Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, November 25, 2014

#1164 Me Vs Pt.5 Window Of The World

Sambungan kisah dari entry sebelum ni....
Lepas makan-makan and solat jamak di ZFY Restoran tadi, kitorang keluar ke jalan besar untuk tahan cab. Ini transport yang paling senang. Kat sini cab memang bersepah. Maklum la rakyat depa berjuta... Make sense la kan. Salut aku aku driver cab sebab fasih akan semua jalan-jalan bersimpang siur kat sini. Aku kan benok jalan... Kitorang terpaksa ambik 2 cab. Boss IBM dengan yang dukung baby naik first cab... Aku dengan Zaraa, Encik Jack and Nik Pareh naik second cab. Bertemu kat depan pintu masuk. Tambang cab tadi 60yuan (RM33.41).
Kitorang kejar masa sebenarnya. Memang la Window Of The World (WOW) ni dibuka sampai ke malam. Tapi kan dah kata sini cepat gelap.... Nak kejar matahari la.. Posing pun ala kadar je bagi setiap monumen.. Bahagian Asia tak sempat nak cover. Short cut ke Europe terus. Baru pegi berapa tempat, hari dah mula gelap. Tak cantik dah la nak bergambar...
Kaunter tiket.
Kat sini kul 7.30 ada pertunjukan tapi the kids were getting restless, balik terus.
Basically kat Eiffel Tower ni la mandatory pose bagi setiap pengunjung. Memang replika sebijik sebijon... Tapi slack kat tulisan Cina kat kerangka tu la. Nak jugaaaak dia selitkan tulisan diorang kat situ. Choiiii!!!
Kat dalam ni pun semua tempat lawa-lawa. Enough to transform the normal you into a camwhore.. Seriously! Aku yang tak suka berposing ni pun tak sedarkan diri kat sini. Wakakakakakaaaaaa.... Gasak ah... Bukan tiap minggu aku mampu nak datang sini. Grab the chance don't let go!
Oh rambang mata semua tempat pun rasanya nak tanda dengan muka aku sepertimana cara seekor singa menanda wilayahnya. 
Adam semenjak adanya Mamatuk 2,3 hari ni memang berkepit dengan Puan Menteri la dia. Dah macam handbag Puan Menteri dah aku tengok. Mana Puan Menteri pegi, ada la dia kat situ. Sebab tu kebanyakan gambar aku ambik selalu tak cukup sorang (adam la)... 
Dah start gelap dah. Kalu ikutkan hati memang nak cover semua check point baru puas hati... Tapi kena paham la... Tadi dah satu hari berjalan kaki tertinggal tram tu kan... Semek dengan Zaraa penat pun diorang duk dalam stroller je. Adam la yang kesian kena jalan jauh... Dengan takde tenaga tak makannya... Asyik mengadu penat-penat-penat... Aku mengerti... Tapi kat dalam ni besar... Once you decide nak balik bukannya berjalan seminit terus buleh nampak exit door. Kena menapak jugak kalu nak keluar. Kat sini takde khidmat buggy/tram. Ada tu ada, tapi bila kitorang approach, driver geleng-geleng tak kasi naik. Agaknya the whole buggy dah direserve untuk rombongan yang pegi dengan pakej... Tengok yang naiknya tu muka ala-ala India semuanya. Tapi kan.... buggy kat sini somel weyyy.... Macam keta antik gitu... Yang drive pun siap pakai white glove and hat. Stylo ah.... 
Sampai satu check point tu (dah gelap pun) nampak ramai Chinese berlonggok nak tengok something... Dari pengalaman dok sini 2,3 hari ni, itu maknanya ada show. So, kitorang pun tumpang sebok sekali la. Sekali lagi kecewa sebab show tu (show pasal pelombong ke apa aku pun tatau, tapi ada hujan buatan yang lebat, air sungai makin melimpah, banjir (air terpercik-percik ke arah penonton) pastu jip hanyut).... narrationnya dalam Bahasa Cina... Semua show yang aku pernah tengok sepanjang dok kat China ni 2,3 hari lepas takde satu pun cakap english. Orang dia je la paham apa yang diterangkan. Kita-kita ni melopong je la main agak-agak apa benda dia cakap. Frust sangat.
Bila dah gelap ni, nak bergambar pun down. Tambah pulak onar anak masing-masing. Part Amerika lalu je. Tak sempat nak cover kat Statue of Liberty, ukiran kepala president-president Amerika etc. Aiseh... For uols yang berminat nak datang sini, it doesn't matter datang time gelap ke cerah. Yang penting uols bertenaga. Tapi biasanya menjelang ke malam ni tenaga dah berkelip-kelip nak habis bateri kan... Nak-nak macam kitorang yang dah teraniaya dek tram kat Zoo Safari tadi tu. Yang dewasa pun penat jugaknya. Berjalan dengan budak ni jangan cakap la tak penat la... Kecuali ada pengasuh kiri kanan.

Sebelum keluar WOW tu pun berbelah bagi nak tengok show dia ke tak. Show start 7.30. Time tu dekat kul 7 kot. Seriusly letih giler. Adam pun duk ajak balik penat sangat la tu. So, kitorang keluar dari WOW tu jalan kaki sikit masuk ke subway. Naik subway direct sampai ke stesen Laojie sebelah hotel yang aku duk. Yang lain terus balik ke bilik, aku dengan Boss IBM aje terus ke Restoran Halal mi tarik yang diorang terjumpa semalam. Boss IBM nak try menu lain pulak.
Lama jugak kitorang nak decide nak order apa. Kat dinding dia ada sejutanam menu yang boleh dipilih. Caption opkos dalam bahasa Cina manalah nak paham apa dia. So kena tanya waiter satu-satu la tu daging ke ayam ke pedas ke tak pedas ke... Aku siap buat gaya pedas lagi nak tanya lauk tu pedas ke tak. Waiter ni rice, beef tu dia boleh la cakap. Tapi dia tekun tunggu kitorang decide nak order apa.
Ada few customers yang tengah makan time tu. Habis aku harass tanya sedap ke tak. Tanya cane? Buat gaya thumb up la apa lagi. Sorang tu siap cakap sedap-sedap-sedap lagi... Dia makan mi macam mi sup kot... Last-last aku tiru menu dia je. Order semangkuk je, share dengan Boss IBM... Takut tak habis je. Semalam yang diorang tapau makan kat bilik ramai-ramai pun tak habis jugak.
Sambil tunggu order siap sempat la aku skodeng tokey dia buat mi tarik tu. Nak ambik gambar karang dia malu/marah pulak. So aku citer pakai air liur je la kat korang ye. Bila dok berdua-duaan dengan Boss IBM ni, baru perasan yang dah lama aku tak keluar berdua dengan kakak aku. Sisters date gitu. Last time maybe masa kitorang sama-sama study dulu... Berapa belas tahun dah tu... Blessed to have a sister like her. May Allah bless you sista.
Detik dinantikan tiba... Taraaaaa!!! Ni lah menu pilihan kitorang yang dekat berpuluh minit nak pikir tu. Mi dia macam mi kuning la rasa. Tapi dah tak taruk pewarna tu yang pucat je tu... Sup dia pulak rasa macam kuah megi ayam je... 
Kat atas setiap  meja ada diletakkan satu botol kecik isinya macam  kicap (tapi masam), pastu satu bekas kecik lagi tu macam tumis sambal cili kering. Aku tak buh pun sebab takut pedas, nanti pedih pulak perut. Leceh kan gastrik ni. Bawang putih tergolek tu aku tak sure sesat kat situ atau memang purposely diletak di setiap meja untuk customer customizekan rasa.

Makan kat restoran ni, dia serve chopstick sepasang. Dah aku nak makan share ni aku mintak la mangkuk extra.. Lupa pulak cane gestures yang aku guna. Tapi dia paham la then kembali datang letak mangkuk kecik ni dengan sudu seramik ni... Haiyyyooo...  Lupa pulak ni negara orang makan guna chopstick. Aku ni mana la reti makan guna tu. Nak tunggu habis memang pagi esok pun tak habis aku kais. Waiter tadi tu nampak kot kitorang terkial-kial nak transfer mi ke mangkuk kecik tu (giler tak nampak, kedai dia cinonet je, semua customer buat boleh nampak derrr)... Tiba-tiba brader (ke adik?) tu datang straight kat meja kitorang, capai chopstick, then tolong transferkan mi ke mangkuk aku... Oh so sweet la this guy. Termalu pulak mak-mak jemah 2 ekor ni. He keeps smiling all the times... Manisnyaaaaa.... Nasib baik mi sedap. Ke rasa sedap sebab mata turut terjamu dengan baik sekali ;p wakakakakakakaaaaa... Korek-korek dalam backpack nasib baik ada sudu garpu bekal yang bawak tadi... Buleh la guna untuk kayuh mi ni...
Makan-makan, tapaukan nasi untuk orang lain, then terus balik bilik.Tapi tersinggah kat kedai baju bila terpandang pijama Frozen. Payah benar nak jumpa item Frozen kat sini. Bila jumpa ni rembat terus sepasang untuk Zaraa. 35yuan (RM19.49) Nak belikan untuk Semek sekali tapi payah benar nak mintak size lain dia tak paham-paham. Even simple english word macam big, small, size, pun dia tak tahu apa. Tawakal je lah. Kalu x muat, kasi semek.  Buat isyarat pun tak paham. Nak size 10, tunjuk jari 10-10 pun tak paham jugak... Haih language barrier!

Cakap ayam itik malam ni tak berjaya.

Malam ni takleh lagha sangat. Balik ni kena packing dah. Esok nak berangkat ke Guangzhou pulak. Kita sambung shopping kat Guangzhou pulak. In Sya Allah...

Kain baju basuh tak kering-kering lagi.... Kena keringkan dengan hair dryer secara extensive la.... sampai kering satu-satu.... Aiyyoh....

Bila semua dah setel, baru nak rebah belakang, Zaraa pulak terjaga batuk-batuk belum sempat buat apa-apa dah termuntah baek punya atas katil. Encik Jack tido sebelah tu terperanjat sama. Tapi tak sempat buat apa lah... Nasib baik sempat tarik duvet.... Kalu tak, nak selimut pakai apa malam ni. Encik Jack lompat pegi tido kat extra bed(tempat aku tido)... Terpaksa la aku cuci sorang-sorang muntah dia... Dah la aku pun penat mengeringkan kain baju semua orang.... Hai la nasib badan.... Sudahnya, lepas lap-lap seterdaya  mungkin tu, atas katil  king tu terpaksa la susun tido bentuk L. Imagine sendiri la. Encik Jack sedap je tido lena..... Huhu...

Kesian aku kat diri sendiri malam ni.

No comments: