Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 23, 2014

#1161 Me Vs Pt.2 Kuala Lumpur-Shenzhen. Bye-bye Malaysia. Hello China!

Hotel ZTL di siang hari
Sampai je lobi hotel... Semua opkos la kepenatan. Tour guide terus naik ke 5th Floor untuk cek in. Receptionists dia boleh berbahasa Inggeris yang simple-simple. Cukup la tu. Walaupun tak terer mana cakap English, tapi diorang baik dan sangat helpful.
Boss IBM book 2 aparment unit kat sini. Sebab kitorang kan 10 orang. Kira selesa la sikit untuk budak-budak berkejaran. Bila dapat kunci terus pegi bilik. Kunci bilik aku rosak takleh bukak la pulak. Style touch and go tu la. Terpaksa naik atas report kat receptionist tukar kad lain. Penat weh... 
Apt Nik Pareh, bilik Puan Menteri n Boss IBM. Yang asal sebelum pindah.
Sementara tunggu tukar kad bilik aku, aku terjah apartment Nik Pareh dulu. Satu apartment ada
2 bilik,
1 bathroom (bath+toilet),
1 toilet (toilet je),
kitchenette(dishwashing machine, microwave, kitchen hood),
dining area

Ok sangat-sangat la bagi aku. Cuma satu je masalah... Ekon dalam bilik tido Nik Pareh ni bising benar. Memang takleh nak tido la. Kancing gigi macam ni. Terpaksa la naik kat receptionist jugak report ekon rosak. Letih weh, baru je sampai ingatkan dapat kad bilik buleh terus masuk dan ZzZZzzZzZzzzz... Tapi Allah duga macam ni pulak. Masya Allah... Diorang hantar technician tengokkan ekon tu. Tapi technician tu cakap (kitorang main agak je la sebab dia cakap Cina mana paham) ekon tu takleh baiki siap malam ni jugak. Aiseh.... Blablabla... Staf datang bilik bagitau diorang upgrade bagi bilik lain kat kitorang. Satu je la bilik dia bagi sebab Apartment aku ok cuma kecik sikit. Boss IBM tetap tak puas hati sebab duit kitorang bayar bukan untuk rate bilik kecik ni. Rugi la. 
Apt Nik Pareh, Bilik Nik Pareh sebelum pindah.
Bathroom apt aku  sebelum pindah.
Korang sure pening baca kisah pindah randah bilik ni kan? Aku lagi la. Sekejap macam tu sekejap macam ni. Dah la kita tengah penat, lapar dan mengantuk giler... Cepat-cepat la setel so that kitorang buleh solat and tido....
bilik aku dlm apt aku sebelum pindah.
2nd room apt aku, sebelum pindah.
Lepas pindah bilik...Ni suite aku.... 
Kautim dengan staf, diorang cakap esok nanti dia bagi bilik lain kat Nik Pareh and Puan Menteri and Boss IBM. So for now, hanya aku and clan aje pindah bilik kat tingkat 8. Diorang upgrade apartment aku ke suite... Walaoeh.... Kalu ikut keluasan unit tu sama je dengan apartment Nik Pareh yang ekon rosak tu tapi apartment ada 2 bilik (nampak kecik la), bilik aku ni satu je bilik, so kat luar ruang tamu dengan dining tu luas la.... I like! I like! Alhamdulillah.... See? Ada hikmah disebalik setiap dugaan Allah bagi...

Pihak hotel murah hati kasi free extra bed sebab salah pihak diorang... Cantek lah! Selesa la kitorang 4 beranak nak tido... Tapi kesian pulak bila teringat kat Nik Pareh tido 4 beranak atas katil kat bilik Apartment dia... Takde extra bed. Simpati sungguh. Mintak-mintak esok diorang dapat pindah ke bilik yang lagi selesa amin... 
Ruang tamu suite baru aku. Luas kan?
Mirrored wardrobe.
Nama pun suite, makanya segala-galanya memang luas la. Bilik mandi pun besar gaban. Rugi betul la. Kalu kat Hong Kong ni mau beriban semalaman. Tak mampu lah senang citer. Budak-budak ni teruja la tengok tub mandi sebesar dan sedalam ni. Dalam siot. Aku yang tinggi lampai ni nak langkah pun terhegeh-hegeh nak hulur kaki. Aku bawak sabun mandi sendiri. Was-was nak guna sabun hotel. Takut ada campuran lemak oink-oink...
Bath tub besar gaban. Anak gajah pun buleh join.
Shower pun ada.
Kondom, shaver, semua depa caj dalam toilet ni kalu ko ambik.
Kitchenette
Lepas setel down pindah randah, aku setelkan tukar persalinan tido anak-anak. Not easy ok nak pisahkan anak-anak dari godaan tub mandi tu. Setel semua, sesi makan ubat yang Puan Menteri bekalkan kat aku. Seminggu lepas aku pesan kat Puan Menteri suruh bawak Gelusil aje. Sekali dia bawak sekotak plus Histac. Walaoeh dapat ubat lagi keras dan mahal. For free! Alhamdulillah rezeki tak disangka-sangka. Makan je lah.. Sini aku mula rasa perit kat bibir.. Cuaca sini kering kot. Nasib baik bawak lipbalm... Sila bawa! Anak-anak pun aku pakaikan sama... Tak selesa bibir kalu tak pakai. Tido pun pakai je.
Kitorang solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak kat hotel aje. Jadual solat dah save siap-siap dalam handphone. Kiblat apps pun dah siap install. Masalahnya, masa aku nak guna untuk cari arah kiblat mula-mula sampai tu, apps suddenly stopped. Takleh guna la. Wifi hotel ada. Free. Tapi Google takleh guna kat China. Playstore pun takleh bukak. Tanya Nik Pareh, henpon dia function untuk cari kiblat. Ikut je la kata dia arah sekian-sekian.... So aku  pun solat je la....
Sebelum tido, unpack sikit-sikit barang makanan kasi senang sikit nampak apa yang ada, dan apa yang nak makan. Disebabkan bilik aku yang paling lapang sekali, diorang decide untuk berkumpul, masak dan makan kat bilik ni. Aku setuju je. Senang bebudak nak lari-lari dalam bilik yang takde sekatan ni. Kalu kat apartment diorang, sebab ada dinding bilik, maka jadi sempit la ruang. Apa pun, memang selesa suite aku ni walau semua 10 orang bergumpal bersama. Sangat-sangat selesa Masya Allah Alhamdulillah.

Moh tido. Penat sangat dah ni. Recharge, esok banyak nak guna tenaga! Assalamualaikum kesayangan di Malaysia!

No comments: