Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 30, 2014

#1173 Me Vs Kemaruk Shopping

Minggu lepas (22-25 Dis) aku ada kat KL. On 22nd tu Puan Menteri tiba di KLIA lepas setel umrah. Tapi kitorang tak sempat nak pegi jumpa dia sebab kat umah SIL kat Rawang buat tahlil dengan doa selamat  dan solat berjemaah sempena SIL nak pegi umrah on 24th tu. On 23rd Encik Jack kena jumpa supervisor dia kat UiTM Shah Alam. 25th balik Penang semula.
Anak-anak punyer la hepi dapat jumpa cousins diorang. Adam especially. Aku stay kat umah SIL kat seksyen 23. MIL pun ada sama. Hari SIL keje tu, umah ni jadi nursery la. Hahahaha...
Alhamdulillah memang nasib baik sangat lah MIL aku sampai KL sehari sebelum air naik dan perjalanan pantai timur-barat terputus. Kitorang sendiri pun dah berkira-kira nak balik Kelantan sambut Puan Menteri. Tapi tak tau kenapa aku rasa macam berat hati nak balik. Bila dok KL ni, tengok dalam fesbuk kata jalan Grik ke Kelantan runtuh... Masya Allah.... Alhamdulillah... Kalu aku balik sure stranded terkepung takleh nak balik Penang mahupun ke KL... Thank you Allah sebab bagi gerak hati untuk aku tak balik kampung. Walau dalam hati nak sangat balik sambut Puan Menteri balik umrah. Masa dia nak berangkat aritu pun aku dah tak balik. 
Pandai MIL mengasuh kan... Pengsan semua budak.
Copcop tido stail backhand... 
Hari yang nak hantar SIL2 ke airport tu sebelum tu SIL1 ajak pegi grocery shopping kat Giant Seksyen 13... Angkut la semua budak pegi. Aku dengan nawaitu yang satu iaitu nak shopping tudung. Budak-budak ni tinggal kasi BIL aku jaga. Senang la tinggal bebudak ni kat playground ni, ralit la diorang. Yang tak tahannya keliling playground ni ada macam-macam kedai makanan... Macam-macam la bebudak ni nak. Hoho... Bestlah Giant ni. Kalu kat Tesco semua nak kena masuk duit baru gerak. Sini, all FOC. Bagus plan diorang nak tarik pelanggan. Camni kan bagus. Takde la kering duit aku singgit-singgit tiap kali bebudak ni nak naik... Memang diorang naik sampai puas lah. Nuha aje yang ketakutan tak nak naik.
Done shopping, (aku dapat 3 helai tudung soft awning) balik Indah Ria makan-makan dan solat then off we went to KLIA. Ramai betul orang nak pegi umrah. Banyak duit rakyat kita skang ni. Main-main je pegi umrah.
Berjam jugak kitorang kat sini tunggu SIL2 berlepas. Bebudak ni lama pun takpe sebab ada ipad. The boys la. The girls menggelepar jugak kebosanan. Nasib baik aku bawak bekal kuih muih yang tak habis makan beli kat Giant tadi... Habis licin sesambil tunggu tu. 
Lawa orang nak pegi umrah ni.
Dapat naik stroller tak nak turun dah.
Selamat beribadah kepada yang mengerjakan umrah.. Semoga segala doa dimakbulkan dan selamat pegi dan kembali hendaknya. Amiiinnn...  Lepas tu semua balik rumah masing-masing. Bebudak yang kena tinggal dekat mak yang pegi umrah ni ok pulak. Kitorang bajet sure ada drama air mata dan aksi guling-guling nak kena tinggal tu. Rupanya tak. Agaknya sebab SIL2 dah psiko budak-budak tu dari awal lagi kot.... Hihi...
That day's damage at IKEA.
On 25th tu suppose kitorang dah nak balik ke Penang. Tapi biasa la sebelum bertolak balik sure kena singgah IKEA dulu. Lagipun dah on the way nak balik ke utara pun kan. Haritu ada date dengan Boss IBM ngan Iron Chef satu family. Dah lama tak jumpa Iron Chef... Haritu dia bawak berita gembira. Tahniah la on your pregnancy.... Semoga semua berjalan lancar, both mommy and baby are healthy. Aku ke IKEA sebab nak mengubat duka lara tak sempat nak shopping sakan kat China hari tu kan. Nah, duit-duit yang tak habis tu meh la aku habiskan kat sini ;p! Sebelum pegi KL lagi aku dah go thru katalog online dia. Dalam hati nekad nak beli cadar dengan curtain. Blog Diva dengan cadar bagus-bagus memang tak dapat dipisahkan! Melecet jugak Encik Jack membayar hahahhahahahaaaaaaa.... Tengok macam sikit je kan... Takpe la... Bukan beli tiap hari pun kan... *Sedapkan hati.
Disebabkan tak sure padan elok ke tak dengan curtain kat umah ni, makanya aku play safe beli sepasang je dulu try tengok. Kalu beli banyak kang, nyesal pulak kalu tak padan. Sepasang sheer curtain ni (2 keping) cost for RM39.90. Rasa-rasa macam tak mahal dah bagi aku. Sheer dia tebal jugak. Bagus untuk day time privacy. Yang lecehnya, hook kena pakai hook dia je sebab tape dia tak sama macam tape yang biasa dijahitkan kat curtain di Malaysia ni. Aku suggest, kalu korang nak guna hook kita yang biasa tu, just tetas/buang tape dia tu dan ganti jahitkan dengan tape kita yang biasa ni. Setel masalah. Boleh pakai hook biasa. Aku plan nak buat camtu la nanti. Bukan apa, tape IKEA tu lubang dia pelik sikit. Kalu nak buat kiraan untuk masukkan kaki hook tu, aku mudah pening nak kira jarak dia. Hasilnya, gather jadi tak even dan tak lawa la. Itu aku la. Mungkin korang tak rasa camtu.

Pun begitu, tape IKEA ni ada bagusnya jugak, Sebab tape dia ni buleh dipelbagaikan stail curtain biasa ni. Satu curtain ni boleh buat 3 stail. French/pencil pleat, slot top dengan apa ntah nama stail satu lagi. Untung la jugak. Tapi stail slot top dengan satu lagi tu kena guna rod la.... Railing trek aluminium takleh pakai.

Bila sampai umah ni, try pasang curtain ni, eh ok la pulak. Terus sesal sebab tak ambik banyak terus. Memang labuh la kain ni. Sesuai dengan ketinggian siling umah aku. (11kaki) Rumah biasa lain kena potong sikit la kot. Lenkali confident la nak beli curtain IKEA. Labuh memang memuaskan hati aku. Tak payah alter dah. Cuma nak gantikan tape biasa je la. Ada sesapa nak pegi IKEA aku nak kirim curtain ni lagi buleh? Nanti aku bank in sekali postage fee tu.. Tq!

Bukan curtain ni je beli kat IKEA... Satu lagi kitorang beli roller blinds. Aku dah patah hati tahap givap dah dengan roman blinds kat dapur aku ni. Tak tahu silap kat mana... Asyik nak kena betulkan jongkat jongket dia.. Frust mokcik. Dah la mahal. Tips for those yang minat nak buat roman blinds, cari tailor yang betul-betul mahir dan berpengalaman. Cam aku ni, tak tau nak kata la... Mungkin nasib aku kot yang tak baik. Aku tengok roman blinds orang lain yang tukang jahit aku ni jahit ok je. Terkena kat aku je kot yang tak menjadi. Sangat frust. 

Now dah tukar blinds Ikea ni kat dapur. Install blinds putih ni bagus jugak. Nanti bila ada duit boleh beli projektor and pancarkan kat atas skrin putih blinds ni. Kalah kedai mamak nanti hahahahaha.... Orang tengok wayang kat luar, aku tengok wayang kat dapur. Kelass ke tak kelassss.


No comments: