Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, October 29, 2014

#1157 Me Vs Solat Dalam Kapal terbang

Tengah dok teliti itinerary Korea aku ni, terperasan flight pegi Incheon tu akan melepasi waktu Subuh. Bertolak dari KLIA kul 11.30 malam so Maghrib Isyak tu in sya Allah takde masalah boleh dijamakkan either di rumah SIL1 atau di epot KLIA itu sendiri. Yang menjadi persoalan skang ni macam mana nak perform solat Subuh atas kapal terbang. Mokcik is jakun bab-bab kapalterbang ni. Dulu hanimun kat Bali-Jakarta-Anyer-Jakarta-Bali tu pun tak melibatkan masa yang panjang hingga terpaksa solat atas kapal terbang. So, this may be my first time performing solah on a flight.

Kalau info pasal travel aku boleh cari, dari tak reti apa, zero langsung pasal mencari info ni sampai terpandai sendiri, takkan nak cari info pasal solat dalam kenderaan pun tak boleh kan. Haip. Kang esok-esok Tuhan tanya akal yang Dia bagi tu aku guna untuk apa... Apa nak jawab? Huhu... Makanya aku pun google je la mula-mula tu 'solat dalam kapal terbang'. Nah berjela-jela, berpage-page info pasal ni boleh dapat. Orang kita pun ramai jugak yang rajin share pengalaman bersolat dalam kapal terbang.
Sebelum ni kalu tanya orang cane nak smayang dalam flight? Diorang jawab semayang je kat tempat duduk sambil duduk. Ambik syarat je. Hmmm.... Setelah melalui pembacaan yang agak panjang lebar pasal ni dalam internet ni, dapat aku simpulkan pendapat orang pasal ni adalah tak tepat.

Melalui pembacaan aku, ada beberapa syarat penting yang harus dipenuhi:
  • masuk waktu
  • sambil berdiri
  • berwuduk
  • ikut kiblat

Masuk waktu
Takde masalah. Kalu MAS, diorang akan bagitau. Kalu tak bagitau, boleh je tanya cabin crew. Jangan pandang rendah pada cabin crew seolah-olah diorang jahil agama tau. Ramai je cabin crew beragama Islam yang celik agama skang ni. Diorang pun smayang atas kapal terbang tu jugak. Takpun, sebelum travel tu study la flight tu akan lalu ikut mana. Catat waktu solat setiap kawasan yang dilalui. Masa dalam flight tu, buleh refer balik catatan.

Sambil Berdiri
Part ni paling crucial yang dirasakan. But still doable. Orang lain dah buat  maknanya benda ni memang boleh dan mampu dilaksanakan kecuali diberitahu keadaan tak mengizinkan. Contohnya turbulance, semua penumpang kena duduk di seat and buckle up. Takpun, kapalterbang tengah bergoyang kuat. Or, peramugari tak kasi sebab mengganggu keje diorang nak tolak troli. Kalu mampu tunggu hingga diorang habis tugas, tunggu. Kalu bimbang waktu dah nak habis, solat aje di seat.

Pokok pangkalnya, kena usahakan jugak sehabis daya. Kerana kita mampu berdiri. Dah tu, boleh panjat tangga kapal terbang tu maknanya boleh berdiri la tu. Kalu dah memang takde kaki 2-2 belah tu lain la. Nampak tak kat sini tuntutan untuk berdiri tu. Sesiapa yang semayang sambil duduk kalu sebenarnya mampu dilaksanakan sambil berdiri, maka dia dikira sengaja mengabaikan dan meremeh-remehkan rukun kewajipan solat. Wallahualam.

Yang aku tengok dalam internet, mostly sembahyang atas seat je sambil duduk dan menghadap ke arah depan (cockpit). Cukup syarat ke smayang macam tu? Aku tertanya-tanya jugak. Adakah kerana tak tahu atau malu nak bertanya cabin crew atau malu pelik dari orang semayang berdiri? Wallahualam. 

Ada seorang blogger pernah ceritakan pengalamannya mengembara ke Turki. Diceritakan bagaimana dia menunaikan solat Subuh di dalam penerbangannya. Memang boleh buat. Dia tanya steward kat mana ruang yang membolehkan dia untuk solat berdiri. Steward tu terus bawa dia ke arah depan kapal terbang, sebelah kokpit rasanya kalu tak silap aku. Ada ruang sikit kat situ. Kat situ la dia diberi kebenaran untuk bersolat sempurna. Kebetulan masa dia nak solat tu ada cabin crew yang baru selesai solat di situ. Alhamdulillah... Kalu takde sejadah, bentangkan  saje selimut yang disediakan dalam flight tu. Anything yang diyakini suci la.

Namun, kalau kita menaiki penerbangan bukan Islam, adalah sedikit sukar untuk solat sambil berdiri. Tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam yang berjanggut, bersolat dan berhijab adalah mereka semua pengganas. Kita seboleh mungkin ingin mengelakkan salah tanggapan terhadap Islamofobia ini. Kalau dah berhadapan dengan penumpang bukan Islam macam ni, dibolehkan untuk solat di tempat duduk aje.
Berwuduk
Isunya sebab dalam kapal terbang tak benarkan basah-basah takut short circuit katanya. Kalu nak berwuduk bak berpesta air macam kat rumah tu memang tak boleh la dik non. Ada ustaz yang cadangkan guna cawan atau botol mineral. Aku pula teringat yang ustaz Don tak silap aku, dia syorkan guna botol spray. Good idea kan? Wuduk ni tak perlu air banyak. Air sikit takpe, yang penting RATA. Cara nak meratakan air ke seluruh anggota wuduk nak kena study kemudian. Bimbang, takut jadi air mustakmal je. Islam tu mudah. Tapi takleh buat mudah-mudah je. 
Ikut kiblat
Kalu bawak skali kompas, setel masalah. Kalu tak bawak pun takpe. Tapi kena rajin bertanya la. Boleh je tanya cabin crew. Selalunya pilot tahu.(do not underestimate them... silap-silap haribulan dapat yang macam Kapten Norudin tu haaa) Kat skrin selalunya ada tunjuk kapal terbang sedang terbang hala ke mana. Buleh dapat agak la Mekah kat mana. Ke arah situ la kiblat. 

Apps kiblat dalam henpon ada, tapi boleh ke on hp sekejap untuk tengok arah kiblat?

Ada pendapat kata dada hadap ikut kiblat time nak angkat takbir tu je. Then kalu kapal terbang berpusing, kita tetap solat je tak perlu ubah-ubah. Ada pendapat pulak kata kalu kita tahu arah mana kapal terbang pusing, kita kena betulkan kiblat kita. Meaning, kena pusing dada hadap ke kiblat yang baru la. Tapi ramai yang cenderung untuk pilih yang mula-mula iaitu tak perlu ubah kiblat lepas angkat takbir. Aku kira itu lebih mudah. Wallahualam.  
Pasal solat menghormati waktu ni aku tak berani nak kupaskan. Sebab ilmu sangat cetek. Seorang ulamak kata tak wujud pun istilah solat hormati waktu sebab kalu ada, Nabi sure dah bagitau. Zaman Nabi dulu sambil berperang pun diorang solat dengan sempurna jugak. Takde pun hormat-hormat waktu. Kalu solat hormati waktu, kena qada balik. Zaman Nabi, diorang smayang cash je semua dalam apa jua keadaan sekalipun. Tabik spring! 

So pasal solat hormat waktu ni, I no komen. Islam kat Malaysia skang ni dah banyak Islam adat... Dalam kata lain Islam yang dimemandai-mandaikan. Okay stop here sebelum ada yang sentap.
Semoga perkongsian aku dalam entri ni dapat dimanfaatkan. Dan semoga Allah permudahkan kita untuk solat walau dimana-mana sekali pun. Amin.

No comments: