Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, December 18, 2014

#1172 Me Vs Sosej Roll

Hujan-hujan ni laju je kan update blog pasal masak-masak. True. Hujan-hujan asyik lapar je. Kalu kat Kelantan senang la nak beli itu ini sepanjang jalan ada. I miss goreng pisang so much! Goreng pisang kat negara aku duduk ni tak sedap macam kat Kelantan.. Nak balik Kelantan pun takde sape kat sana skang. Puan Menteri tengah buat umrah. Kelantan pun tengah banjir... Not fun la balik musim hujan. Kain pun lambat kering kalu basuh.
Her compulsory part.
Kelmarin bosan-bosan dan lapar-lapar tu aku mendonat lagi. Tapi kali ni advance sikit sebab aku cabar diri aku untuk buat sosej roll. Ke sosej bun. Lantak la mana-mana pun. Aku guna doh yang sama yang aku donatkan tu. Saje malas nak buat asing-asing. Sebab belum tentu sukses lagi hasilnya kan... Hahahaa... Geram sangat tengok kawan aku kat fesbuk upload gambar dia buat sosej roll. Gebu lembab molek je nampak. Meluap-luap la kejelesan aku. So, mokcik pun try la memandai-mandai buat sosej roll ni. Aku buat stail gulung je. Yang bentuk pusing-pusing macam logo BSN tu tak minat la aku nak buat.
Ini kali ke 3 aku mendonat, kali ke 2 guna resipi Dapur Mamasya . Tapi kalu ikut resipi ni memang takleh nak uli langsung la. Aku ada la tambah tepung dekat nak 2 cawan jugak la rasanya... Baru boleh uli dan tak melekat. So far, rasanya resipi ni yang paling mudah untuk aku. 
Apasal, kuali ko santek ke?
Kali ni disebabkan acuan donat dah jumpa, makanya boleh la aku buat proper and decent donat. Sebelum-belum ni main hentam je terap pakai apa saje yang boleh. Konfiden la sikit nak buat tebal-tebal pun. Masa tengah lilit sosej roll ni encik Jack datang jenguk. Dia cakap apasal selalu you buat keras.... Down sekejap self esteem aku. Tak kecik ati pun sebab memang aku tahu aku bukannya professional baker. Nak bandingkan aku dengan MIL aku memang jauh la. 
Uli jugak la doh walaupun down... Dalam hati memang tak menaruh harapan la. Tambahan pulak tadi aku dah tambah banyak giler tepung sebab doh lembik sangat nak uli pun tak boleh. Dalam hati aku, kalu keras pun keras lah. Nanti lapar-lapar akan habis jugak tu. Aku lah yang nak kena habiskan... Pasrah je la... 
Sekali, bila semua dah masak aku terus ambik satu try. Neves ok....Tapi kannnnn..... Onyonyonyonyooooooo.... Lembut giler la makngah!!!! Menggebu-gebu keperasanan sorang-sorang... Rasa nak ciom-ciom setiap sosej roll yang aku buat tu dan jerit Thank you for being so softy!!!! Hahahaha... Terlompat-lompat sorang-sorang kat dapur buang tebiat sebab terlalu gumbira.... Zaraa makan sosej roll 2 bijik. Encik Jack berbijik-bijik... Donat pun sold out yang goreng first batch. The rest aku goreng half cook sebab nak frozenkan untuk esok lusa.
Ini reaksi encik Jack bila ngetest sosej roll aku. Mata tetap melekat tengok bola tapinyer. Dia cakap Macam ni baru yeeerr... Kembang kempis lobang hidung aku seyyy... Laki aku 8 tahun kawin berapa kali je puji aku masak sedap. Or memang tak pernah puji ponnnn... Hahahahaaaaa... I can never beat MIL's air tangan. Never. Sobs. It's ok. Walaupun aku selalu masak tak sedap, encik Jack tetap setia makan... Sebab kedai jauh, lariiiiiiikkkkk~~~~ Hahahahahahaha...

Citer pasal masak ni kan, baru ni aku beli ikan merah 2 keping. So, encik Jack tanya aku ikan merah sedap masak apa/ selalu orang masak cane. Aku cakap la masak sup or kari. Terus dia request nak kari mamak macam MIL buat time balik aritu. Tak ingat pulak MIL taruk santan ke tak. Tapi yang pasti dia bubuh serbuk kunyit la.. So, kelmarin jugak buat kari ikan merah.

Resipi ofkos memandai-mandai after gugel situ sini. Style aku sempoi je. Semua main mayang je, takde blend-blend. Tengok MIL aku masak aritu pun main mayang je jugak rasanya. Bila masak, sedap jugak pon. 

Bersilat gitu gini, akhirnya siap jugak kari ikan aku. Tapi kelmarin tak makan terus lepas masak sebab anak jantan aku nak makan tomyam ayam. So, kari tu aku frozenkan dulu. Kari ni makin banyak kali perangat makin sedap bak kata orang. So, hari ni baru aku makan kari tu. Eh sedaplah... Tak tipu. Setakat kari Subaidah tu pejam mata je aku celen. Ececeh... Sedap sebab pakai ikan merah ke sedap sebab aku masak sedap. Dua-dua kot. Boring-boring makan kari santan, layan kari mamak camni pun syok jugak... Silap, kalu ada popodom dengan kobis goreng tadi lagi terangkat. Next time lah..

Minggu depan nak gi KL sebab 1) encik Jack nak jumpa supervisor dia 2)jumpa kakak ipar nak pegi umrah 3) nak jumpa Puan Menteri balik umrah.... Kira jumpa Puan Menteri kat KL je la senang. Sekali harung semua occasion. In sya Allah.. Ingat nak gi serang Ikea lah.... Serang dengan duit atau serang dengan mata aje kita tunggu tengok aje la. Pegi China pun duit shopping tak luak... Inikan pulak pegi Ikea.. Kahkahakahkah...

No comments: