Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 27, 2014

#1166 Me Vs Pt.7 Guangzhou- Zhuhai- Macau

Good morning Guangzhou!!!
Plan nak bertolak ke Macau seawal pagi tapi dengan kanak-kanak riang ria yang ramai ni macam tak mungkin la. Nak masak breakfast dengan bekal lunch lagi... Masak suka hati la hari ni sebab ada telur dengan sayur yang baru beli semalam.
Tengah potong bok choy
Telur dadar gebu.
Masak sardin.
Goreng keropok lekor dalam rice cooker.
Ini la menu breakfast kitorang. Belennya bawak bekal lunch kat Macau nanti. Saner rate macam Hong Kong. So, kalu nak makan-makan agak mahal la... Stok makanan banyak lagi, so apa kata habiskan dulu. Takde la berat nak heret balik ke Shenzhen esok balik.
Ready nak turun ke subway.
Nak ke Macau ni pun banyak options. By air,  road or by ferry. Kitorang pilih by road via Zhuhai. Naik bas shuttle. Bas tu kena naik kat depan Hotel Landmark Canton. Tak jauh, naik subway 1 stesen je. Nak jalan kaki pun buleh tapi malas ah.
Budak letih berjalan. Subway pulak luas giler.
Keluar subway ikut Exit F dekat sikit.
Kitorang sampai ngam-ngam. Tiket beli kat kaunter tiket depan bas ni. 35yuan (RM19.49) for adult. Kids, free. Dapat tiket, semua naik bas. Tak tunggu lama pun, bas terus gerak. Tak penuh pun. Bas ni ada la stop 2,3 kali jugak pegi ambik orang kat tempat lain. Perjalanan by bus ni ambik masa 2 jam. Macam KL-Ipoh gitu la Guangzhou-Zhuhai ni. Bas selesa dan bersih tapi seat dia licin. Tiap kali driver brek, terasa bontot macam nak meluncur ke depan hihi... ;p
Hotel Landmark Canton.
Budak 2 ni selalu berebut nak duk dengan Mamatuk.
2 jam yang sangat panjang rasanya. Tv ada tapi tak pasang pulak apa-apa citer. Bebudak lain semua tido. Zaraa aje sibuk main Lilo (ipad) Boss IBM. Potpetpotpet boleh dengar suara dia. Aku macam biasa la, mengantuk pun sayang nak lelap mata sebab nak tengok pemandangan kat luar....
Bangunan pelik ni sebahagian dari bangunan Honda Guangzhou.
Kebun/ladang oren kot. Nampak bintik-bintik warna oren dari kejauhan.
Banyak nau sungai kat sini.
'Pulau' tengah-tengah sungai siap ada bangunan tinggi.
Sampai satu area tu pulak, sepanjang jalan boleh nampak ladang tebu dengan pisang. Tebu untuk proses jadi gula untuk keperluan rakyat dia kot. Pisang pulak? Cantik tersusun aje barisan pokok-pokok pisang. Dari jauh nampak teratur dan bersih.
Rumah-rumah di area perkampungan yang jauh dari bandar ni standard aje bentuknya. Berkotak-kotak je kalu tengok dari jauh. Lebih kurang je design satu rumah dengan yang lain. Semua rumah bumbung rata macam kat Mexico. Sini jarang hujan jugak kot.

Ron 92 pun diorang guna lagi.
Sepanjang perjalanan yang melalui highway ni, driver stop sekali je kat tandas stesen minyak. Baru perasan, highway dia takde R&R. Habis, katne diorang melepas kalu tak tahan ek? Yang muslim pulak semayang tepi jalan je ke? Huhu...  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.... Aku tak turun pun toilet sini.. Tak lalu nak melepas. Aku layan public toilet yang standard aje. Yang cokia-cokia malas ar sebab mostly jamban cangkung. Cangkung-cangkung takde air mana best. Setakat ni jamban airport aje yang aku jumpa ada option jamban duduk. Kat railway station yang gah tu pun jamban cangkung semuanya.
Dah sampai Zhuhai. Tengok patung ni baru tahu. Ni kira mercu tanda Zhuhai la. Bas tak stop pun, terus hala ke mall yang menghubungkan emigresen Zhuhai dan Macau.
Google image.
So this is Zhuhai. Aku memang tak tau apa pun pasal Zhuhai. Tahu pasal nama tempat ni pun lepas Boss IBM bagi option itinerary lepas plan ke HK kensel. Dalam itinerary yang dah diimprovised tu, ada masukkan New Yuanming Palace. Palace ni kat Zhuhai ni la. Tapi kena tengok keadaan dulu jadi ke tak. Palace ni bukak sampai malam tapi takut tak sempat bas tu la. Bas kan 2 jam nak sampai ke Guangzhou balik.... Hmmm...
Google. New Yuanming Palace.
Bersambung.....

No comments: