Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 27, 2014

#1167 Me Vs Pt.8 Macau

Turun dari bas dalam mall tu, driver tunjuk ke atas. Kitorang pun naik la atas dan ikut orang ramai yang berpusu-pusu ke satu arah. Semua nak pegi Macau la nih. Mana lagi. Ingatkan naik atas tu terus jumpa tempat emigresen cop passport... Omai... Jauh lagi nak kena menapak ke laluan berlingkar-lingkar... Seksanya nak masuk ke Macau via Zhuhai ni. Orang lain yang masuk melalui ferry macam ni jugak ke?
Sampai emigresen, confuse la pulak kitorang ni foreigner nak kena masuk lane mana. Ada puluh-puluh lane weh. Last-last masuk lane Passport. Kalu ada bayang mat saleh kan senang. Ni tak, muka Cina je manjang. Foreigner pun muka Cina jugak. Agaknya Cina Taiwan/Singapore ke apa. Tapi dia masuk lane Passport jugak la. Manusia ada sejutanam kat sini. Tapi service agak cekap jugak. Sampai giliran kitorang, sekali pegawai tu mintak departure card macam yang kita isi dalam kapalterbang tu... Mampos... Mana ada. Terpaksa la 10-10 orang ni ketepi dan bagi laluan kat orang belakang dulu sementara kitorang isi borang departure card tu. Hayoh... Ingatkan Macau under China jugak ni takyah isi departure card. Hampeh... Malu seround bila orang lane kiri kanan asyik pandang-pandang. Lenkali information tu taip rumi siap-siap lar....
Dalam seramai-ramai manusia ni, kitorang 3 orang je bertudung.
Setel cop passport, keluar dari Emigresen Zhuhai masuk Emigresen Macau pulak. Beratur sekali lagi. Banyak masa terbuang kat aktiviti beratur je hari ni. Pendek citer, setel cop passport, keluar emigresen Macau terus pegi money changer. Kat Macau ni duit China tak diterima. Cuma duit dolar HK dengan Macau Pataca aje boleh guna. Disebabkan kitorang tak gi HK, makanya takde duit yang boleh digunapakai kat sini. Kena tukar dulu Yuan ke Pataca. Tukar untuk duit tambang cab jap lagi la. Makan-makan kitorang dah bawak bekal... Jimat dah.
Sambil tunggu Boss IBM tukar duit.
Masuk je ke border Macau ni, boleh rasa serta merta perbezaan... Perbezaan suhu, perbezaan tulisan, perbezaan bahasa. Kat sini lagi sejuk dari Guangzhou dan Shenzen. Ketara sangat beza suhu. Tapi takde la sejuk sampai menggeletar. Just nice la time jalan-jalan tengah terik mentari. Bila angin datang, time tu la rasa berdiri bulu roma.

Tulisan... Kat Macau ni mostly tulisan rumi. So, kita boleh la baca. Tulisan Cina pun ada tapi tak banyak. Mula-mula masuk border dan baca papan tanda, feeling terus macam kat Spain. Bahasa banyak ke arah Spanish. Spanish ke Portugis? Sape jajah Macau weh? Macau pun aku tatau sangat. Nak pegi pun sebab citer Fated To Love You yang Jang Nara dengan Jang Hyuk berlakon baru ni kat sini. Semangat seh!
Kat sini teksi berderet-deret sedia menanti. Kitorang ambik 2 cab la. Tunjuk kertas printed tertera Senado Square dalam bahasa Cina. Driver aku memang tak tau english langsung. Senado Square tu pun dia tak sure. Dok sebut semalo semalo... Last-last dia roger walkie talkie radio teksi tu, tanya office katne Senado Square. Dia drop kitorang depan mall...(tambang cab MOP55=RM23.58)  Kitorang terpinga-pinga la sebab Senado Square tu tempat lapang, bukan shopping mall... Pastu dia cakap Cina, tunjuk arah yang patut kitorang jalan kaki. Dari gaya dia cakap tu macam tak jauh la. So, kitorang pun ikut la arah yang ramai orang tengah tuju tu. Kat sini baru la nampak sikit mat-mat saleh. Kemain datang gambling ye!
Ooo betul la sini Senado Square.. Ingatkan kena tipu dengan driver dah tadi. Masalahnya tempat terbuka macam ni kat mana sepatutnya kitorang tunggu Boss IBM yang dalam cab satu lagi tak sampai-sampai? Ke dah sampai tapi tunggu belah lain? Hah sudah... Here comes trouble. Kat Macau ni fesbuk boleh bukak tapi internet pulak takde. Cane nak berhubung? Henpon Puan Menteri roaming, tapi henpon Boss IBM pulak tertinggal kat hotel. Abih tu cane nak jumpa ni?
Tengah berkira-kira plan kontigensi dengan Puan Menteri dan encik Jack, tetiba Boss IBM pekik panggil kitorang. Driver dia drop belah lain. Mana nak jumpa. Nasib baik la jumpa jugak.... Kalu tak, jenuh la nak berjejak kasih buang masa dah kat situ.
Bila semua dah ada, kitorang terus gerak ikut orang ramai-ramai tuju. To the Ruins of St Paul! Alamak, citer Korea apa dah berlakon kat sini ek... East of Eden ke apa dah.... Makin lama jalan makin dekat makin packed dengan manusia....
Nampak dah!!!
Kat sini la yang depa pakat aim. Memasing tak kalah dengan monopod nyer.. Posing macam-macam gaya. Ko photobomb aku, aku photobomb kau. Nasib lah bila dah ramai sangat. Kat sini berangin je... Sejuk je rasa...
Ambik gambar lebih kurang then cari port untuk piknik. Perut pun dah lapar dek buang masa beratur emigresen 2-2 tempat tadi. Kitorang main belasah je tuju mana-mana tempat yang boleh duduk ramai-ramai. 
Naik bukit sikit nampak ada banyak benches tapi ada orang. So, kitorang hamparkan aje pario buat alas duduk piknik. Kat sini tak ramai orang sangat. Lepas makan boleh la terus solat sini. Dari yang aku baca dalam blog orang yang pernah ke sini, diorang solat kat restoran halal somewhere in Macau ni la. Tak ingat nama restoran tu. Dah kitorang makan bekal je, malas la nak cari kedai halal tu semata-mata nak tumpang solat. Solat la di mana-mana sahaja asalkan bersih dan diyakini suci.
Upacara bukak bekal.
Makan bekal belen nasi lauk breakfast tadi je. Lapar-lapar ni tak lalu pun paksa jugak la telan. Kalu tak mana nak dapat tenaga nak jalan jauh lagi ni.... Sudah makan, we took turns untuk solat. Wuduk ambik kat toilet bawah bukit ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Masa aku nak masuk toilet, tengok toilet hujung tu ada paip getah. Tak sure untuk macik cleaner cuci tandas or memang untuk OKU guna. Sebab toilet hujung tu untuk OKU.... Aku guna je la... Puasnya dapat melepas hajat siap ada getah paip air.... Nikmat macam jamban kat tanah air siot. Ambik wuduk siap-siap dalam toilet tu. Kang kalu buat kat luar terkebil-kebil pulak diorang tengok apa la yang aku buat. Alhamdulillah, mudah je rasa ambik wuduk kat jamban awam ni.
Ni lah first time pengalaman bersolat di tempat terbuka. Mungkin perkara biasa bagi mereka kat UK atau mana-mana oversea... Yang non-muslim lalu lalang asyik pandang-pandang je kitorang solat kat sini. Tak kisah la, jangan kata kitorang pengganas sudah la. Ko tak kacau aku, aku tak kacau ko.
Bebudak ni sesambil tunggu kitorang solat, diorang main kat tempat bersenam  ni...
Ralit aku tengok kaler bunga ni yang terang giler!
Kemas-kemas bekal, kitorang jalan kaki keluar ke tempat tunggu bas. Pasni nak pegi The Venetian... Kat Macau ni shuttle bus casino semua free. Bijak kan diorang nak tarik pengunjung datang berjudi ke kasino diorang. Menapak jugak la nak cari tempat tunggu shuttle bus City Of Dreams ni... Last-last jumpa jugak. Thanks to Boss IBM yang banyak berkorban tenaga mengikhtiarkan sampai jumpa tempat tu.
Kasino ni apa nama ek... famous ni...
Semua muka penat. 
Sampai tempat tunggu shuttle bus tu, kecut perut dah aku tengok ramai  giler beratur nak naik bas. (sape tak nak naik free weh) Tapi walaupun line panjang tapi bas sentiasa sampai sebuah demi sebuah. Penuh-jalan. Penuh-jalan. Kitorang tak beratur lama la. Alhamdulillah.... Tak larat dah rasa. Nasib baik semua 10-10 buleh naik dalam satu bus. Kalu terpisah payah jugak nak janji untuk jumpa.
Boleh la keliling town Macau ni  secara free sebelum sampai ke Venetian. Jimat dah tu. Kalu naik cab, berapa entahnya. Selagi ada free ni, naik je la. Kalu melibatkan luggage yang banyak tu lain la citer.
Model rumah jerami kat tengah bandar Macau.
Rumah/bangunan warna pink... Cantik siot.
Pening aku... Macau ni pulau ke mainland? Tengok dalam world map memang tak kelihatan sebab kecik sangat. Pegi dengan zero knowledge pasal ni adalah sangat dikesalkan. Bukan tak study. Study, tapi tak cukup info. Tadi kat emigresen tak nampak air ke darat kat luar sebab semua bangunan tertutup. Misteri sungguh... Hahahaha....
Macau Tower.

Dah nama bas pun City Of Dreams, makanya tempat turun adalah kat kasino City Of Dreams lah. Masuk dalam kejap tengok vquarium dan ambik gambar then terus keluar untuk ke Venetian pulak. Tempat wajib kalu datang ke Macau selepas Ruins of St Paul tadi.
Vquarium kat City Of Dreams, tak sesuai untuk tontonan budak-budak.
Jalan ke seberang jalan tu je Venetian. Cuaca kat Macau ni memang sesuai untuk berjalan-jalan lah... Nyaman gitu. Not too cold, not too hot. Chill.
Datang sini sebab nak bergambar kat Canal dia... eh Fated To Love You to berlakon kat kasino mana ek? Sini ke? Tak habis-habis pengaruh k-drama kan... Sebelum datang ni dah banyak stok aku download tunggu nak tengok lepas balik Malaysia. Hoho...
Siling pun lawa....
Dengar citer, tokey-tokey kasino kat Macau ni memasing berlumba-lumba untuk menunjukkan kemewahan kasino masing-masing. Boleh tengok sendiri la... Now I understand. Tadi masuk city of dreams tu dah nampak. Masuk Venetian ni nampak lagi... Memang kaya benar la tokey permis judi ni.
Kat sini sape yang berminat nak naik gondola boleh je. Bayaran dikenakan 
MOP118(RM 50.88) untuk dewasa dan 
MOP88(RM37.94) untuk kanak-kanak. 
Private Gondola MOP472(RM203.52) per ride.
Kitorang tak naik pun. Tengok dari jauh je. Tak sure la dia dayung sampai ke mana sebab terusan ni panjang jugak. 
Antara yang menarik kat sini nak tengok langit buatan ni la. Time hari siang, dia cerah macam matahari. Bila malam, gelap macam kat luar la. Terer ar diorang ni. Sampai ke tahap tu buat untuk tarik pengunjung ke sini.
Payah nak cukup 4-4 ni.
Sepanjang terusan ni aku tengok penuh dengan duit. Kat kandang buaya dalam zoo kat Shenzhen baru ni pun cam ni la... Penuh duit syiling, duit kertas orang baling untuk wish... Huh, baik kasi aku. Ada pekdahnya jugak. Ramai lagi orang percaya benda-benda karut macam ni ye.
Cari exit nak ke tempat bas free ke emigresen Macau..
Kat dalam ni banyak (staf la kot) yang pakai kostum klasik zaman dulu-dulu... Dan kita boleh tahan diorang untuk selfie. Diorang sporting la dah tu keje diorang layan pengunjung. Tadi aku terserempak dengan mat saleh pompuan pakai dress kembang zaman Queen Victoria tu... Ada orang tengah bergambar. Teringin gak nak selfie dengan dia tapi malu nak mintak. Dapat yang macam Napoleon Bonarparte ni pun jadi lah. Mula-mula dia berdiri kejung macam patung. Bila pengunjung lalu sebelah dia akan sergah... Wakakakaka... Bertempik la yang pompuan-pompuan terperanjat. Trick dia tak jalan dengan kitorang sebab aku dah nampak dari jauh hahahahahaha....Kantoi...
Menapak lagi ke border gate. Sebab short cut kena lalu kot dalam kasino. Adults aje yang boleh masuk kasino. So, yang macam kitorang yang ada budak bawah umo ni takleh lalu, terpaksa la pusing outside kasino untuk ke border gate....
Naik bas free, kitorang dihantar terus ke emigresen Macau. Masuk beratur, cop paspot. Keluar emigresen Macau, masuk emigresen Zhuhai, isi arrival card macam dalam kapalterbang tu, beratur dan cop paspot sekali lagi.... Nak jeluak cop paspot hari ni.
Keluar dari emigresen Zhuhai, kembali ke mall yang mula-mula kitorang sampai Zhuhai dari Guangzhou tadi. Terus cari kaunter tiket bas nak balik ke Guangzhou. Kerani jual tiket sangat bagus. Boleh la cakap english. Dia siap explain satu-satu kat tiket tu (sebab semua tulisan Cina) yang mana no bas, yang mana no seat, yang mana no gate.... Dan tunjukkan kitorang tempat menunggu. Tidaklah kitorang tercari-cari.

Dalam lift ada tulisan Braille...
Lega dapat naik bas.
Letihnya banyak aktiviti beratur hari ni. Naik bas, bas gerak je bebudak terus tido... Senang keje, buleh la aku lelap sekali. Malam dah tak nampak apa kat luar so aku tido je la.. Sampai Guangzhou 10+ kot. Budak-budak dengan mamainya banyak la onar nak ke subway tu. Dari Subway, jalan kaki ke hotel. Balik hotel, tukar baju budak-budak... Tidokan diorang. Yang kelaparan sebab bertolak tadi belum dinner, makan megi aje dalam bilik.
Megi encik Jack...Kari.
Puak aku dengan Puan Menteri balik bilik terus. Tak larat giler. Puak Nik Pareh dengan Boss IBM terus terjah shopping sekitar hotel. 
My meal..megi ayam with susu kotak.
Balik-balik, bagi ni kat Adam.... Keta kontrol. Puan Menteri suruh diorang belikan sebab dah janji dengan Adam... Mini cooper tu Boss IBM dah belikan kat Shenzhen, dapat lagi yang ni. Seronok la dia mengepau orang pasni.
Basuh kain gitu-gitu, hang dry. Esok-esok la keringkan dengan hair dryer... Tak larat.... Kesimpulan trip Zhuhai - Macau hari ni, New Yuanming Palace tak sempat pegi. Kalu pegi memang tak sempat naik bas la balik ke Guangzhou balik. Lagipun semua orang dah penat takleh citer dah hari ni....

Alahai.... Ruginya tak dapat pegi istana tu... Tadi masa kat sana tak teringat-ingat pun pasal tu sebab penat sangat. Tau nak balik cari katil je hihi...

Esok last day in Guangzhou.....


No comments: