Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 16, 2014

#1171 Me Vs Down, One By One..

Feverish.
Demam-demam pun tetap nak mac n cheese.
Luxurious lunch ever. Gulai ikan aya, daging goreng, petai, sambal belacan.
Assalamualaikum kesayangan semua... 

Berminggu-minggu dah balik dari China trip kan... Tapi masih lagi lemau.. Kitorang 4 beranak pass the baton.. Gilir-gilir tak sihat. Lepas sorang, sorang kena. Demam. Batuk. Selsema.... Nasiblah anak 2 je. 2 minggu dah rasa macam zombie kampung pisang. 

Bila Zaraa tak sihat, always kena standby bekas untuk tadah muntah. Itu trend dia yang aku dah boleh baca. Adam pulak, kena standby ais dengan kain untuk lap darah hidung dia. Encik Jack, kalu tak sihat, aku kena standby ubat la. Dia ni manja sikit kalu sakit. Ubat nak kena bini hulur. Kalu tak hulur, terus blur tak tau nak kena telan berapa bijik.. Kalu aku sakit, takde sape peduli. Ok, Adam je la kot peduli. Dia memang concernn sikit bab-bab macam ni. 

Pagi ni breakfast tatau nak masak apa. Kelmarin dah buat nasik lemak. Nasik goreng rasa dah bosan sebab seminggu kat China tiap pagi pun goreng nasik. Hohoho... So, tetiba mokcik teringin nak makan roti jala dengan kari ayam. Nafsu nak menjala tu dah ada quite sometime tapi perasaan tak kompiden itu agak menggebu jugak. So, after memeram dan memendam rasa for long, pagi ni aku decide nak cuba. Ye, aku takkan buat sesuatu kalu tak cukup keyakinan diri. 

Dunia hujung jari sekarang ni apa yang susahnya. Google je la resipi. Aku pilih yang guna sukatan yang paling sikit. Sebabnya tukang makan pun 2 orang je kan. Semenjak Encik Jack tak keje ni, memang agak rajin jgak la aku mencuba resipi baru. Ni baru tak sampai sebulan dia tak keje... Tunggu dan lihat la hasil aku mengasuh encik Jack kat umah wakakakakakaaaaaa... 

Seperti yang kelihatan dalam gambar kat atas, roti jala aku full of flaws.. Who cares... Tapi aku sedikit tak puas hati dengan resipi ni. Texture wise, dah cukup lembut to my liking. Tapi rasa (taste) dia bak lempeng pulak... Mungkin salah resipi sebab substitute santan dengan susu. Never change the original, traditional recipe ok! Aku agak la.... Kalu pakai santan pasti akan lebih rasa lemak berkrim gitu... Dono la sebab ni la first time aku mengirai roti jala seumur hidup. Ehem, bukan aku pun.... Encik Jack yang mengirai.... Aku sediakan bahan dengan kuah kari je... 

Untuk hari ni kira puas hati je la... Next time kena tukar susu dengan santan tengok hasil cemana. Hari ni kirai roti jala pakai botol sos je.. Next time perhaps beli acuan untuk roti jalan tu... Baru puas hati. Tengok orang lain pakai botol mineral pun jadi jugak. Hehe... Aku je kot yang tak pandai buat.

Internet 2,3 hari ni sedikit lembab untuk keje-keje pelanunan aku. Cam takde keje lain kan. Haha. 2 hari dah gelap je kat luar takde matahari. Penang baru nak start banjir kah? 2 hari dah tak angkat kain. Kekonon first day tu malas nak angkat takpe la esok-esok boleh angkat. Sekali esoknya mendung hujan 2 hari kuikuikui padan muka. Take sun for granted lagi. Hambik. Lepas ni nak usya washing machine sekali dryer terus lah. Pastu mari pening kepala melihat bil letrik. Hahahaha...

Kesayangan blogger lain pegi mana cuti sekolah ni? Sepupu aku tour Europe 14 hari. Gila babas jeles tak hengat! Bestnya!!!!! Emmm sebenarnya kalu pegi sekadar cukup-cukup makan je tak best. Sebab semua nak kena bajet kan. Kalu nak sedap, tunggu diri setara datuk terlajak laris tak pun laki Marion Caunter tu baru sedap-sedap melancong. Untung-untung boleh angkut tukang masak peribadi, pengasuh anak sekali. Sampai sana limo dah tunggu ready na angkut kau pegi hotel. Halamak..... Memang tak ingat Malaysia dah la kot...

Haih... Homework keje sekolah bulan 6 ni aku tak restart lagi since balik dari trip China tu. Ampun ye kakak-kakak ipar kesayangan... Mokcik nok diaper free  mek Zaraa ni entah bila boleh start. Weewee ok, poopoo tu yang payah. Selalu je tak ngaku walaupun dah! Usahkan nak bagitau sebelum tu kan. Target macam ni last pack diaper beli. Tapi tatau lah. Dia ni lain sikit kes dengan masa train Adam dulu. Adam dulu sebab constipation tu dia dah biasa poopoo kat toilet. So, takde masalah train. Cik Mek ni bila masa dia poopoo remain mystery. Tetiba je aromaterapi khhheeeennnnn....

Persiapan sekolah Adam biasa-biasa je. Apa yang masih boleh guna boleh carry forward aje. Takde la semua baru. Berpada-pada je la. Semua baru pun kalu malas belajar tak jadik jugak. Cuti sekolah ni ada belikan dia buku Math suruh dia buat latihan. Adam ni menurun aku agaknya... Math memang tak minat dan tak master. Tapi English suka benar. The mini me he is.

Okiess.... Hope to hear from you loveliesssssss!

No comments: