Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, February 20, 2015

#1184 Me Vs Di Sana Mati Di Sini Mati

Cuti lama lagi kan. Tapi kitorang dah gerak balik Penang hari ni. Saje je balik awal. Sampai kat umah, memang macam yang dijangka lah, pokok-pokok aku yang baru bercambah aritu semua mati. Yang tunggu masa nak mati pun ada. Sedih sungguh. Baru nak naik elok, dah kena tinggal dekat 10 hari. Jiran pun balik kampung. Alahai... Part ni yang paling leceh nak tinggal pokok ni.

Balik kampung Puan Mentri aritu ada ambik anak pokok kari nak tanam sini. Tak tahu la hidup elok ke tak. Dulu masa awal-awal dok sini dah try tanam pohon kari tapi tak hidup. Nampak gaya aku kena restart from scratch balik la. Leceh betul.

Sori takde gambar. Mokcik frust sangat tengok pokok-pokok dalam pasu yang mokcik tinggal ni.

No comments: