Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 29, 2015

#1180 Me Vs Kebun Bandar

Adam request nak biskut raya. Haaa... membunga la aku hari ni. Saje tunggu masa Adam pegi KAFA, Zaraa pun tido. Bahagia aku menyamprit sorang-sorang. Kejap je siap. Kalu dengan 2,3 orang ni... 2,3 double triple trouble lah.
Macam biasa lah, samprit aku wajib guna resipi Mat Gebu. Gebu gebas la...Asyik hancur aje kat tangan... Belum masuk pun lagi mulut dah lebur kat tangan hoho... Dan macam biasa jugak, kalu aku buat biskut dahlia ni, sure kelopak akan kelepet... Ada orang bagi tips suruh pakai butter sejuk-sejuk (tak payah sampai lembik), pastu kacau pakai tangan manja-manja je takyah sampai warna putih krim tu... Dah try 2-2 tips tu, but still kelepet jugak bunga dahlia aku ni. Cane eh? Ajarin aku dong...
Mesti uols ingat Zaraa kan lukis.... Ini encik Jack la lukis muka dia.
Terus tepek kat fridge. Motif? Bukak peti ingat Daddy?
Smiley face karya agung Zaraa :)
Kan dah citer sebelum ni pasal join group Kebun Bandar kat fesbuk tu. Now memang naik syeh la nak tanam itu ini. Tapi sayang 1000 kali sayang, tanah takde. Tak sedar kan umah aku semua berturapkan simen. Nak bertani, semua dalam pasu lah. Now dapur aku dah rupa nursery bunga dah. Hehe. Apa saje yang berpotensi tumbuh akar, aku akan cucuk. Kalu Allah kata hidup, maka hiduplah. Kalu tak hidup, aku cucuk yang lain pulak. Lepas ni nak try semai bijik epal pulak. Yes, buah epal yang beli kat supermarket tu la. Diorang dah ramai try semai dan berjaya hidup. Cuma kalu besar pun diragui kebolehan pokok tu untuk berbuah la. Kalu tak berbuah, kita tengok pokok je pun jadi lah...
Penyakit aku skang ni. Beli herbs sebab nak semai. Tapi tak guna untuk masak pon. Saje gelenya feeling-feeling indah nian la tingkap dapur aku bak tingkap dapur Jamie Oliver yang sederet terhias dengan pasu-pasu kitchen herbs dia. Tapi agak-agak la. Aku beli pon time ada yellow tag je. Ni rosemary. Someone dalam Kebun Bandar tu kata dia semai rosemary dan hidup. Membara-bara la nak tanam jugak. Motif? Hahahaha... Pegi pasar sesambil ambik daun selom, kesum, ambik sekali daun pudina.... Selom dengan kesum tu takpe la aku makan. Tapi pudina? Ntah... Rasa osem je kalu ada. Hahahahaha... Pudina pun aku semai jugak. Semai dan dah hidup dan aku tengok saje. For the joy of watching only. Nak makan tak tahu guna untuk apa selain buh dalam laksa penang. Time feeling-feeling Kim Kardashian ada jugak guna buat iced lemon mint tea. Tu je la...
Ni aku memberanikan diri untuk try semai rosemary. Harap-harap hidup lah... Terkoya pulak kalu ada lavender kan best. Bersusun indah depan sinki.. Time basuh pinggan terhibur tengok herba-herba hijau aku ni. Melambai-lambai ditiup angin. Time nak guna untuk panggang lamb, snip-snip aje depan tu. Ewah. Baru semai tengahari tadi dah berangan sampai ke Provence mana dah. 

Rosemary ni wangi tau... Time dok basuh pinggan memang aromaterapi lah. Kekadang kalu takde hirisan limau yang aku dah siap perah tu, aku buh je daun-daun rosemary yang aku tak tahu nak buat apa tu dalam bekas sabun cuci pinggan. Harum uols.... Lepas ni kalu jumpa yellow tag lagi aku nak tanam thyme pulak. Tinggi betul cita-cita... Time macam ni la jeles dengan jiran-jiran yang duk corner lot tapi tak bercucuk tanam pun tu.

Panjang lebar kan citer pasal pokok... Mokcik bukan apa.... Mokcik stress lepas ajar Maths.. Memang banyak manfaat tumbuhan herba ni untuk tatapan orang yang stress macam mokcik ni. Alhamdulillah... Very calming... Other stressful people should try it too... Highly recommendable!

No comments: