vs Korean Trip Meeting

Macam meeting nak bukak bisnes je...
Waaaaaaaahh... Ini yang dinanti-nantikan sangat nak jumpa kakak-kakak ipar aku ni... Sebelum ni kitorang meeting dalam fesbuk messenger aje. Bila dapat meeting face to face ni lagi la terangkat. Masing-masing dah bawak balik kitab nak present hasil pencarian masing-masing. 

Kali ni balik pakat bersatu hati pilih guest house mana yang berkenan di hati. Part guest house kena setel secepat mungkin sebab tarikh yang dikehendaki tu agak peak season. Rata-rata guest house yang disurvey cuma tinggal 1,2 bilik je lagi. Hoh, we better hurry... Nanti nak tido kat mana? Hoho..

Internet kat umah MIL adalah sangat kesian. Berpeluh menunggu satu-satu step. Nak membolehkan hasil confirm booking ke empat-empat guest house tu membebel jugak la kitorang. Cuba imagine, Vietnam yang mundur miskin dari negara kita pun internet free je seluruh negara. Malaysia tanah air yang tercinta ni apasal la semua pun nak caj? Tak kaya-kaya jugak ponnnn.. Apa kaitan ni... Frust la dengan coverage kat Malaysia ni. Kesian kakak ipar tido entah pukul berapa duk try again and again and again sampai dapat. Akhirnya setel jugak bab guest house. Tiket flight setel. Flight untuk ke Jeju tu hanya boleh start beli/tempah 3 bulan sebelum nak fly. So yang tu KIV dulu.  Guest house setel. 2 perkara utama ni setel so rilek la sikit lepas ni just nak kena study itinerary dengan kira budget tambang pengangkutan kat sana, makan minum, shopping, route yang nak lalu etc.

Seronok pulak macam main treasure hunts gitu. Dari study peta Seoul, Busan, Jeju.... Sampai ke study lokasi guest house (GH) and their attractions... Ini yang dikatakan kepuasan bagi own itinerary traveller. Kalu ambik pakej pelancongan ofkos ko tak payah nak syudy macam esok lusa dah nak SPM ni. Sedia duit dan follow aje apa yang agen ko plankan. Yang tak bestnya, ofkos tak ekonomi. Dan yang kedua, nak kena follow tempat yang tak berkaitan (kedai ginseng, jed, silk, barang kemas etc. Rugi masa ikut group ke sini. Agen wajib bawak sebab dah terikat dengan peraturan sana). Yang ketiga, tak banyak attraction spot yang boleh cover. Tapi terpulang la. Kalu ada duit lebih dan malas nak study pecah kepala macam ni (tak susah ponnn) join travel package aje lah. Kalu nak lebih nilai bagi duit tu, plan sendiri macam kitorang.

Haiii... Nasiblah internet sucks kat sini... Kalu tak, memang boleh cover ke empat-empat itinerary kitorang kat sini je. Encik Jack basically tak ambik pot pun dengan meeting bersila dalam bilik kitorang ni. Mokcik tak kisah sebab dia dah provide sponsorship aku. So just let me do the hard work. Dia just ikut dan setelkan every payment aje. Mihmihmih... Aku sanggup je tukang study itinerary! Sampai ke saat aku menaip ni rasa macam tak percaya aku mampu buat ke tahap ni. Biso jugak aku ye... Mihmihmih... 

Never underestimate yourself.

Oiii tak sabarnye nak pegi Korea!!!!!!

Ringkasan kronologi Trip Ke Korea hari ni:

Guest House 

Seoul - Hey Backpackers confirmed, call after arriving for directions
Jeju -Yeha Guesthouse confirmed, 1 day earlier must remind them for airport pickup
Busan - Popcorn Guesthouse confirmed 
Seoul - Itaewon Inn confirmed
*semua guna kredit kad SIL1, pay her later 

Flight Tix
KUL-ICN 31 Mei 2015,
ICN-KUL 08 June 2015
*Hilal will book and settle, pay him later .

KBR-KUL 31 Mei 2015,
KUL-KBR 9 Jun 2015
*Encik Jack will look up @Puan Menteri's place since the internet connection is better there.
*tiket Mas takde promo, will look up for AA and Firefly later.

Lain-lain itinerary kena plan later as the internet connection forbids here.

Ada sesape nakpegi Korea 1-8 Jun 2015??? Anyone??? Kita jumpa di sana...sana...sanaaaaaaaaa!!!!

No comments: