Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 18, 2015

#1183 Me Vs Home Bound

Zaraa nanges-nanges time tido petang. Sambil tangan tekup telinga sambil nanges kata sakit... Sakit telinga? Teringat kat Semek kena jangkitan kat telinga masa demam dulu. Tapi Zaraa tak demam. Nape ek? Kebetulan Puan Menteri baru balik masjid, aku terus ajak pegi klinik. Adam baru je tido. Mula-mula ingat nak tinggal je dia dengan encik Jack kat umah biar aku pegi dengan Puan Menteri je. Tengok-tengok dia nak ikut jugak. So semua pegi la.

Puan Menteri ni mana puas hati kalu pegi klinik-klinik je ni. Dia mesti nak pegi hospital dia jugak baru puas hati. I is ok, ikut je mana-mana asal ada yang lead. Kul 6 sampai kat unit kecemasan HUSM. Skang ni A&E HUSM kat bangunan baru siap tu. Kalu datang sendiri memang tatau nak hala ke mana lah. Nasib baik la datang dengan staf pencen ni. 

Orang tak berapa ramai petang ni. Tak ramai pun dekat nak sejam jugak lah menunggu. Doktor tak cukup katanya. Time tengah daftar untuk Zaraa tu tiba-tiba terperasan mata Adam bertahi. Tadi masa kejut dia tido tu dah tengok mata dia berair dan merah. Tapi ingatkan sebab tak puas tido... Dah sah sakit mata la tu. Eloklah. Sekali harung terus 2-2. Kalu balik umah baru perasan memang payah la esok lusa tulat cuti 3 hari mana mau pegi jumpa doktor? Pening pulak aku memikirkan dia jangkit dengan sape. Balik kampung encik jack aritu takde orang sakit mata. Belah aku pun takde jugak. Memang takdir Allah nak jadi lah tu.
MA yang attend Zaraa tu mula-mula teropong telinga dan cuba untuk keluarkan benda hitam dalam telinga dia. Banyak kali try tapi tak dapat. Then panggil doktor lain pulak. Try pun tak dapat jugak. Dia cakap nampak benda hitam macam semut or kutu, tapi dah mati. Nak try kuat-kuat takleh sebab Zaraa dah start meronta. So, dia bagi antibiotik titik dalam telinga dulu. Suppose benda tu akan keluar sendiri la. Kalu still sakit, kena datang sekali lagi la. Huh, harap-harap keluar lah sendiri. Kesian dia terjerit-jerit sakit. Tapi kita nak tolong tak boleh. 

Dapat ubat dua beradik tu, terus balik. Hoho...home bound la esok lusa sampai balik Penang. Malam esok sepatutnya sepupu aku jemput dinner kat umah dia. Dah banyak kali dia ajak asyik tak berkebetulan je. Kelmarin dah set dengan dia dah yang kitorang nak pegi serang umah dia. Dah jadi macam ni pulak. Takkan nak pegi jugak. Kang jangkit kat anak-anak kecik dia kesian pulak. Lagipun Nabi tak kasi kan kalu kita tengah sakit yang berjangkit untuk keluar rumah ke mana-mana. So, lepak umah je la.... Melepas lunch kat umah Datuk Mufti sekali esok... Takde rezeki nak join kenduri akikah datuk Mufti Kelantan. Huhhuuu...
Dah takleh ke mana-mana ni bosan lah semua orang. Petang tu keluar la kat laman berpiknik. Kelmarin Puan Menteri beli goreng pisang lepas balik semayang Asar kat masjid. Tak sempat makan sebab berkejar ke hospital bawak budak-budak ni. Hari ni perangat balik, makan dengan bihun goreng. Heaven.... Pisang nangka hari ni the best of the best. Habis licin aku makan sorang. Sorry ye orang lain!
Tak pernah lagi terkena time balik kampung macam ni. Selalunya setakat demam batuk selsema aje... Cakap pasal batuk ni kan.. Bila la batuk aku ni nak baik. Macam neverending aje. Tak larat nak pantang dah. Panas-panas ni aku belasah jugak air ais-ais... Nak tunggu batuk habis entah bila...

No comments: