Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, November 24, 2014

#1162 Me Vs Pt.3 First Day In Shenzhen

Good morning Shenzhen!

Subuh kat sini tak banyak beza dengan Malaysia... Kul 5 lebih.. 6.40 dah syuruk. Sempat la bangun solat Subuh macam biasa kat Malaysia. Sini cerahnya awal. Tadi masa nak solat, tetiba rasa nak try bukak apps kiblah aku. Nasib baik dah boleh bukak. Tengok-tengok arah kiblatnya lain dari yang Nik Pareh bagitau semalam.. Mengarut la mu ni Nik Pareh.
View dari suite aku.
Sana sini bangunan tinggi-tinggi.
Pagi ni breakfast masak nasi. Lauk daging goreng Puan Menteri bawak yang dah siap masak. Sambal tumis ikan bilis pun. Ulam-ulam memang sub kan pada Puan Menteri sebab ulam dari Kelantan adalah yang terbaik. Rapuh dan fresh. Masing-masing berselera lah.
Puan Menteri bawak ulam timun, tomato, limau nipis n cili
Makan kenyang-kenyang sebab lepas ni banyak nak jalan kaki. Time kitorang makan, Tour Guide sibuk duk kira duit untuk agenda keluar hari ni. Kesian dia. Her diligence is highly appreciated. Hari ni kitorang nak ke Splendid China & Folk Culture Village.
Makan dah, semua gerak ke subway. Sebelah bangunan hotel aku ni je. Jalan kaki masuk dalam mall. Subway ni dalam mall sebelah hotel aku. Stesen subway ni  namanya Laojie.
Batu giling tengah bandar. Untuk giling jagung.
Agak tercari-cari jugak la sebab kebanyakannya dalam tulisan Cina. But we manage to find it. Beli tiket subway kat mesin je. Kaunter ada cuma untuk tukar syiling je. So, beli tiket turun kat OCT okay.
Tiket nak ke stesen OCT ni cuma 2 yuan (RM1.11) sahaja untuk seorang dewasa. Kanak-kanak free. Murah giler... Padahal banyak stesen jugak tu dari Laojie (stesen aku naik) sampai ke OCT tu... Langsung tak membebankan rakyat. I like 1000x.
Satu perkara menarik, aku tengok the locals sangat berdisiplin masa tunggu train sampai tu. Beratur takde rebut-rebut. Setiap pintu diorang beratur. Belum pegi Jepun lagi ni.
Berdebar jugak nak naik subway ramai-ramai ni. Time naik ni sama timing dengan orang nak pegi keje. Dah la kitorang 10 orang. Takut terpisah ke apa la. Nak berjanji cane. Whatsapp je buleh guna itupun kalu ada wifi. Which is tak semua tempat available. So, sebelum pegi mana-mana Tour Guide akan remind turun kat stesen mana. Kalu terpisah tunggu kat mana. Terpaksa guna cara lama lah no choice. Dan setiap ketua keluarga kena snap gambar tulisan Cina nama tempat yang kitorang nak pegi. Senang la nak tanya-tanya the locals, tunjuk je perkataan dalam gambar tu.
Zaraa bad mood sebab tak dapat duk dalam stroller. Monyok je dia. Budak-budak ni semua ketagih nak duk dalam stroller kecuali Anis Manis yang lebih memilih untuk berjalan sendiri. Tak padan kecik ok. Zaraa once dah duk dalam stroller tu memang payah la nak suruh dia bangun. Sedap benar barangkali rilek dalam tu nanti orang tolak je.
Ngamuk dia nak bergayut kat tempat pegang tu.
Okey, turun kat Stesen OCT. Keluar ikut Exit D. Jalan sikit je depan tu dah sampai ke perkarangan pintu masuk Splendid China. Actually Splendid China dengan China Folk Culture Village tu dalam satu tempat la. 
Tangga keluar dari Exit D.
Tadi masa mula-mula keluar dari hotel diorang mostly pakai sweater. Sebab tak tau nak bajet kan cuaca macam mana. Hari ni first nak testing cuaca kat sini. Aku keluar dari hotel tadi memang tak pakaikan jeket pun kat anak-anak aku. Tapi aku bawak je la dalam backpack just in case ada tempat yang memerlukan. Kesian kat Adam la. Zaraa takpe sebab dia banyak lemak and pakai pun baju long sleeves. ;p
Sampai je kat perkarangan tempat dituju, matahari tegak atas kepala. Tak lah sepanas time cuaca terik kat Malaysia, tapi sudah cukup la untuk buat kitorang berpeluh dan asyik nak cari tempat berteduh.
Tiket masuk ke Splendid China dengan China Folk Culture Village (kira satu tiket je) ni 180yuan (RM100.10)  untuk seorang dewasa. Kanak-kanak under ketinggian 120cm free. Mahal ke rasa? Oh kalu pegi Disneyland laaaaaaaagi mahal. Dengar citer tiket Disneyland naik harga tahun ni. Bayar mahal-mahal tapi takleh nak cover semua stesen dalam satu hari jugak buat apa. Pendapat aku la. Tak semestinya kau setuju. Lagipun anak-anak aku tak heran sangat dengan kartun-kartun Disney ni. So, no point la nak pegi Disneyland kat Hong Kong tu.
Masa kat hotel tadi kitorang was-was jugak nak bawak bekal. Takut diorang tak benarkan bawak outside food. Tapi kitorang bawak jugak. Kalu depa tak kasi bawak masuk, kitorang tinggal je la kat luar. Nasib baik diorang tak cek pun backpack kitorang. Alhamdulillah... Boleh la makan free time lapar karang.

Disebabkan tour guide kitorang dah study tempat ni sangat besar dan memenatkan kalu nak jalan kaki dengan budak-budak ni... Makanya kitorang semua setuju untuk naik buggy. Tambang buggy rasanya kalu tak silap aku 25yuan per adult (RM13.90). Kanak-kanak free.
So, rilek je la duk atas buggy ni round seluruh kawasan Splendid China dengan China Folk Culture Village. Yang bestnya, driver buggy ni akan stop tempat-tempat stand dia and bagi kitorang turun for 3 minutes untuk ambik gambar, pegi toilet atau beli air. Ok la kan...
Splendid China ni theme park pasal replika-replika bangunan bersejarah di China. Contohnya macam Tembok Besar China, istana-istana, ukiran batu Buddha etc. Memang jenuh la nak berjalan ambik gambar satu-satu. Lawa giler tempat ni. Ini aku datang time winter. Cuba kalu datang time spring ke apa... Subhanallah...
Hari ni agaknya hari budak sekolah buat lawatan ke sini. Berjujuk-jujuk budak sekolah. Sibuk melambai minta perhatian kitorang. Bingit pulak tu. Mana-mana pegi ada je kelibat budak sekolah. Budak dia besar-besar. Wonder umur berapa lah agaknya. Baru perasan, setakat aku duk kat negara ni, buleh bilang dengan jari berapa kali je terserempak dengan locals yang pegang baby. Dah makin pupus agaknya baby kat negara ni disebabkan dasar negara yang melarang rakyat beranak lebih dari 2 orang.
Lepas habis round dengan buggy, kitorang turun and jalan kaki pulak. Kitorang sebulat suara pilih untuk tour belah China Folk Culture Village sebab belah ni lagi menarik nak ambik gambar. Pokok tinggi-tinggi pun banyak nak tumpang teduh. Nama je winter.. Tapi winter kat Shenzhen ni takde ganas sangat macam kat Beijing.
Cantik sangat...
Belah China Folk Culture Village ni mostly pasal rumah-rumah dan budaya puak-puak kat China dan negara lain. Entah betul ke tidak pemahaman aku pasal tempat ni. Ah ko google sendiri lah nak tahu betul tak. Kat sini ada dibuat pertunjukan budaya untuk puak-puak tertentu. Jadual ada tapi semua tulis dalam bahasa Cina. Memang sangat tak informatif. Tanya orang dia pun bukan reti cakap omputeh. So, kitorang main terjah je la mana-mana pertunjukan yang kebetulan diadakan kat tempat laluan kitorang. Kesian kitorang kan. Sakit hati betul. Seolah-olah segala information tu hanya untuk orang dia je. Kita-kita ni kalu nak tahu jugak kena belajar tulisan dan bahasa dia. Bangsa dia ni jenis yang tak heran dan tak rasa rugi kalu tak tahu English. Nak rugi apa kalu ekonomi dunia pun dia berjaya conquer...
Kat bawah ni macam stadium la. Masa kitorang lalu ni diorang tengah buat pertunjukan perang berkuda. Waaaaa ruginya terlepas sebab tengok pertunjukan puak apa entah main gasing buat api takde pekdahnya.... Patut la macik tukang sapu tadi bebel-bebel bahasa dia tunjuk jari 2... Ingatkan dia jual apa 2yuan... Rupanya nak bagitau kitorang kat depan sikit tu ada show lagi start kul 2... (agaknya la....dah bahasa cina mana aku paham) Kitorang lalu tu agaknya show dah nak habis, so malaslah nak masuk... So kitorang terus cari pintu exit.
The way she likes to stare people.. Anis Manis...
Star of day, Semek.
Thailand pun ada.
Nak naik keta keldai pun buleh tapi tak sure byrn berapa.

Muslim Temple-masjid la.
Semua tempat pun rasa nak posing...lawa-lawa.
Jagung kering, cili kering. Motif? No information in English written.
Buang masa tunggu show puak ni main gasing. Orang Kelantan lagi terer main gasing boh!
Kuria! Nak pegi Kuria!
Bunga kat sini sangat-sangat vibrant. Sejuk kot.
Penat-penat pusing dan posing, stop makan bekal dulu. Main duduk je mana-mana tempat yang banyak seat. Dalam theme park ni sebenarnya ada banyak kedai makan. Middle east restaurant pun ada rasanya. Tapi takpe la... Kita jimat duit dulu harini. Percutian masih panjang. Kemudian-kemudian buleh la makan besar kat luar.
Mu tolok aku, aku tolok mu.
Hari pertama kat negara orang ni, bebudak belum get used lagi. Asyik mintak nak beli itu ini yang dijual kat kedai sini. Puas explain kat sini kita takleh main beli je macam kat Malaysia. Nak baca ingredient pun tak terbaca gak tulisan cina semua! So, makan je la apa yang dibawa yang diyakini kehalalan toyyibannya...
Adam ni sampai ke China pun duk buat payah makan. Semua tak nak. Asyik makan benda merapu je la. Milo kotak je tak pernah tolak. Alahai anak aku ni...
Berada kat sini (China Folk Culture Village) memang feeling macam balik ke zaman dulu. Rumah-rumah lama semua real-real dibuatnya. Memang melopong tengok workmanship diorang... Time kita lalu depan 'rumah' diorang, buleh tengok la diorang tengah melakukan aktiviti harian (berlakon je la kot)... Yang keje jerut tali, boleh tengoklah diorang duk jerut tali... Gitu la maksudnya. Bila kita lalu dengan buggy, diorang yang tengah buat keje kat rumah masing-masing tu akan lambai sambil senyum. Fefeeling VIP siot! Kahkahkahkah.... Tengkiu Nik Ema sebab bagi aku peluang merasai pengalaman hari ni. 
Kat belakang roda ni ada tempat untuk kayuh kasi roda ni pusing.

Budak sekolah lagi.


Tengok show ni la miss show perang kuda tu.
Okey, lepas puas hati bergambar dalam theme park ni, kitorang balik hotel. Datang tadi dengan subway, balik ni pun dengan subway tadi tu jugak. Tambang pun sama 2yuan sorang dewasa. Balik bilik, solat jamak takhir Zuhur Asar. Kat sini kena hati-hati dengan masa. Takut terlepas masa untuk niat atau solat. Sebab kat sini kul 12+ dah Zuhur. Kul 3 + dah Asar. Kul 5+ dah gelap. Kalu terbawak-bawak waktu Malaysia, memang kantoi la solat. Kat sini macam aku cakap tu la, siang pendek. Jadi, kena plan mana nak pegi dengan bijak. Sebab ada tempat-tempat attractions yang bukak siang je, tutup malam. Macam tu la.
Sebelum solat, masak nasik dulu. Sementara tunggu nasik masak sempat la nak mandi dan solat. Lepas solat terus hangatkan lauk yang mana berkenan. Lunch lewat jugak la ni. Dekat kul 4 baru makan. Kalu kat Malaysia macam dah nak kul 6. Macam dinner la ni. Aku pilih untuk makan budu. Limau nipis ada, cili api ada. Timun ada, tomato ada... Jadi la... Kalu ada tempoyak perggghhhhh!!!! Daging Puan Menteri beli sekilo lebih. Bawak yang dah siap goreng. Time nak makan just reheat aje. Lauk-lauk Brahim's nanti-nanti dulu la. Tak tahan godaan tengok peket budu ni.
Budu skang dah boleh bawak travel.
Makan-makan, tunggu Maghrib untuk solat jamak takdim. Setel solat, terus turun ke Dongmen Pedestrian Street. Tempat shopping tersohor kat sini la. Jalan kaki je. Only few blocks from our hotel. Jimat dah duit tambang kat situ. Kat sini, pening aku dengan motor/basikal/ basikal bermotor yang takyah kayuh tu. Depa ni main belasah je nak lalu ikut mana. Depa boleh tetiba appear depan/belakang ko atau dari mana-mana arah sekalipun. Hon sana, hon sini kalu laluan depa terhalang. Macam satu budaya pulak orang Cina kat sini, pantang lambat sikit, honk. Sana sini boleh dengar bunyi hon.Kalu kat Malaysia mana ada orang lalu kat kaki lima kedai dengan motor/basikal... Sana belasah je asal cepat. Kekadang time nak melintas tu kompius nak tengok dari arah mana. Semua arah nak kena tengok.
Rasa dah lama giler berjalan. Kalih-kalih ke jam, baru kul 8 malam. Hoho. Kan waktu malam lebih panjang skang ni kat sini. Rasa dah puas dah pusing. Kat Malaysia macam dah kul 11 malam. Lama rasa. Padahal keluar tadi kul 6 dah gelap. Tu yang rasa macam lama tu. Ko paham tak?
Mc D, KFC bersepah di mana-mana aku pegi kat sini. Terliur lah pulak ;p
Disebabkan Adam dah kuyu, penat dan asyik ajak balik, maka aku, Puan Menteri dengan budak-budak balik bilik dulu. The rest terus bershopping kat sini. Aku cuma sempat beli baju tido for both Adam and Zaraa. Pastu kasut kungfu sepasang untuk Zaraa. Adam dah ada kasut Adidas yang Puan Menteri beli kat Vietnam.
Tonight's damage ;p
Cantik tak baju tido Adam? Corak keta.Wakakakakaka... Lawak giler... Yang corak minnie mouse tu Zaraa punya. One thing kat China ni kan, dalam satu area shopping ni, memang payah nak jumpa baju corak kartun dari US or dari barat. Kekonon nak cari la baju Frozen kat Zaraa. Tapi nan ado. Macam kat China ni diorang tak agungkan pun kartun luar. Kebanyakan corak kartun diorang je dijual. Sekali sekala je jumpa baju mickey. 

Misi nak bershopping sakan tak berapa berjaya malam ni. Spoil mood bila bebudak bad mood kepenatan nak balik tido. Kalu heret jugak pun takleh nak konsentret mencari. Terkilan satu hal di situ. Tadi terjumpa selimut bulu-bulu corak spongebob. Tanya harga dia tunjuk 35yuan (RM19.46)... Aku dah nak beli dah. Ingat best la nanti anak-anak boleh guna untuk tengok tv time pasang ekon tu. Tapi ahlil rombongan remind aku, kata nanti rugi space, lepas ni nak pegi Guangzhou buleh shopping jugak. So, aku tak jadi beli la. Eh rugi la pulak tak beli. Besar selimut tu.
Balik hotel, Puan Menteri pun lepak bilik aku jugak sementara tunggu yang lain-lain balik. Adam dah tido. Aku teruskan dengan aktiviti mencuci kain baju. Hohoho... Apa guna bath tub besar gaban kan kalu tak guna untuk rendam cuci baju.... Hahahahaha... Berenang molek la baju-baju kitorang dalam ni. Untuk menghasilkan efek ala mesin basuh, ko pusing la dengan jari ikut arah jam...Pastu lawan jam... Sure fefeeling macam mesin basuh.. Walaupon! Walaupun main kecah-kecah air je ponnnn.... Janji bersih dan time nak pakai rasa fresh. Malam ni aku perah and hang dulu. Esok-esok la kita keringkan pakai hair dryer.... Kalu bawak iron lagi senang keje... Malangnya tak bawak iron sebab ingat dalam bilik ada. Nak mintak malas la pulak...

Siap basuh baju, diorang yang terus bershopping tadi pun balik. Bimbit plastik berisi macam-macam. Antaranya halal take away. Oh diorang terjumpa restoran halal. Kedai kecik je katanya. Semua jenis noodle yang dijual di restoran tu adalah freshly handmade. Mi tarik-tarik tu la. Rasanya dulu aku pernah tengok kat Majalah 3 pasal mi tarik ni. Tertarik pulak aku. Malam esok nak gi lah. Diorang tapau mi goreng dengan noodle macam kuey teow goreng. Tapi aku prefer mi goreng tu. Rupa ala-ala spegeti aglio olio tu la. Lupa nak ambik gambar. Semua rakus mengetest. Ada isi daging, dengan sayur macam daun bawang tapi tekstur dan rasa (taste) macam asparagus. Sayur ni takde kat Malaysia kot. Tapi yang nyata, memang sedap la batang sayur ni. Kitorang duk kutip ratah tu je... Diorang bawak balik buah, tapi tak fresh pun sebab beli kat supermarket je. Alaaa, oren dengan epal je.. Buah lain mahal. Kecundang aku. Ingatkan nak try cherry kat sini. Huk aloh...

Esok nak pegi Zoo & Safari.. Excited!!!!

No comments: