Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 21, 2014

#1159 Me Vs Last Minute Checklist

Hari ni dah 21hb... 2 hari lagi kitorang dah nak fly ke China. Tiket macam biasa la beli time AA buat promo hujung tahun lepas lagi. Kira setahun dah la plan pasal ni. Kitorang pegi sendiri-sendiri aje, tak ambik mana-mana pakej pelancongan. Dunia internet sekarang ni memang limitless. Nak apa-apa info In Sya Allah buleh dapat melalui Google. So, kalu nak jimat tu no point la ambik pakej yang mahai nak mamp** tu. Buang masa pulak tu nak kena follow pegi kedai jed la, kedai ginseng la.... etc. Pegi sendiri ni yang bestnya kita boleh plan nak pegi mana-mana, nak stay berapa lama, bajet berapa etc. Kita sendiri yang tentukan. Yang tak bestnya kena gigih la cari info. Kalu salah info atau tak cukup info, merana badan kat sana la nanti. 

Setahun lepas, kitorang duk sibuk nak makan angin ke Ostolia. Dah Bos IBM pegi sana tahun lepas duk balik citer sane best gitu gini. Mana la tak terliur kan. So, kitorang pun sebulat suara plan nak pegi Oz la tahun ni. Unfortunately, dengan bajet yang kitorang ada tahun lepas tu, hanya tiket ke China saje yang mampu dibeli. Biasa la promo AA. Mesti susah nak dapat punya great-great deal diorang. Line jem lah, takleh masuk lah etc. Mula-mula memang downlah semua orang. Sebab China adalah antara negara yang paling kitorang tak nak pegi. Tapi tour guide dah beli tiket tu, pasrah aje lah. Nak buat cemana. Salah kitorang jugak duk harapkan orang aje. Tapi yang paling terkilan, bajet tu la. Kalu kitorang upkan sikit je lagi, dah boleh pegi Korea at least. Huhu... Dah tertulis bukan rezeki kitorang time tu. Redha aje lah.

Family trip kitorang ni macam biasa la diorganizekan oleh Bos IBM, merangkap selaku Menteri Pelancongan. Dia la tukang study segala itinerary kat sana. Naik subway/bus/teksi keluar ikut gate mana etc.. Salut aku kat Bos IBM ni dah la sekarang ni tengah musim busy dia. Tapi sempat jugak la studykan untuk kitorang yang memang tak reti cari info ni. Keja 20 jam sehari pun kena study jugak untuk trip ni. Jutaan terima kasih untuk beliau. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. From A-Z dia yang plan. Dia tulang belakang family trip ni lah senang citer.

Asalnya, plan nak ke Shenzhen-Hong Kong-Macau. Tapi kawan Boss IBM yang keje Tourism sana advise dia tak rekemen kitorang pegi HK skang ni. Sebab orang kat dah berikrar nak merusuh sampai hujung tahun. Thinking of our safety, hasrat ke HK terpaksa dibatalkan di saat akhir. Tak terkilan mana pun sebab HK serba-serbi mahal! Hotel pun tak dapat la nak duk bilik besar-besar. Silap haribulan kena solat atas katil sempitnya. Disneyland bukan our main point. So, tak pegi HK pun tidak mengapa. Madam Tussauds pun banyak patung artis HK... Bukan aku kenal sangat. So, tak rugi apa pun aku rasa. 

Lepas kensel trip ke HK, Boss IBM came up with another replacement of itinerary. Plan asal Shenzhen-HK-Macau dah jadi Shenzhen - Guangzhou - Zhuhai - Macau - Zhuhai - Guangzhou - Shenzhen... Banyak options la dia bagi kitorang pilih nak pegi yang mana dulu tapi semua sebulat suara pilih plan yang tu.  Hoho... Tak dapat pegi HK tapi ganti dengan Zhuhai&Guangzhou. Best kan tour guide aku!

Persediaan mula hangat menjelang sebulan terakhir sebelum tarikh berlepas. Time tu la sape yang passport dah luput tarikh kena renew. Sape yang belum ada passport (the kids) kena buat. Visa family aku Bos IBM yang uruskan. Visa Nik Pareh dengan Puan Menteri diorang buat sendiri. Alhamdulillah semua documentation dah setel. Tunggu nak buat persiapan barang keperluan yang nak dibawa aje.

Kitorang dah sedia maklum tarikh yang kitorang nak pegi ni kat sana adalah permulaan musim sejuk. Dah google siap-siap suhu berapa untuk tarikh sekian-sekian. Suhu sana kalu ikut forecast, dalam 21-25 gitu la sepanjang aku kat sana. Suhu tu kalu ikut ekon kat umah memang sejuk giler... Tapi aku rasa kalu kat luar tak sesejuk cam tu. Dalam internet pun depa advise pakai light jacket aje. Senang citer, suhu macam kat Cameron atau Genting aje. Tapi baca-baca lagi, depa cakap cuaca kat China ni unpredictable jugak. Suhu boleh jatuh mendadak secara tiba-tiba. Takut pulak aku dengar. Kesian kat budak-budak lah. Mula la pening what to wear. Kasut ke selipar. Baju tebal ke nipis. Kalu tebal kang lambat kering pulak kalu basuh. Last-last aku decide bawak baju biasa je. Kalu sejuk, sarung sweater. Kalu sejuk jugak, beli aje sweater yang lagi tebal kat sana. 

Bagus tak bagus tour guide aku ni, siap tolong pikir semua list barang yang perlu bawak. Alhamdulillah... Senang sikit keje kitorang yang tak biasa pegi negara orang ni. Aku share kat sini. Harap dapat bagi manfaat pada yang memerlukan.
Seminggu sebelum berlepas, aku mula giat membeli-belah barang makanan dan pakaian yang nak dibawa. Ni antaranya aje. Bawak budak yang cerewet makan ni, memang there's no way to travel light. Aku sendiri pun tengah tak lalu makan jugak sekarang. Seminggu ni makan sekadar untuk alas perut tak nak kasi gastrik je. Seminggu makan tak kenyang. Neves pun ye. Takut failed lagi trip kali ni sebab gastrik aku. Nauzubillah. Tiap-tiap hari doa biar dipermudahkan selera makan, dan dijauhkan gastrik. Nak sangat-sangat family trip kali ni jadi. Kalu tak, kesian la anak-anak aku takkan kenal tangga kapalterbang sampai bila-bila.
Aku bawak semua ni. Terkilan sebab kat Tesco tak jumpa bubur nasi instant. Aku sangat-sangat memerlukannya. Kalu tak lalu makan kat sana, buleh la telan tu at least. Disebabkan negara yang aku nak gi ni jambannya tak bercebok, makanya stress mokcik bila terkenang macam mana kalu Zaraa kareb time bukan kat hotel. Adoiiii... Untuk tu, aku beli 3 pek wet wipes. Tak tahu la cukup ke tak. Sebab kalu time biasa-biasa kat umah ni sehari 3,4 kali dia kareb. Hopefully kat sana nanti tak kerap la. Tak cukup, beli sana la topap. Pempes pun aku beli jenis pull up pants. Senang takyah nak baring-baringkan untuk pakaikan dia. Sambil berdiri pun buleh. 2 minggu sebelum berlepas tu aku try dulu beli pull up pants. Saje nak test size. Nasib baik jugak test dulu. Size biasa dia pakai XL. Tapi pull up pants XL tu ketat sangat. (mokmok sangat kot skang) So, sempat la belikan dia size XXL. Just nice la size tu.
Penyelamat time tak lalu makan.
Boss IBM bawak ni.
Boss IBM jugak bawak. Banyak benau.
2,3 hari sebelum nak pegi tu, aku dah bukak luggage aku biar nganga besar-besar. Tiap kali aku teringatkan apa-apa yang perlu bubuh, aku campak je. Campak-campak-campak sampai la malam last baru packing betul-betul. Saje nak make sure semua yang patut bawak tu ada. Kalu nak tunggu last minute baru nak start fikir dan mencari, bahaya. Tambah ngan neves, kang banyak yang tercicir dari senarai. 
Citer pasal packing ni pun, entah berapa kali aku susun. Bila tengok dan agak-agak tak puas hati, aku keluarkan dan susun balik. Bawah ni gambar pertama kali aku susun. Luggage size L ni aku buh makanan je. Luggage size M pulak buh baju je. Bila siap packing dan try angkat, walaweh berat sangat weh.. Pastu try distribute la berat isi tu dalam both luggage. Lepas tu baru puas hati luggage tak rasa berat sangat. Timbang rasa la sikit kat boipren I yang akan mengangkut beg-beg ni. Hehe. Luggage yang L tu antara yang dapat dilihat didalamnya adalah rice cooker. Aku volunteer tukang bawak rice cooker. Kitorang bagi-bagi tugas la. Ada yang bawak jajan. Ada yang tukang bawak beras. Ada yang bawak daging dengan sambal tumis ikan bilis siap masak. Rombongan cik Kiah ni consist of 10 person, which is 6 adults and 4 kids. Pepandai la masing-masing bawak stok yang boleh dishare sama-sama kat sana.
Pakaian dengan hanger (untuk basuh baju) yang nak guna kat hotel aku bawak yang buruk-buruk aje. Yang dah sampai masa untuk dilupus la kiranya. Nanti last day tak payah pening-pening, buang aje habis citer. Maklum la bajet macam nak shop till you drop aje kan...

Ni antara senarai items yang aku bawak
  • extension wire (beli macam kat atas ni baru senang)
  • rice cooker
  • senduk nasi
  • pisau (untuk potong buah)
  • span cuci pinggan
  • sabun mandi ketul
  • berus botol susu
  • botol susu 
  • disposable container (fungsi sebagai pinggan dan jugak bekal makan time keluar jalan-jalan)
  • disposable fork and spoon
  • cloud 
  • cereals (kotak kecik-kecik senang sekali makan je habis takyah simpan-simpan)
  • maggi pelbagai perisa
  • milo kotak (untuk bebudak minum time keluar)
  • milo/nescafe 3 in 1 (untuk minum kat  hotel sebab hotel sana caj)
  • stok susu formula untuk 6 hari atau lebih (kot-kot stranded tak dapat balik ke apa)
  • pull up pants diapers
  • hanger buruk
  • wet wipes
  • tisu (banyak guna ni kalu masuk public toilet sana)
  • pantyliner
  • Apollo Layer Cake untuk alas perut
  • Chocolates
  • Ubat budak-budak (demam, selsema, batuk, minyak angin)
  • Ubat for adults (pil cikit te aun, panadol, koyok etc)
  • universal adapter (sana kepala plug lain)
  • charger/powerbanks
  • camera/charger
  • kasut/selipar extra untuk budak-budak incase putus ke apa kat sana
  • plastik untuk apa-apa yang tak terduga (muntah, sampah, isi barang)
  • lipbalm (mustahak ni sebab takut sana kering, tak selesa bibir kang)
  • (kalu ada lagi sila tambah sendiri)

Stroller ni aku belikan untuk Nik Pareh sekali. Beli ni 2 bulan lepas. Malam last nak pegi baru bukak and test drive. Silap aku beli kaler lain-lain ni. Zaraa punya la merengek nakkan yang pink. Adoiii... Pink untuk semek la Zaraa.... Hopefully, kat sana nanti dia tak bikin onar la... Sungguh aku sesal beli kaler lain-lain. Cantik giler lak tu pink dia.
Penuh nampak satu stroller mek debab ni duduk tak nak keluar-keluar dah..
Ni satu hal. Aku duk smayang tetiba Adam nangis sungguh-sungguh. Rupanya si adik tolak dia. Tak pasal-pasal dah injured. Esok lusa dah kita nak terbang anak oiiii. Tak hensem la pegi China camni.

Kat bawah ni Boss IBM dah taip siap-siap itinerary, bajet, transportation sepanjang berada kat sana, roughly. Tapi rasanya tak banyak beza dah yang actual nanti dengan yang ni. Hopefully!
Detail Boss IBM buat keje... Dalam sibuk-sibuk keje, buat jugak itinerary ni nak bagi kitorang paham dan boleh bajet duit nanti. Alhamdulillah....

Doakan semua berjalan lancar dan aku berjaya naik kapal terbang tu ye!

*** Citer korea skang ni banyak yang menggoda aku. Very the tempting mokcik nok tengok. Tapi mokcik tahan nafsu mokcik. Mokcik download siap-siap setakat yang boleh je la. Nanti balik dari sana boleh la marathon. Makin dekat nak pegi, makin banyak citer yang aku terliur nak tengok. Termasuk la J-Drama. Omai.... Last aku tengok citer Jepun masa kat uni kot. 10 years plus ago. Lamanya... Baru ni time glenya-glenya nak tengok citer yang pernah aku tengok masa uni tu (tengok tapi tak tengok complete sebab tengok kat bilik tv je kan....huhu) terjumpa la balik citer jepun yang aku tengok tak complete tu... Citer tu tahun 95 kot... Tapi sebab keinginan tu kuat nak tengok, jadi tak peduli pun dengan perbezaan fesyen yang agak ketara tu.... Klasiknya taste aku skang.
Google image. Ni contoh dari blog orang lain. 
Oh ye satu lagi... Semua sedia maklum kan China banned antaranya fesbuk dengan google. So, apa-apa nak google contohnya jadual solat, weather forecasts, halal places, etc setelkan sebelum berlepas lagi. Kat sana Yahoo dengar citer boleh guna. Tapi atas nasib jugak. Walau kat hotel ada free wifi pun, tak semestinya dalam bilik kita tu reception coveragenya bagus. Tak tahu la cane kitorang nak kembali ke zaman terputus hubungan melalui henpon ni nanti kat sana. Huhu... Dan sesapa yang nak ke China tu mantapkan dulu ilmu bahasa isyarat korang andai korang macam aku tak reti berbahasa Cina. Hehe. Kat China tak perlu terer speaking. Speaking berabuk pun tak guna sebab the locals mostly memang tahu bahasa diorang je.

No comments: