Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 23, 2014

#1160 Me Vs Pt.1 The Thousands of Miles Journey Began

Kitorang bertolak kelmarin lagi. Tumpang tido umah kakak ipar di Rawang. Flight suppose kul 4 lebih tapi takpe la... Tak nak ambik risiko if anything mishap occurs. Boleh je kalu nak bertolak ke KL pepagi buta hari ni. Memang sempat je sampai. Tapi tu lah... Kita tak tahu what might happen. Kalu tayar pancit ke... Enjin rosak ke or anything worse (nauzubillah) cemana? So, it's always tak rugi pegi awal.
Kecut perut weh masa nak finalized packing. Takut sangat-sangat ada yang mustahak tertinggal. Hopefully semua dah masuk lah. The kids were super excited. Sebab nak pegi umah sepupu diorang kan. Disebabkan itinerary aku bertambah agenda tumpang tido umah kakak ipar, makanya aku asingkan siap-siap pakaian yang nak dipakai dan disalin kat umah kakak ipar tu dalam beg lain. Tak payah bukak tutup luggage yang nak jalan jauh tu. Silap haribulan, ada items yang tercicir... Huhu... Banyak la pakaian yang nak kena basuh bila percutian berakhir ni... Standard la kan.

Kul 8 lebih after dijamu breakfast oleh tuan rumah, kitorang terus gerak ke Kajang umah mertua BIL aku. Nak park keta kat situ. From there, biras aku hantar ke epot pakai keta BIL. Tengkiu Mrs Aida... Jasamu kukenang.. Sampai epot kul 10 lebih lagi. Saje pegi awal... Lagipun tour guide dah pesan, suruh pegi awal. Unfortunately, bila dah sampai epot tour guide call kata dia terpengsan dan paling awal buleh sampai kul 1. Sebab dia nak pegi money changer dulu. Kesian Boss IBM, sampai ke saat terakhir dia tak rest. Demi menjayakan percutian keluarga kitorang.

Satu tips nak bagi kat korang yang berniat nak bercuti ke China, tukar duit awal-awal. Nak-nak kalu pegi time cuti sekolah. Most of money changer yang kitorang terjah semua habis duit Yuan. Kemain kan rakyat kita nak shopping kat sana. Puan Menteri nak tukar kat KB, duit habis, rate tak best. Hmmm... Masalah jugak kalu tukar awal-awal tak selamat pulak rasa....
Umpan dengan pretzel Aunty Anne's nak suruh duk diam.
Since kitorang yang terawal sampai, makanya kitorang pun pusing-pusinglah dulu dalam KLIA2 yang baru moseh-moseh ni. Nak masuk Jaya Grocer cari Bubur Instant tapi encik Jack suruh tunggu yang lain-lain sampai dulu. Puan Menteri sampai dengan flight dari KB kul 11.25.... Lama benar nak tunggu beg. Nik Pareh sejurus lepas tu. Dia and family by cab from hotel somewhere 12km away from airport. Dia pun sampai kelmarin lagi and terpaksa tido kat hotel. Ikutkan tiket asal, dia sampai tengahari ni by Malindo tapi Malindo dah inform awal-awal flight dia delay. So, terpaksa awalkan sehari untuk sempatkan naik flight ke China. Menyusahkan sungguh. Tour guide dah pesan tadi suruh kitorang makan dulu takyah tunggu dia. So, kul 12 elok sangatlah perut dah berkeroncong. Kitorang makan kat foodcourt je... Aku dah start rasa tercekik dah. Perut lapar tapi tekak dah takleh nak telan. Anticipated barangkali. Berdebar-debar ada. Takut ada. Tak konfiden boleh sampai sana pun ada. Macam-macam la rojak perasaan ini. Jakun giler nak jalan jauh ni.
Kul 1 lebih Boss IBM tiba terus pegi drop luggage and masuk waiting area. Oh terkilannya tak sempat nak beli bubur instant. Semua ala-ala malas masuk Jaya Grocer. So mokcik pun abaikan aje la.. Dengan harapan dan doa agar selera makan aku sepanjang kat sana ok-ok aje. Setel pemeriksaan emigresen, terus masuk pegi solat and toilet. Ambik feel dalam toilet sampai puas. This might be my last moment pakai jamban bercebok sebelum take off sebentar lagi... Huhu... Sentimental siot.
Tak dapat jugak naik pesawat Taylor Swift.
Dapat Gate 4. Takde la jauh sangat nak menapak. Kitorang duk je situ sampai kapal terbang tiba. Nik Pareh and clan macam biasa la wajib membeli-belah apa sahaja yang boleh ke saat terakhir.
Akhirnya...... Saat yang dinanti-nantikan tiba.... Neves giler weh! Macam besar gila la kejadian nak pegi China ni.
Budak kecik ni masuk kenderaan apa-apa pun semua mudah bosan.
Hari ni yang melayan penumpang kebanyakkannya steward. Hensem-hensem blaka. Aku duk seat belah aisle. Tiap kali diorang lalu lalang sebelah aku, wangi betul! Dah la hensem, bau pun sedap. Bagus, bagus. Takde la stress mokcik dengan bauan yang bisa membuat aku kancing gigi sorang-sorang.
Muka pucat apakah?
Alhamdulillah anak-anak aku sangat behave (minus mulut bising kekaguman masa nak take off). Zaraa tido most of the time. Letih agaknya duk pusing-pusing dalam KLIA2 tadi sementara tunggu ahlil rombongan yang lain tiba. Dah la bangun awal pagi tadi. Eloklah tido tu wahai anak. We adults are super tired already. Adam je segar bugar sepanjang fly... Dekat nak sampai je baru dia terlelap.
The first timer flying.
Meal dalam flight ni kitorang dah prebook seminggu sebelum. Boss IBM cakap menu sedap-sedap kalu tak prebook, sure habis dalam flight. Diorang akan bagi priority pada yang prebook dulu. So, to play safe kitorang booking je la awal-awal. Pening jugak aku nak pikir awal-awal sangat tu. Disebabkan aku dah jangka dari awal aku akan dilanda gastrik masa nak fly due to stress and fatigue, makanya aku order nasi ayam je la. Encik Jack order Beriyani. Lepas makan nasi ayam tu mula la rasa macam-macam bila sendawa asyik bau halia dalam nasik ayam tu je. Muak. Dah la nasik kosong tanpa sup (memang dah tahu awal-awal). Ikutkan memang lapar tapi makan tetap rasa tak kenyang. Paksa la jugak makan, kalu tak perut sure lagi worse...
Mine...
Kakak ipar punya... roasted chicken
Minggu lepas masa order tu kalu ikutkan hati memang teringin nak makan yang bukan nasi. Tapi mengingatkan aku akan gastrik dan nak pegi China tak jumpa nasik dah (memang la kat China depa makan nasik jugak tapi beras diorang lain) terpaksa lah order nasik jugak dalam flight. Lalu makan atau tak, tawakkal aje lah.. Sebelum pegi tu selalu doa banyak-banyak agar dipermudahkan selera makan... In Sya Allah, Allah permudahkan... Lepas makan, aku pejam mata and paksa diri untuk tido walaupun tak mengantuk. Aku memang payah tido dalam kenderaan. Dalam perut ni Tuhan je tahu geloranya. Loya, nak termuntah semua ada. Panik jugak. Nasib baik ada plastik spare just in case Adam nak muntah masa take off tu. Adam ok je aku tengok. Aku pulak yang troublesome.

Alhamdulillah... Selamat touch down kul 8 lebih malam waktu Shenzhen. Sama je ngan waktu Malaysia. Tak payah pusing jarum jam. Kat Shenzhen skang masuk musim sejuk. Siangnya singkat, malamnya panjang. Minggu lepas masa save jadual solat Shenzhen, Guangzhou, Zhuhai and Macau tu rasa geli hati pulak bila tengok maghrib kat sana kul 5 lebih... Kul 6 lebih dah Isyak. Wakakakakakakaka.... Sape nak ganti posa, sila pegi sana.

Alhamdulillah, emigresen check went smooth. Walau beratur berlingkar-lingkar tapi service dia cepat. Tak perlu scan-scan thumb print bagai. Berdiri je depan kaunter tu dia dah ada mesin imbas muka. Lepas claim luggage, terus kucar-kacir cari toilet.... Bermula la episod masuk toilet takde cebok ni. Masing-masing kejakunan. Termasuklah aku. Banyak betul aku habiskan tisu gulung dalam toilet tu. Padan muka. Sape suruh takde cebok.
Electronic library... Tapi semua buku in Chinese, sadly.
Suasana kat epot Bao'an tu sangat-sangat lengang. Agaknya kat sana tu 8pm time winter memang dah macam kul 11 malam kat Malaysia. Kitorang cari port nak duduk-duduk sementara Boss IBM pegi cari taxi counter. Tetiba datang sorang pompuan Cina tanya "Tessi? Tessi?" Teksi la tu. Takleh ke sebut betul-betul. (selaku student yang pernah ambik kelas english pronunciation skill, memang pantang sikit telinga aku dengar orang sebut english word salah hahahaha) Mula-mula kitorang cakap tak nak sebab takut teksi haram ke apa. Pastu pikir-pikir balik Boss IBM cakap cari teksi kaunter pun tak jumpa-jumpa.... Ambik je la teksi dengan pompuan tu. Terus pompuan tu bawak kitorang turun ke basement park. Kat situ MPV telah sedia menanti. Boss IBM tunjuk address hotel (written in Chinese characters) kat driver. Kat China ni kalu nak pegi mana-mana, kalu nak tanya orang or driver, kena print/ tulis siap-siap dalam bahasa Cina. Diorang ni mostly tulisan rumi pun tak tahu baca.  So, senang la sikit keje kat sini. Start la kitorang cakap ayam itik. Punya la kompiden dia cakap Cina ngan kitorang macamlah kitorang paham sebijik-sebijik apa dia cakap. Boss IBM balas cakap Kelantan. Nampak macam friendly driver ni... Banyak dia cakap dengan riak muka yang happy bercerita itu ini... Tapi tu lah... Manalah kitorang paham.
Gagah perkasa amoi tu angkut luggage susun satu-satu dalam bonet MPV.
Perjalanan dari epot tadi ke hotel kat area Dongmen ambik masa dekat sejam. Boss IBM dah study siap-siap beforehand, setiap transport yang diambil tu ambik masa berapa lama and berapa estimated fare. So, takde la kena tipu nanti. The reason kitorang ambik MPV ni sebab senang angkut barang dengan semua 10-10 ahlil rombongan sekaligus. Takde la risau terpisah teksi tersesat ke apa. Kat sini kitorang tak ambik apa-apa pakej simkad. Sebab kat sini kena register dulu kot. So, back to basic. Life without handphones! Cuma Boss IBM dengan Puan Menteri aje yang roaming. Handphone orang lain tak.

Dalam perjalanan nak ke hotel, penat memang penat tapi rasa sayang nak lelap sebab nak abadikan semua pemandangan dalam ingatan. Konfem tak ingat. Tapi tengok je la. Kat China ni segala-galanya oversize. Jalan besar-besar. Keta besar-besar (saner drive belah kiri), bangunan besar-besar....

10.50 malam kitorang selamat tiba betul-betul depan lobi hotel. Boss IBM pilih ZTL Hotel di Dongmen sebab turun dari hotel tu jalan kaki satu blok je ke subway, ke famous shopping street, ke restoran halal... Alhamdulillah Allah temukan hotel ini kepada kami. Sungguh convenient sekali. I would recommend this hotel to anyone coming here. 

Bersambung ke entry berikutnya..... Panjang lagi citer ni...

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

Xtau pun mu gi jln2 cari pasal ke china

Blog Diva said...

mu sudah belot pada blog aku yea???