Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 26, 2015

#1179 Me Vs My 1st Nasik Dagang

Encik Jack dah banyak kali mengomel nak makan nasik dagang... Pegi pasar malam asyik kebetulan takde orang jual je. Kesian. Dia mintak aku buatkan gulai ikan aje.. Rela makan dengan nasik puteh je pun. Hihi.. Kesian pulak aku dengar dia buat permintaan macam ni. So, pagi ni lepas hantar Adam sekolah, dia terus pegi pasar beli ikan aya.. Berdebar-debar aku tunggu dia balik sebab ni first attempt aku masak nasik dagang without help. Entah jadi entak tak jadi. Tangan aku ni femes benar masak tak menjadi...
Kkuah is lengkuas. Got that?
Sebelum tu aku dah calling-calling Iron Chef siap-siap tanya resipi. Nak call MIL, tepon umah dia dah terminate. Nak call henpon, takut dia tak dengar pulak. Nak senang call Iron Chef aje lah. Orang muda ni selalunya memang tak berenggang dengan henpon. Resipi dah dapat. Sambil mintak resipi sambil bergossip. Harus! Hehehe... Jangan gelak pulak tengok penjodoh bilangan yang digunakan. Aku dah biasa dengan kuantiti cenggitu. Sebesar ibu kaki aku la... sebesar ibu jari adam la... Kikikikiki..
Balik-balik pasar, encik Jack announce dia beli ikan aya 2 ekor dengan penuh sukacitanya... Hamboiii... Mentang-mentang aku dah sanggup nak tolong masakkan, 2 ekor dibelinya ya. Excited sungguh dia. Sekor tu pun tak habis makan dah. Hayooo... Periuk belanga kat umah ni dah la saiz cinderella semuanya.. Sampai kena buat 2 batch.. Puas hati la si tukang beli tu ye...
2-2 ekor aku rebus dengan asam keping dan kepingan lengkuas... Nak gulaikan sekor je. Sekor lagi tu simpan la dulu dalam fridge hingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Haha. Ikan aya ni aku tahu sedap masak 3 jenis je. Singgang, masak gulai kuning ala nasik berlauk tu dengan gulai ikan nasik dagang terengganu je. Selain tu dono sedap masak apa. Nak google malas lagi. 
Terus proceed kukus nasik. Mula-mula ingat nak tanak je senang dan cepat. Tapi aku tak konfiden pulak air banyak mana. Tangan aku ni kalu masak nasik berperisa ni terer benar terkeras dan terlembik. Nak play safe, kukus je la... Iron Chef cakap rendam beras pulut je.. Beras jati takyah rendam. Aku pun ikut je la... Mak aiii lama jugak la nak masak... Agaknya kalu rendam sejam beras jati tu takde la tersiksa aku menanti.. Miserable sorang-sorang tepi pengukus.
2,3 kali intai tengok tak empuk-empuk jugak nasi ni. Terpaksa la aku mengmekgaiverkan diri... Last-last masak jugak. Phewwww.... Hargailah usaha pemasak nasik dagang yang kau orang makan lepas ni. Ketahuilah, bermandi peluh si tukang kukus nak menghasilkan hidangan atas meja macam ni...  Sobs..
Gulai ikan dah beres. Nasik je tak beres-beres... Hahahaha... Hadoi la... Nak siapkan 3 perkara ni penat dan leloh berkali-kali aku rasa. Kalu buat keje sorang takpe jugak. Ni ada assistant yang lagi busy dari ko ni, ko rasa? Haaaa... Time orang sibuk nak guna sink tu la dia sibuk nak basuh pinggan... Parking kerusi tepi sinki sekali senang dia nak panjat. Kalut 10kali dari aku. Main basuh pinggan la... Apa la... Pastu habis banjir dari sinki sampai ke lantai.. Nak kena lap lagi. Homaiiii.... Ko rasa? Seolah-olah keje buat nasik dagang ni tak cukup buat aku sibuk agaknya. Sampai tumbuh tanduk rusa dah hanginkan dia.. Marah pun bukan dia makan saman. Dia marah aku balik ada la.
Siap nasik, bawak naik atas kasi Boss test. Oh sedapnya dia bersedapan buat keje dia dalam ekon kat atas ni. Aku kat bawah terpekik terlolong bertewas dengan dak kecik ni. Panas dalam pengukusan ni toksah citer la. Terus rasa tak seronok buat nasik dagang.  Patut lar besar pahala orang yang menyediakan makanan untuk orang lain ni. *dengan syarat tak komplen larrrr ****lariikkkkkk~~~~
Encik Jack komplen pasal kaler gulai ni. Tak sama macam MIL buat. Dan tak lemak. Errrkkk... Baru nak terasa diri osem tadi. Terus kuncup balik. T_T
Ah jadi lah tu. Aku dah cukup baik hati nak tolong masakkan nasik dagang. So, I only take compliments okay hahahaha... FYI, masak nasik dagang tak pernah ada dalam to do list aku walau untuk 1000 tahun lagi pun. Punya la tak berahi kan. Setakat tumpang makan kat umah orang tu boleh la setahun sekali. Tak makan pun tak ralat lah bagi aku. Kalu duk oversea seksok tatau la... Tapi dah berlakikan orang yang bercitarasa tradisional pekat ni, kena lah belajar jugak. Ketahuilah, orang benok ni lambat pandai! :P
Camni je la mampu aku buat. Serender mokcik. Awal-awal sebelum masak tadi lagi aku dah serender dah kot-kot masak tak jadi. Tapi encik Jack memang sporting. Aku masak tak sedap pun dia makan tambah dua kali. Ke sebab sayang nak buang. Hahahaha... Paid off la penat lelah bergaduh dengan dak kecik ni lagi bila tengok dia makan 4 kali ( 2 kali tambah lunch, 2 kali tambah dinner)
Dah. Tahun depan pulak la kalu nak makan.

No comments: