Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 14, 2015

#1177 Me Vs Tickets Are Now Ours

.....Tapi sebelum tuuuu.... Happy birthday Nik Pareh.... Sorry, adiah memang takde macam biasa lar.... Hahahaha...

Mokcik is sangat hepi sebab tiket ke Korea dah berjaya disapu bersih oleh kitorang. Dapat tiket Vietnam Airlines je. Jadilah tu daripada terpaksa berpaut kat tongkang-tongkang laut dalam kheennnnn.... Kenapa tak beli tiket promo AA? Jawapannya saje malas nak berebut boleh? Hahahaha.... 

Tiket promo Vietnam Airlines ni pun super cheap dah kalu nak kira. RM290 return tickets pax. Tapi kena transit kat Vietnam la to and fro ofkos. Mokcik tak kisah. Janji sampai Korea dah ler. Sesambil tu boleh kenal rupa Vietnam tu cemana. Lagipun transit berapa jam je. (Jangan delay sudah ler, nauzubillah) In sya Allah masa tu boleh digunapakai untuk solat jamak kat airport sana. Tapi kot-kot mana pun, Subuh tetap kena solat atas kapalterbang jugak. 
Tiket Firefly KB-KL, KL-KB for two.
Sebelum ni, nak berangan lebih-lebih pun takut sebab tiket takde lagi. Ni, dengan rasminya dah ada tiket ni rasa konfiden la sket nak berangan penuh bergaya pon... Dah boleh la nak mula merangka itinerary kat sana nanti. Skang cuma tinggal tiket penerbangan ke Pulau Jeju dengan tiket KTX ke Seoul je la belum beli. 2 perkara tu takleh beli lagi skang. Paling awal pun sebulan sebelum nak berlepas baru boleh beli. So kena KIV dulu 2 tu.
Tiket KL-Hanoi, Hanoi-Incheon, Incheon-Ho Chi Minh, HCM-KL pax
Memasing ofkos la lepas ada tiket ni menggelabah ke-eksaited-tan.... Eh, tu aku la rasa. 3 yang lain tu aku tatau apa feelingsnya. Tugas dah dibahagi-bahagikan sebelum ni lagi. Aku ditugaskan merangka segala yang berkaitan itinerary kat Busan. Hmmm... Hopefully aku dapat la segala info yang diperlukan dan tak menghampakan encik Jack dan kakak-kakak ipar sekalian. Neves jugak weh. Kot-kot terperasan sorang-sorang yang segala info and details dah complete padahal berlubang sana sini. Neves siot... Kohkohkohkoh.. 

Untuk tu, aku join macam-macam group travel/ sosial yang ada di fesbuk dan internet. Tanya je situ sini apa-apa je yang aku nak tahu. Untung nasib baik, ada la yang murah hati tolong jawabkan. Zaman skang ni memang info ada di mana-mana. Pepandai la mencari. Biasanya aku akan rujuk forum travel, blogs, backpackers group kat fb or individual private messages.. 
Dalam rilek-rilek ni sempat jugak aku terjebak dengan Birth Of Beauty ni... Dalam last episod, tetiba tertengok dalam babak ni kat depan kedai halal. Terpampang depan kedainya logo halal bak Halal Jakim. Restoran apakah? Ececeh....
 Nampak tak logo tu?
Ringgit Malaysia makin hari makin merudum. Memang lari sikit lah bajet travel kitorang ni. Baik tukar awal-awal kan sebelum makin jatuh lagi. Tukar awal-awal pastu duk diam-diam plan itu ini sampai ke tarikh nak pegi tu.

Semoga segala urusan berkaitan dipermudahkanNya. Amiiinnnn....

No comments: