Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 23, 2015

#1185 Me Vs Gelojoh Beli Butter & Diaper Dilemma

Haih... teruja tengok butter murah by halved the price ni haruslah blog diva tak lepaskan peluang menyambarnya kan. Dah balik umah pun still tak perasan lagi. Lepas 2 hari baru terperasan butter ni takde logo halal langsung. Ingredients pun tak terbaca sebab tulisan semua cacing-cacing bahasa asing. Tulisan arab pun ada. Haih... Kan dah terkena. Masa beli tak terfikir pulak sebab butter kan mainly milk and dairy products aje kan. Langsung tak ingat isu Golden Churn suatu ketika dulu.  Biasa la suri-surirumah macam aku ni, tengok ada yellow tag ni laju je sambar. Harga tu yang penting kan. Hahaha...
Tak silap aku la kan... Pernah tengok kat ig online baker Muslim ni, dia pakai butter ni la. Sekotak dia borong untuk baking class yang dianjurkannya. Cemano? Mesti la halal kan? Mokcik dah google pasal  status halal brand ni. Tak banyak pulak hasil pencarian. Ada somebody dalam fb kata butter ni sesuai untuk orang yang vegetarian. Ah kira halal la yek... Jangan serabutkan fikiran aku. Kalu tak halal takkan dibenarkan dijual secara terbuka macam tu kan. Think positive. 
Slurppp... macam sedap je...
Ada sesape tak yang ada info sahih pasal ni? Aku tak makan lagi ni. Gatal tangan dah nak baking-baking. So, sila inform aku dengan kadar segera ye. Ni jenama keluaran negara Perancis kalu ikut hasil pencarian di google. Simbol logo kosher pun takde. Cemana ye. Cepat, cepat tolong aku merungkai misteri ni...
Citer pasal cik mek ni... Seperti yang aku pernah citer kat uols dalam blog ni, cik mek aku ni dah melalui latihan ke jamban. Siang hari tak pakai pempes la kan. Dan seperti diketahui jugak, minggu lepas aku balik kampung dekat 10 hari. Mula-mula 3,4 hari pertama tu ok la. Malam walau tido pakai pempes pun tetap kejut kitorang nak ke tandas. Which is good la kan. 
Tapi bila kat KB, lain pulak jadinya. Sebab? Kitorang hari-hari asyik keluar je. Melawat saudara mara lah, shopping la, JJCM la... Macam-macam. Disebabkan tu, aku pakaikan dia pempes time keluar. Memang kena pakaikan jugak la. Ada sekali tu, tengah jem atas jalan dia cakap nak kencing. Hah cemano? Nasib baik la pakai pempes. Takkan nak suruh dia tahan sampai balik rumah kan. Then, dah termula macam tu, terbiasa pulak la. Hadoi.... There goes my effort training dia letih-letih sebelum ni. Satu hal lagi, tiap kali nak kareb tu selalu dia tak cakap. Tengok-tengok tengah meneran dah kat ruang tamu atau kat umah orang. Tak ke sakit jantung kau?! Dah la umah orang berkapet-kapetan satu rumah. Pfffttttt!!!! Ini la cabaran untuk orang yang baru-baru potty train. Seelok-eloknya kalu potty train, jangan pegi mana-mana yang jauh at least 2 bulan pertama. Kesian dia dah terkonfius di situ.
Tak nak pakaikan dia pempes, dah memang ada keperluan di situ. Bila dah pakaikan tu, dia dah rasa malas pulak dah ke toilet. Kencing pun tak nak bagitau.... Berbezanya dengan Adam dulu. Eh Adam dulu bukan kuat makan  minum macam adik dia ni. Memang patut la tangki asyik kosong. Satu lagi masalah kalu dia tido siang... Memang nak kena pakaikan pempes jugak. Kalu kat umah Penang takpe la kapet buleh masuk mesin. Memang tak pakaikan pempes. Ni duk umah orang ni takkan nak buat macam tu jugak. Tak kuasa la mak nak sental kapet tebal orang.... Dan tido konfem kencing punya. Minum banyak la katakan. Padahal sebelum tido dah suruh ke tandas.
Dah balik Penang semula ni, kena start balik la. So far, bab kareb tak beres lagi. Dia macam takut-takut je.. Asyik terkantoi sikit-sikit dalam panties. Minggu lepas beli panties lagi. Buat stok banyak-banyak. Takde la aku stress tak cukup panties kan. Hai la dugaan anak nombor dua ni.
Skang ni walau keadaan memerlukan dia pakai pempes, aku make sure jugak dia tak basahkan pempes tu. Bolehla guna banyak kali kan. Tapi bukan nak berkira pasal duit sangat. Ni untuk kebaikan dia jugak kan.
K lah.. Nak bebel panjang pun tak dapek... Anak mak somel sorang ni dah start mengorder mac n cheese. Kelas anak mak. Serabut pun kelas jugak.

No comments: