Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 30, 2014

#1174 Me Vs Home Science

Kat fesbuk ada orang share cara-cara nak buat sirap biru, all natural... Mokcik pun gatal la nak mencuba. Time tak hujan baru ni aku bawak bebudak ni main kat playground. Kesian kan diorang musim hujan ni asyik berkurung je. Sekali dapat keluar tu memang seronok habis lah.

Sesambil jalan-jalan tu, aku nampak bunga telang (bunga biru untuk buat nasik kerabu tu) dalam semak tepi jalan. Halal kan kalu aku ambik? Aku kutiplah setakat yang boleh capai. Ikut resipi dia nak 30 kuntum (baru biru gelap) tapi aku dapat capai dalam 10 kuntum je. Jadi lah tu. Ada sikit, kita buat sikit. Girang la bebudak ni tengok aku buat magic... It's science, it's not magic ehem...

Resipi sirap biru
bunga telang (lagi banyak, lagi cantik biru gelapnya)
gula
daun pandan
air

Cara-cara:
cabut tangkai bunga yang hijau tu, masukkan kuntuman bunga ke dalam periuk. Masukkan semua bahan yang lain dan rebus hingga air surut sikit. Sejukkan, tapis dan hidangkan dengan ais.

Mengikut tuan asal resipi, kalu perah limau, warna biru akan bertukar ke merah. Macam eksperimen kertas litmus masa belajar sains/kimia dulu la... Tapi mungkin sebab aku guna sikit je bunga ni, biru pun tak berapa gelap, so lepas perah lemon, warna biru bertukar ke purple lilac je... Kalu ikut tuan punya resipi, biru tua dia bertukar ke ungu tua macam air ribena tu..

Anak-anak aku terbeliak bijik mata masa tengok warna tiba-tiba berubah... Hahahaha... Magic sangat la bagi diorang.. Oh teringat weh masa buat titration kat lab kimia dulu.... Sila la buat untuk yang ada anak-anak kecil tu. Fun tau! Sesuai untuk those yang homeschool.
Macam mana rasa air ni kau tanya aku? Adam kata macam air barli. Aku pun rasa camtu jugak. Hihi... Sebab air gula campur pandan kot. Itu yang biru. Yang purple tu rasa macam limau ais/singo beng/lemonade. An alternative la for those yang suka air berwarna-warni tapi tak harmful for health. It's natural. 100%.
Kemain bilik bibik pakai cadar IKEA..
Tahu tak, semenjak balik dari China ni aku rasa bosan sangat dengan penampilan rumah aku ni. Nak kena makeover la sikit-sikit kasi naik seri. If not, tak proaktif la lady boss ini. Banyak hari dah start makeover sikit-sikit tu kat dapur... Alhamdulillah up lah sikit mood bila tengok. Part mendobi tak berapa lancar sikit minggu ni. Asyik hujan je kan. Kat ruang tamu rasa serabut sangat mata memandang. I need to do something to make it glitters. Nak mengemop malas pulak rasa hujan-hujan ni. Silap mop buleh kembang lantai.
Dulu aku ada citer aku beli benih sunflower online kan. Nah, aku tunaikan janji nak kasi preview. Dah besar dah dia skang ni... Yang ni Zaraa tanam. Ada 3 lagi yang baru bercambah. Semua 4-4 pokok yang bercambah tu Zaraa yang semai. Yang aku semai semua tak naik. Hahahahaha... Green finger rupanya mek bulat ni kan. Lepas ni nak tanam apa-apa yang susah hidup kena kasi tangan Zaraa la yang buat. *bukan Zaraa yang ada power... Tapi Allah yang izinkan.
21 Dis 2014
25 Dis 2014
27 Dis 2014
28 Dis 2014


Anak bulus aku ni progres nak kembang bunga dia agak slow semenjak mentari jarang kelihatan ni. Memang dia obses dengan matahari. Nama pun bunga matahari kan. Tak sabar nak gelakkan bulu-bulu yang bakal keluar... Kalu ikut pakcik google, camni la rupa sunflower teddy bear....... Cuaca skang ni macam kat England dah kalu ikutkan. Hopefully bunga dia akan besar-besar la.....
Google image

2 comments:

R I N I . R A N I said...

Hahaha. ..kalu wat magic tu ko anok2 aku pun, mesti dio kagum 40hari 40mlm. Tp sini xdop bungo talang

Anonymous said...

wahhh good mommy! nanti zara suka gardening heheh tok mcm cik long dia.