Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 12, 2014

#1158 Me Vs A Week Loads Of Food

Assalamualaikum!

Macam lama je rasa tak update blog. Padahal orang lain 3 tahun dah tak update blog. Hoho. You know who you are mihmihmih.... Dah tajuk entry pun sebut pasal makanan, makanya aku nak membebel pasal makanan la. Takde apa menarik... Tapi yang tak menarik tu kalu dizahirkan dalam bentuk gambar, pastinya ramai sekali yang mengomen sedapnye sedapnye sedapnya dan like memanjang. Betapa mudahnya uols tertipu dengan gambar ye. Hihi. Dalam gambar semua nampak macam sedap. Macam je!
Kuey teow sup. Tak kenal?
Sepanjang minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah ni memang tandus idea la mokcik nak mengadap periuk belanga kat dapur. Serius blank. Gulai sudah. Singgang sudah. Kari sudah. Rebus-rebus sudah. Goreng-goreng sudah. Haih.... Balik-balik benda sama. Nak masak nasik-nasik mewah (beriyani, mandhi, nasik tomato, nasik  minyak, nasik madghout etc) memang aku malas dan tak reti. Boleh nak try, tapi malas sebab selalunya tak sedap air tangan aku kalu masak benda-benda camni.  
Ada satu hari tu masak gulai kuning ikan. Dah lama giler tak masak gulai kunyit lengkuas ni. Belen tu esoknya makan untuk breakfast ala kak wook. Jadi la. Sekali sekala layan nasik putih pagi-pagi kat Penang ni syok jugak. Hari-hari asyik goreng nasi, bihun, mi, kuey teow dan nasik lemak adalah cukup membosankan. Tukang masak tolong masak je. Jarang sekali aku makan yang aku masak pagi tu. Entah, aku kan tak berapa suka makan heavy pagi-pagi. Spegeti ni pun belen yang berapa hari sudah. Semua main perangat dalam microwave aje.
Minggu lepas pegi pasar tengok ada ketam besar. First time rasanya dalam tempoh umur Adam kat Penang ni baru jumpa ketam besar. Terus pilih-pilih-pilih tak tanya harga dah. Harga dia mokcik pejam mata lah. Sebab ketam ni banyak isi dan sangat berbaloi. Dalam hati doa banyak-banyak jangan kasi encik Jack bising. Dia mesti tak kisah nyer tengok ketam macam gini punya size. Aku ambik 3 ekor dah almost sekilo. Kira besar lah tu. (Tapi ketam kat Kelantan 2 ekor je dah sekilo. Lagi besar kan.) Yang ni pun kira puas hati sangat-sangat dah. Gu dengan lauk kulat sisir goreng telur. Kulat sisir ni pun harga mak ai... Baru 2 minggu lepas agaknya aku beli RM3 sepinggan. Kali ni dah RM4. Kemain.... Mengalahkan sayur import! Minggu ni pegi pasar terasa sangat-sangat kenaikan harga barang. Orang lain aku tak tau la.
Gambar selepas kejadian. Gelojoh nak terkam kan tak sempat nak snap.
Ketam 3 ekor ni buleh makan 2 kali. Lunch and dinner. Puas hati boleh ratah ketam. Gigit isi macam isi ayam rasanya. Punya la tebal! Aku nak cam ketam besar senang je. Orang lain aku tak tau la cara cane, tapi kalu aku, aku tengok lengan sepit dia tu. Kalu lengan tu nampak besar, makanya besar la ketam tu. Banyak la isi. Balik dari pasar baru ni, tanya encik Jack nak makan ketam masak lemak cili api ke chilli crab. Dia cakap nak chilli crab ala Nasik Ketam Juru. Hambik kau. Alhamdulillah berjaya la aku buat sedap... Cuma aku tak taruk telur je last step tu sebab kulat sisir tu dah masuk 2 bijik dah telur. Jimat-jimat la telur. Telur pun mahal tau skang! Goyang jugak nak masak ketam ni. Takut tak mencapai tahap sedap yang diingini. Buang karan la kan beli  mahal-mahal tetiba tersalah masak  jadi tak sedap. But this time alhamdulillah sedap giler aku masak hahahahaha... Rasa macam tak percaya pulak yang masak tu aku. Selalunya chilli crab Puan Menteri je sesedap tu. Kali ni tak malu-malu puji diri sendiri.
Sebelum mekap dengan cinnamon sugar.
Ini pulak citer Adam. Dah banyak hari benar dah tak makan nasi. Tiap hari keje selongkar gerobok groceries kat dapur cari makanan. Baik hati pulak aku hari tu buatkan dia pretzel. Kali ni rajin braided la pulak. Lagi senang braided dari buat pintal tali macam Aunty Anne's tu. Sampai skang ni aku tak berjaya buat pintal tali tu. Bukan susah pun nak pintal. Aku boleh je pintal. Masalahnya the dough keep rising sampai satu tahap dah takde rupa pintal-pintal. Kembang semangkuk je rupanya. Cane ek yang Aunty Anne buat... Nak gentel tali halus-halus sangat asyik terputus aje... Kena pegi berguru dengan tukang uli Aunty Anne la ni.

Braided pretzel aku ni untuk adunan yang aku dah separuhkan sukatan siap-siap tu dapat la dalam 6,7 bijik gitu. Entah, lupa nak bilang. Anak aku 2 beradik ni usung lepas satu-satu sampai ke malam. Suka hati tengok diorang makan. Baking-baking macam ni memang seronok. Apa yang aku buat dapat sambutan dari anak-anak. Baru la berbaloi. Tangan ni dok gelenya nak buat donat. Tapi duk pikir donat bukan boleh simpan lama. Half adunan pun buleh dapat berapa puluh bijik donat. Nanti sape nak makan. Haaaa tu la persoalan nak kena timbangtara sebelum aku buat apa-apa. Donat KIV dulu la.
Dalam fesbuk orang tengah troll jeruk asam boi kan. Aku takde asam boi dan aku masih teringin nak menjeruk cara yang lebih menyihatkan. Makanya pegi pasar baru ni misi mencari betik mengkal la. Dari minggu lepas lagi mencari. Baru minggu ni dapat. Padahal kat perumahan aku ni banyak je pokok betik cina-cina kat sini tanam. Banyak je buah yang boleh buat jeruk. Tapi aku tak kenal tuannya. Tu lah payah duk kat bandar ni. Masing-masing tak bertegur sapa. Kalu kat kampung senang. Semua jiran saling mengenali. Buleh je pegi buat muka tak malu mintak.... Dapat sebijik, balik terus potong dan rendam air garam. Petang tu encik Jack bukak peti dan terus sambar sekeping. Tutup peti dan terus tanya aku, you jeruk betik masin ke? Hayyyoooo... Belum siap lagi la sayang oiii... Lepas air garam baru rendam air gula pulak....
Ini pulak misi gelenya-gelenya beli pudina sebab terliur tengok rakan dalam Kebun Bandar tanam. Diorang cakap mudah je tanam. Aku pun beli la sikit kat pasar sekali dengan kesum untuk tanam. Tangan aku ni payah benar nak menjadik kesum. Asyik mati je. Tangan aku yang tak best atau tanah tak sesuai? Alang-alang daun pudina tak guna buat apa-apa tu, aku snip-snip la buh dalam iced tea... Ewah... Sedap sangat tengok Kim Kardashian minum air penuh bergaya. Aku pun buleh apa.
Antara bahan-bahan sos cheesy wedges.
Sejak kebelakangan ni kalu pegi KFC Adam suka benar cheesy wedges. Kitorang baru tahu. Selalunya mana nak. Tak tahu bila turning point dia. Hujung minggu buleh la singgah beli. Tapi kalu weekdays cane nak gi. Driver aku ni sekali seminggu je buleh mintak pegi kedai ke mana-mana. Hari keje dia malas keluar. Dan takkan keluar. Kalu termiss apa-apa yang patut beli, memang duk diam-diam aje lah... Silap haribulan dia perli aku, sebesar-besar Tesco takde jual ke? Hangin mokcik..... Seolah-olah untuk orang macam aku ni takde ruang untuk lupa. Malah sangat-sangat kesalahan besar kalu lupa. Mokcik memang frust la pasal ni... Takleh nak argue langsung sebab dia sentiasa rasa dia betul. Dan aku yang tak reti drive beli sendiri ni akan sentiasa berada di pihak yang salah. Dah sape la yang nak sangat duduk kat tempat yang jauh dari kedai ni....
Okey back to story... Disebabkan anak jantan dah suka sangat kat cheesy wedges ni... Makanya mokcik pun google la resipi sos tu. Berkobar-kobar nak cuba. Mana tahu hasil dapat sambutan hangat macam pretzel tu kan. Dah jimat sangat-sangat la tiap kali dia nak makan tu. Yang paling penting takyah tunggu hujung minggu baru buleh makan. Anytime aku buleh cater as long as semua bahan nak guna tu ada. Mokcik pun google la situ sini. Macam-macam versi la resipi sos cheesy wedges ni. Ada guna sour cream. Ada guna mustard. Mokcik pilih yang paling senang dan bahan always available dalam pantry. So, inilah resipi kopipes dan tokok tambah mokcik mengikut selera mokcik. Wedges tu mokcik beli yang frozen dah siap gaul. Malas nak buat sendiri sure tak garing macam frozen tu. Sape berkenan dialu-alukan untuk copy. (semua sukatan adalah anggaran semata-mata sebab aku main campak-campak je tadak sukat-sukat)

1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum-nak pekat tambah lagi
1 gelas susu cair/susu apa-apa pun boleh-nak lemak berkrim pakai susu cair
5-6 keping keju cheddar warna oren
sedikit kiub ayam
lada sulah
serbuk cili jalapeno -aku guna chili flakes dominos tu je, grind sikit
garam
pewarna kuning telur- aku tak bubuh, ganti dengan serbuk kunyit je

Cara-cara
  1. Cairkan butter, buh tepung kacau-kacau-kacau sampai sebati.
  2. masukkan susu, keju, lada sulah, serbuk cili, kiub ayam, garam.
  3. Kacau atas api sederhana sampai sebati dan cheese cair. Tak payah sampai mendidih pun. Sesuaikan rasa.
  4. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam botol sos.
Sos ni boleh guna banyak kali. Boleh guna dengan macaroni jadi mac n cheese. Taruk atas salad pun sedap.

Masa duk google situ sini terjumpa la pasal Jalapeno Cheese Powder. Pernah dengar tak? Sebelum ni aku tak pernah tahu pun kewujudan benda ni. Dapat ilmu tak disangka-sangka. Korang google la perkataan tu. Aku malas nak kopipes gambar. Diorang kata serbuk ni just bancuh dengan air panas je. Memang rasa sebijik macam sos cheesy wedges KFC tu. Ye ke tidak aku tatau la tak pernah try. Tapi semua yang dah try semua kata camtu la. Kat kedai memang takde jual katanya. Sape yang nak cuma boleh order melalui online aje. Banyak je pengedar online. Harga macam-macam. Tapi sebungkus tu boleh guna banyak kali la don't worry. Sijil halal Jakim pun ada. Ori ke tak tatau la. Teringin jugak nak try. Kalu betul sama macam rasa sos cheesy wedges KFC tu, memang berbaloi la beli.
Sekian entry makan-makan masak-masak. Pyong~~

1 comment:

jie @ azie said...

teh,
aku pernah beli, memang worth for buying. Simple & senang. Campur tepung tu dengan air panas, siapp.. buat ala2 macam kfc tu. nak kata sama tu takde la sangat tapi okla anak2 suka ;)