Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, February 15, 2015

#1182 Me Vs Ke KB Pulok

Lepas habis tahlil 3 malam kat kampung encik Jack dan adik beradik ipar duai dah balik ke negeri masing-masing, aku pun gerak balik KB pulak.
Keje sepanjang kat KB mostly adalah JJCM. Kalu ikutkan Puan Menteri memang rajin memasak. Tapi aku la malas nak masuk ke dapur. Kat umah sendiri pun malas, ni kan pulak umah bukan sendiri lagi la berganda-ganda malas. 
First time rasa capers. Oh macam tu rasa nyer.
Pagi nasi Kak Wok, tengahari nasi pokok ceri, petang goreng pisang malam makan kat Panji. Pergh, kalu kat Penang macam ni jugak memang takde istilah gastrik kot. Memang keje buat taik je siang malam.
Ni time semua orang dah tido... Aku tersedar tengok-tengok dia tengah tengok tv sambil buat something. Buat apa?
Makan. Senyap-senyap sorang dia.

Oh berapa hari lagi nak balik Penang ni? Kalu pikir pasal makan memang tak nak balik. Tapi teringatkan pokok-pokok aku kat Penang tu, apa la citer. Baru nak menghijau dah kena tinggal balik tergesa-gesa emergency. Sayang sungguh kat benih sunflower yang baru bercambah tu. Huk aloh.... Dah la skang ni tengah musim panas. Serba tak kena rasa kat kampung ni. Sila bertahan ye sayang-sayang di Penang.

No comments: