Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 5, 2015

#1175 Me Vs My Current Passion

Hai semua. Dari minggu bila lagi entah, aku dok teringin nak buat karipap pusing. Tapi macam-macam alasan la untuk drag hasrat hati dari hari ke hari sampai la kelmarin baru buat. Alasannya takde acuan karipap la, takde roller pin la... Cekadak la sangat kan Blog Diva khennnn. MIL takde pun semua tu tapi rilek je gelek pakai botol kicap. Jadik jugak pun. Boleh komersialkan lagih. Tersohor karipap pusing-tapak tangan MIL ni suatu ketika dulu. Kenapa tapak tangan? Sebab besar dia macam penampar orang lelaki. Hehe... Yang nak pegi menoreh wajib pekena karipap pusing MIL. Katanya makan sebijik kenyang sampai tengahari... Woot!

Pegi KL minggu lepas dah tanya siap-siap SIL dengan MIL bahan-bahan dengan cara-cara nak buat. MIL aku ni masalah utama nak berguru masak-masak dengan dia jadi payah sikit sebab dia tak pakai sukatan. Dia main agak-agak je. Rasa tekstur dengan tangan, tengok dengan mata, bau dengan hidung gitu je. Bagi aku yang benok ni, memang takleh nak agak-agak... Kalu tak, sure ke tong sampah jadinya...Kehkeh... SIL kasi reference blog ni. So, aku bertindak mengikut arahan la...  SIL aku pakar jugak bab memusing karipap ni. So, kalu dia bagi rujukan, mesti yang terbaek kan, mek ikut je la... Inti karipap ni aku tak ikut mana-mana blog. Main hentam je. Inti aku buat kari daging dengan kentang la ofkos. Inti tu buat semalam sebelum tu lagi sebab tak nak kasi banyak keje.. Maklum la... Karipap-karipap jugak, nasik-nasik apa citer kan. Lepas hadap karipap, kena hadap masak nasik lauk campur pulak. 
Uli-uli-uli, gelek-gelek-gelek.... Dapatlah pusaran yang comel ni. Comel giler hokeh, jangan gelak. Huru-hara menguli menggelek dengan budak kenit ni asyik nak rampasan kuasa roller pin aku. Last-last tak larat nak berebut, kena gelek bersama-sama tangan-tangan kami ni. Memang huru-hara ok. Tapi sebenarnya huru-hara ni berguna jugak. Sebab kalu apa yang diusahakan tak menjadi, boleh blame dia hahahahahaha....
Aku sengaja buat karipap ni time Encik Jack ada kat umah (tiap hari pun ada kat umah skang ni). Sebab keje kelim-mengelim ni aku nak subkan kat dia. 2 hari sebelum buat ni aku suruh dia ajar aku kelim. Time tu buat donat. Ada doh lebih yang Zaraa buat playdoh dia, aku guna tu la untuk tutorial kelim karipap aku. Hoi, memang tak jadik-jadik aku kelim. Kena taklim seround dengan Encik Jack. Benok sangat kan. Itu yang aku perlukan sangat acuan karipap tu. Tapi dah encik Jack ada ni baik suruh dia je. Biar jari jemari dia bekerjaya sikit kat umah ni. Asyik tak produktif je katanya 2 minggu ni.

Panas telinga aku dia asyik komplen adunan aku problem. Marjerin banyak sangat. Takleh kelim. Kelim tersengih. Too greasy and blablabla so-what-not. Down terus semangat. Entah, mata aku nampak molek dah. Tapi bagi anak tokei karipap pusing ni, I'm still far from perfect. It's okay. Aku berjaya buat setara ni pun alhamdulillah... Kecik-kecik dulu aku tak pernah pun tengok Puan Menteri buat karipap pusing kat rumah. Karipap pusing pun tak kenal sampai 10 tahun terakhir ni baru kenal. So, hargailah usaha murni aku ini wahai suami. 
Encik Jack komplen adunan aku banyak sangat marjerin. Entah? Aku ikut sebijik-sebijik dalam recipe. Sukatan pun aku pakai measuring cups and spoons.. Memang tepat lah. Ececeh... Intensive self defense nampak? Bila siap karipap aku ni, memang ada yang terbukak layers dia... Mek ok je. What would you expect from a beginner like me?Ada rupa layers pun dah cukup untuk aku. Weh ni bukan nak meniaga weh.. Ni nak ngap untuk ahlil rumah aje pun...
Ready to eat.
Disebabkan aku dah naik jemu nak handle karipap dan menjawab segala bentuk soalan subjektif dari budak kenit yang ngomong terus aje ni, goreng karipap pun cara ekspress je. Kalu ikut skema, api kena kecik. Tapi mek blasah api kecik-besar sesuka hati janji cepat setel. Hasilnya, berjerawat batu la karipap aku tehehehe... Kalu main api kecil seperti yang sepatutnya tu, malas nak tunggu lak.
Half cooked for frozen.
Amacam karipap aku? Ada rupa conch tak? Wakakakakaka.... Jadilah tu. Cukuplah untuk menyedapkan hati aku. Betul weh, once dah teringin tu. selagi tak buat asyik tak tenang je pikiran. Dah setel ni rilek dah la. Next!
Mesin jahit comey aku dengan rasminya dah rosak :-( Tak sempat jugak nak alter curtain Ikea aku baru ni. Tempat untuk kontrol naik turun jarum ni dah jem. Ekceli boleh guna lagi. Tapi aku kena bukak this purple case ni and pusing secara manual pakai jari. Huh! Nak seribu daya puan-puan. Nak seribu daya! Target nak beli mesin jahit yang decent la pasni. Brand Singer yang murah-murah pun jadilah.
Aku rasa aku belum citer lagi kan kegilaan aku sekarang adalah membuat kompos. Obses yes. Sejak join group pasal gardening ni, tiap hari macam-macam diorang share tip-tip penjagaan pokok. Mokcik pun terliur bercampur eksaited la nak buat jugak. Kalu yang nun di tingkat belas-belas pun mampu bercucuk tanam, apa alasan aku kan...???? Dah lama pun tahu pasal kompos ni. Tapi tahu gitu-gitu je la. Takde la detail. Tapi entah kenapa tiba-tiba naik syeh nak buat kompos. Selama ni air basuh beras, kulit bawang, kulit telur, veg & fruit peels sokmo je aku buang. Kali ni nekad nak simpan untuk buat kompos. Buangan ni dianggap black gold oleh avid gardeners jangan tak tahu.

Tapi aku takleh selamanya buat kompos jugak. Sebab? Benda buangan ni ambik masa berbulan-bulan jugak baru terurai jadi kompos. Kawasan aku ni kan banyak anjing. Proses penguraian ni pulak menghasilkan bau yang tak  menyenangkan. Nanti jiran-jiran komplen pulak. Worse, aku takut anjing lompat pagar aku sebab tertarik dengan bau bahan yang tengah mengurai ni. So, aku pun derhaka lah sikit pada peringkat metodologinya. Kalu ikut skema, kena ada kompos box. Tapi aku takde. Dan  malas nak adakan. Aku skip that part. Cara aku, aku curah semua bahan buangan dapur aku tu dalam pasu then kambus dengan lapisan tanah yang tebal. Baru tak berbau. Dan tak payah nak pindah-pindah ke pasu dah lepas ni. Dah memang dari asal ada dalam pasu dah pun. Tapi ni cara aku lah... Tak sure la pulak cara ni berkesan atau mengundang masalah lain pulak nanti. We'll see how.
Skang ni memang rajin la belek pokok-pokok. Pokok semua aku tanam setinggan satu pasu macam-macam jenis pokok. Area terhad kan. Jiruslah pokok pakai air basuhan beras yang direndam kulit bawang semalaman (or buat pagi, siram petang). Diorang cakap kalu pokok ros memang subur lah guna ni. Aku takde ros. Belasah je la jirus pokok lain pun. Selagi tengah naik syeh ni, layan je la....
Jirus pakai acuan roti jala. Hahaha...
Skang ni apa aje yang berpotensi boleh hidup akan aku cucuk dan semai. Kalu Allah izin, hiduplah dia. Kalu tak hidup, aku tanam benda lain pulak. Dalam group berkebun tu, baru tahu buah-buahan 4 musim dari oversea (buah/herbs/bunga) sebenarnya boleh ditanam kat sini. Apple, pear, cherry,capsicum semua hidup. Semai bijik dari buah yang beli kat pasaraya di Malaysia ni la. Teruja taaak nak try?

Bestnya kalu umah aku ada laman. Boleh tanam pokok besar-besar.....

No comments: