Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 22, 2015

#1178 Me Vs The Second Potty Train

Assalamualaikum.... 
Makan ubat terus krohkrohkroh kat sini.
Rasa macam dah lama je tak update blog ni. Blog Diva satu family tak sihat. Semua dilanda batuk dan selsema. Like I said before lah, sejak makin tak muda ni, sakit picisan macam ni pun dah cukup buat diri merana satu badan. Kena redha ye sayang-sayang semua... Kan sakit tu penghapus dosa. I'm fine, cuma cukup tak selesa kalu kena attack batuk time tengah sembahyang. Nak habiskan satu-satu ayat tu cukup terseksa. Kekadang sampai keluar air mata. Batuk sampai sakit pinggang. Not to mention bagi orang yang pernah bersalin C-sec ni, rasa nak terkoyak balik kulit perut pun ada. Tiap kali nak batuk, kena ready tekan kat parut bedah tu. If not, sendiri tanggung la hazabnya.... Mak-mak lain yang bersalin cara pembedahan pernah rasa tak?
My kitchen rival.-takde kaitan dengan citer.
Aku naik syeh berblog jugak hari ni ni sebab nak citer bahawasanya aku tengah train Zaraa skang ni. Ada la sebabnya nanti aku citer.. Hari Ahad tu anak-anak mintak nak pegi main kat playground. So, aku sama encik Jack pun berkeluarga bahagia la kat taman permainan 4 beranak... Fikir-fikir balik, aku antara yang bertuah sebab dapat pasangan yang bagus kualitinya. Hahahaha... Ayat! Ye lah, tak semua suami-suami  ikut melayan spending time together-gether kan. Osem giler rasa bila encik Jack ikut sama bawak anak-anak pegi main. 

Nak jadi citer, time Zaraa ralit dok main playground tu tetiba dia datang dekat aku dengan muka tak best. Pempes terbukak rupanya. Lepas tepek sticker pempes tu, dia pegi sambung main. Tak lama lepas tu dia datang balik with the same problem. 2,3 kali la jadi camtu. Last-last aku bukak terus pempes dan ajak balik rumah tanpa pempes. Hohoho... 

Inilah masalahnya.... Anak dah besar dari usia, mak pulak malas lagi nak train. Pempes pulak dah takde saiz. Yes, the biggest problem is that PEMPES DAH HABIS SIZE. Kahkahkahkahkahkah... Sepatutnya aku dah lama potty train anak aku ni. Tapi biasa la sindrom mak-mak malas ni. Dalam hati duk asyik kata takpe-takpe sebab dia belum 4 tahun... Lepas sehari, sehari... Asalnya cita-cita aku nak train dia sejurus lepas balik dari China tu. Tapi balik dari China tu kan musim hujan berminggu-minggu. Terus tak bersemangat plus malas kuasa dua. Sampai la ke hari ni, jadi terpaksa sebab pempes dah takde saiz. 

Sebenarnya boleh lagi pakai XXL tapi brand Drypers je la. Brand lain semua kecik size XXLnyer. Tapi masalahnya tempat aku ni stok untuk Drypers XXL selalu habis. Senang citer, almost takde la. Baru ni sebelum bulat hati nak train dia tu, beli Huggies XXL, mak ai, sticker nyaris-nyaris takleh nak tepek. Tu yang terbukak 2,3 kali kat playground tu. Kesian Zaraa, selalu melelas tempat tampal sticker tu. Anak aku memang gebu gebas... Budak Hazim tu size XL ok-ok je lagi. Anak aku dah lama bye-bye size XL. Kesian kan kena pakai pempes ketat tiap masa.

Makanya kelmarin lepas dia bangun tido secara spontan terus tak pakaikan pempes sepanjang hari. kejap-kejap tanya dia. Sampai satu tahap dia bosan hahahaha... Pastu tak nak bagi kerjasama dah. What to expect from a young beginner. Leaking sana sini la. Satu hari la mokcik kena mengemop, mengelap, basuh kain baju, tukar kain baju, basuh toto jemur toto... Letihnya unimaginable. Dah la dengan kita ni tak sihat kan. Kul 8 malam mata dah terbukak tertutup takleh nak kontrol dah. Sepanjang hari nak lelap mata pun cuak takut terlepas kan. Sepanjang masa rasa macam duduk memandang bom jangka. Anytime boleh meletup. Kikikiki... Betul wey...

Kelmarin memang satu hari pay attention kat dia (*tipu, bukak jugak fb ig nyer).... Rasa nak givap tu memang tiap masa ada. Tapi itulah... What choice do I have? Takkan nak pakaikan adult diaper kat dia kan. Somehow kena train jugak lambat atau cepat. Everytime dia kantoi tu, memang frust giler. Tapi takde la  marah dia. Rasa givap sangat-sangat. Lepas tu teringat aku pernah share pasal potty train Adam dulu. Terus belek balik page ni. ( atau skrol posts under label 'TT Day'. Ada few entries aku citer pasal tu) Hope it may be helpful to those yang tengah mempertimbangkan untuk potty train anak uols. Bila baca balik, rasa bersemangat la sikit. Memanglah potty train ni tak mudah pada permulaannya. Semua orang pun akan rasa payah dan givap. Take it easy... Aku tahu, trainer sendiri pun perlukan moral support dikala episod-episod yang mengecewakan tu. Trainee, lagi lah. So...... Marilah sedapkan hati aku neh!
Semalam hanya pakaikan dia pempes bila nak tido malam je. Itupun bawak dia masuk toilet nak suruh dia clearkan dulu sebelum tido, tapi nothing came out. Takpe la at least aku nak biasakan dia dengan rutin baru dia nanti. Tido petang kelmarin dia tak kencing pun. Kira ok la.

Bangun pagi ni, memang penuh la pempes. Bangun lambat kan. Lepas dia turun terus bukak pempes dan teruskan usaha tak pakai pempes. Hari ni ada progres sikit. Cukup dah untuk gembirakan hati kecil aku. Masih lagi terkucil di sana sini tapi dah boleh kawal sikit dah. Bila terbasah sikit tu, aku cepat-cepat bawak dia masuk toilet dan dia sambung kebasahan dia kat toilet pulak. Alhamdulillah la... Slow-slow la dia biasakan diri. Dah 3 tahun lebih dia selesa wiwi kareb anytime anywhere kan. So, nak biasakan diri dengan situasi baru ni ofkos la ambik masa jugak kan. Adam dulu 5 hari dah beres. Let's hope this one pun lebih kurang macam tu lah. 
Aksi tanpa pempes.
Hari ni extra happy sebab Zaraa berjaya kareb kat jamban comey dia ni. Nasib baik perasan dia naik meneran atas tangga.. Terus aku ajak dia pegi sambung aktiviti kat jamban dia. Nasib la dia menyerah aje. Panik agaknya nak membuang cara baru tanpa pempes ni tak reti. So, menyerah aje la dia bila orang heret dia masuk toilet. Mula-mula duduk. Pastu pelik agaknya. Bangun berdiri. I'm quite lenient la awal-awal ni kasi chan la dia biasakan diri dulu. Eh pastu tetiba dia cecepat duduk atas jamban dia. Kejap je terus setel. Alhamdulillah.... Suka dia dapat flush bahan buangan dia.. Hehehehe... Good job darling! Hopefully lepas ni dia tak cuak dah bila rasa nak kareb tu... And boleh terus perform kat jamban dia.... In sya Allah, amiiinn..
Fully utilised today ;-p
Weekend ni kena shopping more panties kat dia la. Ni pun nasib baik ada yang dah beli sesaje gelenye-gelenya. Mana nak cari panties seikat semua kaler pink ek? Dia skang ni apa-apa semua demand nak pink. Why lar? Beli apom beras pun nak kaler pink je. Mana la ada orang nak jual semua kaler pink...

Gitu la kesahnya.... Liku-liku nak membesarkan sorang anak. Salute yang ada anak selang setahun tu. Agaknya tahun ni train si A, tahun depan train B pulak, tahun depan satu lagi tu C pulak, LOOP. Hahahaha...

2 comments:

jie @ azie said...

teh, lawa potty trainer tu..beli mano? anok aku hok kecik2 settle doh kat toilet.. tinggal hok besar keno pakai pampers lg, huhuhu

Blog Diva said...

haha...jambe mhl tu jie....brp thn doh beli.. iron chef beli kat bundle bukit jawa x silap aku lah...yg penting, BUNDLE.