Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 28, 2014

#1168 Me Vs Pt.9 Guangzhou - Shenzhen

Pagi ni aktiviti bebas sementara cek out dan balik semula ke Shenzhen. Kenapa kena balik semula ke Shenzhen? Sebab tiket balik adalah flight kat Shenzhen. Semalam Tour Guide dah bagitau dah, pagi ni aktiviti bebas. Sape tak larat malas keluar boleh duk je dalam bilik. Sape yang nak shopping, boleh turun shopping sekitar Beijing Lu ni. Last day dah ni kalu nak shopping kat Guangzhou.
Encik Jack dah tak lalu dah nak makan hari-hari terakhir ni...
Pagi ni Boss IBM dengan Puan Menteri sediakan breakfast. (tiap hari breakfast nasik goreng) Membebel Tour Guide aku ni. Tour Guide lain katanya takdenya nak masak-masak untuk ahlil rombongan. Keje tour guide cuma study pasal itinerary aje. Hambik. Kan dah kena sound. Tour guide aku ni kena tahan la sikit perkataan-perkataan keras yang keluar dari mulut dia. Mulut je laju tapi dalam hati ada taman. Hihi.
Lepas alas perut, kitorang turun melenggang ke Beijing Lu. Kul 9+ ni banyak lagi kedai tak bukak. Tapi sejuk-sejuk nyaman ni best la nak berjalan dan capture sceneries yang cantik-cantik sekitar sini. Orang pun tak ramai lagi. Tak banyak photobomb la.
Macik tengah bersenam.
Jalan main belasah je... Terjumpa restoran Lombok ni. Halal la. Ingat nak lunch kat sini jap lagi sebelum cek out. Jalan-jalan-jalan.... Aku dengan encik Jack ngan Zaraa split dari group diorang sebab kitorang nak cari Frozen doll yang tak jumpa-jumpa lagi ni. Kitorang janji nak jumpa kat Lombok ni balik kul 11.
So, kitorang bertiga pun teruskan misi pencarian patung Anna dengan Elsa tu. Payah benar nak cari! Sini anak-anak Cina main patung apa? Kedai toys banyak tapi takde mainan bertema Frozen. Stuff toys banyak la. Habis jalan dah kitorang cari tapi tak jumpa jugak. Nasib baik Zaraa tido dalam stroller... Kalu tak, sure merengek mintak Anna dengan Elsa sampai jumpa.
Macam keta menan Adam.
Aku peratikan, di Shenzhen pun, dimana tempat yang jadi tarikan manusia... Kat situ lah banyak polis. Agak selamat la rasa bila jalan-jalan kat tempat macam ni. Pernah baca dalam blog somebody, katanya kat shopping street ni banyak pick pocket. Kena hati-hati. Sebab tu kot ramai anggota polis diletakkan untuk berjaga-jaga kat tempat tumpuan ni.
Kat sini aku perasan jugak, takde tiang letrik. Bila jalan kat kaki lima kedai, dongak ke siling baru perasan... Diorang sorok wayar letrik bawah ni rupanya... Takde la nampak berserabut sangat dari luar. Bijak, bijak.
Dalam duk tercari-cari kedai jual doll tu, lalu depan kedai halal ni, Mintleaf. Encik Jack kata sini nampak takla seeksklusif macam Lombok tadi. Maybe sini murah sikit kot makanan dia. Menu macam-macam ada. Nasi putih, nasi goreng, tomyam, beriyani, Indian food etc... Banyak choice lah... Nanti kul 11 jumpa diorang nak ajak diorang makan sini je lah. Kedai ni pun betul-betul depan pintu hotel. Tak la rushing.

Jalan lagi. Last-last terjumpa jugak kedai jual patung Anna dengan Elsa dalam satu kotak. Itu pun satu tu je ada kat kedai tu. Terus grab. Tokey nak let go 50yuan (RM28). Beli je lah... Malas dah nak cari tempat lain. Penat tau mencari tapi takde hasil ni.

Jumpa yang lain, bagitau pasal kedai Mintleaf tu diorang terus setuju lunch situ. Off we went.
Masa sampai tu tengok dah ada customer Melayu dalam tu. Guest hotel aku jugak kot sebab pernah nampak diorang kat hotel. Tapi masing-masing buat tak endah je, so aku pun malas la nak friendly sangat. Duduk-duduk je, waitress terus hidangkan air lemon untuk dewasa, air panas untuk budak. Kepelikan kitorang apasal bagi air panas kat budak. Baik bagi air suam je kan... Ini tak, air panas mendidih.
Nasib baik la sini ada fries... Ada jugak la makanan mengenyangkan untuk Adam.
Kakak ipar order mutton beriyani, aku chicken beriyani... Gatal nak makan beriyani bukan teringin sangat pun tapi sebab nak lari dari nasi putih dia yang muak dan tak kena dengan tekak aku. Kalu beriyani ni kan In Sya Allah pakai beras basmathi. Boleh la aku telan kononnya.
SIL's.
Kiwi smoothie, mango lassi
Masa nak order aku dah tanya dia portion besar ke... Kot-kot besar, aku nak share je dengan sape-sape. Waitress tu pun tunjuk la besar mana. Dari yang dia tunjuk nampak kecik. Sekali yang sampai, besar jugak untuk aku sorang. Berusaha keras la nak habiskan. Tapi separuh je mampu paksa telan. Nasik dia sangat-sangat dry, tawar dan tak cukup rasa. Ye la... What do you expect kan kat sini. Cook pun agaknya orang dia jugak, bukan makanan asal diorang. So, takleh nak habiskan jugak. SIL pun tak habis jugak.
Mine.
Tomyam santan.
Encik Jack melepas rindu dendam kat tomyam. Isi udang ketam dalam tu kemain! Kaw-kaw jugak tapi rasa macam kiub tomyam Knorr pun ada. Boleh lar.. Cuma choiii tang nasik putih tu la muak macam pulut... Bagi orang yang ok, boleh je telan. Bagi tekak kampung aku dan encik Jack, cannot tolerate. Makan boleh, tapi tak habis la.
Nasik kari daging Nik Pareh.
Adam bad mood sebab dia nak ice cream tapi sini takde jual. So aku tanya la waitress dia kat area sini ada tak kedai halal yang jual ice cream... Terus dia tunjuk kiosk McD sebelah hotel aku. Aku tanya dia balik, Is that halal? (broken pun broken lah) Dia jawab sepenuh jiwa raga Ice cream no meat! Aiyyoooo.... Yang dia paham pasal konsep halal ni takde daging je ke.... Takpe la dik... So, tak jumpa la ice cream kat Adam.

Makan-makan kat sini Nik Pareh belanja. I feel bad bila orang belanja tapi aku makan tak habis. Memang takleh habiskan. Tima kaseh sebab belanja kitorang ye Nik Pareh. Semoga murah rezeki dia pasni.. Amiinnn....

Keluar restoran, lintas jalan terus masuk hotel naik bilik heret luggage turun untuk cek out. Mintak pihak hotel panggilkan mpv cab untuk transportkan kitorang ke Guangzhou East Railway Station. Baru ni sampai Guangzhou kat stesen south, hari ni balik ke Shenzhen dari stesen east pulak... Aritu naik bullet train... Hari ni naik tren biasa aje. Sejam lebih la nak ke Shenzhen. 
Rate biasa hotel aku.
Pandai bellboy susun.
Setel cek out, MPV cab pun sampai terus isi barang dan tuju ke stesen keretapi. Cab hari ni 250yuan tambangnya (RM139.2). Mahal sikit pun takpe asal tak bersusah payah. Takkan nak naik subway dengan luggage berderet-deret camni? Kang terkepit dek pintu subway baru tau.
Sampai stesen East ni, memang tercari-cari arah la kat mana nak beli tiket. Ada pulak porter datang offer khidmat. Kitorang pun on je lah... Stesen ni kira kampung sikit compared to stesen south baru ni. Dah yang baru ni kan bullet train.. Ni tren biasa je... Make sense la.
Bila adanya porter ni, smooth la. Dia tahu nak tuju ke mana. Kitorang ikut je keje. Beli tiket dan tunggu dekat gate. Dengan porter-porter sekali la sebab keretapi dah nak sampai. Makin dekat time nak bukak gate, makin pack la dengan orang. Tuptup staf inform kata gate tu dah tutup, kena guna gate satu lagi. Rasa nak maki aje. Locals pun semua merungut sebab depa bagitau last minute. Berkejar pulak ke gate satu lagi. Nasib baik ambik porter, dia tahu la nak pegi ikut mana. Sampai kat eskalator, tak on pulak. Kesian pacik porter tu kena angkut luggage kitorang yang banyak tu cara manual pakai tangga. Hohoho... Bayangkang kali kitorang tak hire porter, sendiri angkut la... Nak kejar tren lagi... Dengan orang berpusu-pusu menerpa... Cemana... Nak pegang anak lagi... Pendek kata sorang pegang anak je, sorang lagi la kena ulang alik naik tangga angkut luggage. Payah jugak tu. Porter tu angkut semua luggage sampai ke dalam tren. Dia mintak 300yuan (RM168.15). A bit pricey tapi understandable la... Dia kena angkut satu-satu luggage naik turun tangga kesian jugak kat dia. Pejam mata je la bagi... Sambil niatt sedekah kat dia. Yang buat keje camni takkan orang kaya kan. 
Dapat naik tren ni semua rasa lega. Setel satu part. Budak-budak pun dah mula jinak bila tren start gerak. Kejap je dah tido. Tinggal Zaraa je la asyik berkoyaan dengan 2 patung baru dia. Potpetpotpet mulut cakap pasal patung dia... Main la dik... Asal tak beronar sudah...
Tren ni paling laju 200km/j je. Dalam tren ni sama jugak macam dalam bullet train baru ni, ada peramgari yang jual air, jajan... Hehehe... Macam dalam keterbang AA jugak derr rasa.. Jual kopi panas siap bancuh, kacang etc... Tapi suara peramgari sangat tak bertenaga. Macam boring je kena paksa jual cikedis. Ahahah.. Bertabahlah duhai peramgari!
Anok bosu Puan Menteri.
Sampai stesen keretapi Shenzhen ni terpinga-pinga lagi nak tuju exit arah mana. Duk dalam tempat besar ni macam ni lah. Tengah tercari-cari tu datang lagi porter. Hambik je la... Daripada membuang masa tersalah jalan. Mulanya Bos IBM was-was porter ni nak tolong hantar ke tak sebab hotel kitorang dekat je. Kitorang pun tak tau dekat tu setara mana dekatnya. 10m? 100m? So, bila porter tu tanya nak hantar ke mana, Boss IBM pun tunjuk la alamat hotel dalam tulisan Cina. Terus hangguk-hangguk sepenuh perasaan porter tu. Kitorang pun follow je la.... Kan dah kata senang ambik khidmat porter ni... 
Laju giler porter ni gerak. Tak padan bawak beban dekat 100kg.. Kitorang jugak yang terhegeh-hegeh nak kejar dia. Padahal berlenggang aje kan. One thing about the locals here, diorang memang jalan laju. Masa kitorang awal-awal sampai, selalu kena marah dengan diorang sebab halang laluan diorang. Kita kan biasa jalan slow, takde rushing-rushing. Kat sana rakyat berbillion kalu nak buat style mak jemah kat Malaysia, memang makan asap la.
Google image.
Hotel Railway Station ni ada 2 kat Stesen keretapi ni. Hotel aku ni yang belah dekat Shangri La. Memang tricky jugak la kalu nak cari sendiri. Mesti terpergi dekat hotel yang satu lagi. Masa mula-mula lalu depan hotel satu lagi tu, kakak aku sound la porter tu... Dia tunjuk isyarat tangan bukan yang tu, yang satu lagi depan sana sikit. Happens to be true :-) Hahaha... Bila sampai lobi hotel, nak bayar tu tanya dia berapa. Dia tunjuk kira lima bijik luggage kitorang yang paling besar, tunjuk jari 5... 50yuan la(RM28.03)... Dia kira 10 yuan sebijik luggage besar... Yang kecik-kecik dia tak caj... Yang ni paling cool. Lagipun dekat sangat kan. Hotel ni dalam bangunan yang sama dengan stesen ketapi. Memang hotel milik stesen ni pun.
Letak beg, sesi cek in pulak. Receptionist hotel ni yang paling fasih english compared to hotel-hotel sebelum ni. Dari pengalaman duk 3 hotel ni, staf hotel kecik lagi helpful dan service lagi bagus dari hotel besar. Agak-agak la. Kalu hotel besar 6 bintang tu lain citer la.
Masa cek in, staf tu dah bagitau siap-siap yang bilik belum ready. Seorang je housekeeper yang ada untuk kemas semua bilik. Tapi dia bagi la kitorang parkingkan luggage-luggage dalam bilik sementara bilik siap kemas. Kat hotel ni semua urusan cek in sangat smooth. Takde masalah macam 2 hotel sebelum ni. Alhamdulillah la. So, bila dapat kad bilik, terus naik letak anak-anak gajah dalam bilik dan turun balik.

Bersambung....

No comments: