Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, March 4, 2015

#1187 Me Vs Keje Aku 2,3 Hari Ni

Haiii.... Rasa macam baru berapa minggu je balik dari kampung.. Dah tahu nak makan apa dah... Encik Jack request nak makan lontong... Kes teringat air tangan mak dia la ni.... Hehe... Blog Diva series tak pernah masak lontong. Nasik impit tu pernah la masak... Zaman kat kondo dulu sekali dua camtu la.. Makan ngan soto kot? Lontong memang tak pernah masak sendiri. Ada la tengok MIL masak masa pagi raya. Tengok dengan buat sendiri adalah 2 perkara yang sangat berbeza bagi orang benok macam aku haha..
Macam biasa la kalu aku nak masak something yang aku tak biasa ni wajibul la aku tanya situ sini. Bilis nak kena goreng dulu ke tidak. Kuah tu nak kena tumis ke tidak. Asam keping buh ke tidak.. Sengkuang MIL bubuh ke tidak.. Things like that. Memang la pokcik Google mu ada dan boleh jawabkan... Tapi don't forget that jawapan pokcik Google kekadang banyak melibatkan resipi-resipi yang mengarut dan tak dapat diterima dek tekak emas Blog Diva. Mas spuloh nih!
Nasik impit dah masak siap-siap semalaman sebelumnya. Pagi esoknya just masak kuah and sambal ikan bilis je.. Goyang weh nak masak benda yang aku tak biasa ni. Takut tak mencapai his expectation. Susah jugak kawen dengan anak jantan excellent cook nih weh..
Berkelentung-keletang gitu gini, last-last siap la jugak  Aku rasa macam takde la menjadik sangat. Tapi Encik Jack dah angkat ibu jari.. Beranggapan itu cuma markah kesian, layan je la... Makanya lontong ni lah brunch dan late lunch kitorang. Malam makan nasik dengan kicap ngan telur mata kerbau . (Negara aku panggil telur mata kerbau. Negara Encik Jack panggil telur mata lembu.) Siang tadi kemain kan makan macamlah negara kau raya sampai 3 kali tahun ni. Malam terus lauk Bersamamu!
Tukang kecap telur mentah.
Citer pasal telur goreng ni kan... Ada citer lawak spanar nak share... Masa aku sibuk-sibuk masak nak dinner tu (masak telur pun sibuk?heran tak?) Henpon aku parking atas meja makan. Masa duk siapkan hidangan tu (hidangan? kemain...telur goreng ngan kicap je ponnnn) ada la dengar bunyi snap-snap gambar. Ingatkan encik Jack duk ambik gambar Zaraa, which is something common in this house.... So, tak kisah la kan.

Lepas masak, makan, kemas dapur bukak-bukak henpon tengok ada gambar telur goreng dalam gallery. Adeh, kelakar siot rasa. Molek pulak tu dia ambik... Tapi ofkos la ada 2 versi. 1 versi menjadik. 1 versi failed. May I present you....
*gelak guling-guling 
Ni lah suspek telur goreng tu.
Skang ni walau cuaca panas terik, hobi tetap jalan. Either awal pagi or lewat petang lah aku berkebun. Kebun? Mana? Kebun dalam pasu ehem. Since pokok lilies aku dah stop growing kat balkoni atas, mokcik pun hins hins hins la mengangkut turun untuk masuk wad diorang ni. Kes tanah dah padat sangat la ni. Dan kurang kasih sayang. Dan kurang air. Huhu.. Dasat la tuan mu ni.
Kelas membuat kompos dengan Zaraa. Mu ado?
 Kali ni kasi chan lagi Zaraa play with dirt. Ajar-ajar sket anak tu main tanah. Biar dia tahu asal usul kita yang dijadikan dari tanah ni... Ececeh.. Aku nak ajar anak aku ke nak ajar anak orang? Tengok tuuuu... Stylo kan aku berkebun siap ada magazine kat tepi... Kehkeh... Itu lapik bontot aku tuh.. Kesian kan diorang posing sakan tapi berakhir dengan penuh tragis sekali. Tu lah, jangan eksaited sangat dapat masuk magazine tuh.
Tanam awal-awal dulu guna berapa bijik je bulbs dia. Now see... setambun dah. Kalu edible kan bagus... Boleh jadi penanam bawang online. Ngeeee~~~ Tak kelas langsung kan cita-cita. Masa aku bawak turun semua pokok ni tinggal bulbs aje tertogel-togel. Daun semua gondol. Bila dah duk bawah ni, tetiba gelenya pulak dia nak berbunga. Attention seeker sangat kan! 
Nak attention sangat kan... Nah aku kidnap letak tepi sinki basuh pinggan. Boleh tengok muka tuan kesayangan mu ni tiap hari. Malam tuan tido jangan nak ngengada. Esok kembang la kot kelopak dia... Tepi pasu tu yang kelihatan tak semegah tu benih sunflower baru nak bercambah... Excited! Tapi kan... Benih banyak bercambah... Tapi cuaca tak sesuai lagi nak transfer... Cemano? Benih ni dah lama aku semai.. Tapi ni baru bercambah... Aku dah givap dah hari tu... Tapi bila tengok tetiba bercambah ni... Berbunga pulak hati. Emmm... Hati berbunga dulu daripada pokok hahahaha...
As for the kitchen herbs... Banyak yang menghampakan. Ini pun dah hijau balik. Tinggal 9 hari balik kampung hari tu dah semua keperangan dah. Bertani ni banyak sebenarnya halangan. Kalu tak kena semua yang aku sebutkan ni memang nasib baik sangat la... Frust tau... Tanam pokok limau purut, tak tau apa yang silap. Pokok dia keluar pucuk 6 bulan sekali. In between memang takde perubahan la. Bila pucuk naik, ulat pulak makan. Cekap betul antenna ulat. Kekadang aku jentik ulat biar jatuh atas tar panas-panas tengahari tu. Harharhar gelak stail Rika Sumanto. Sadistic jugak aku ni walau berjiwa kebinatangan pun.
Lalang. Serai.
One thing lagi, apasal pokok yang kita tak tanam tu survival skill dia lagi mantap dari pokok yang sengaja kita tanam dan belai. Sakitnya hati aku herrrrrr...
Zinnia ni masa naik sikit nyer gemok. Tinggal 9 hari datang-datang balik dah kerinting daun dia. Apakah?
Tengok pudina ni je la sejuk ati sikit. Tinggal 9 hari datang-datang nak penuh pasu dah. Pandai lak dia bawak diri. Aku tanam pudina ni semata-mata nak memenuhi nafsu tengok je.. Memang hari-hari la tengok... Pastu tatau nak buat apa hehehehe... Tau la daun ni sedap diseduhkan dalam air teh o panas... makan dengan kuah laksa penang... Tapi tak pernah implemen pun. Tak minat. Minat tengok aje.. Pastu fefeeling macam kat oversea apa kes entah. Dalam pasu ni jugak nampak anak-anak tomato dah mula bercambah. Dah pulak. Bila entah aku tabur. Lama giler baru nak naik. Tu pun dah ada daun selamat dimakan ulat dah.. Hai.. Halangan, halangan... 
Now ni sejak balik kampung baru ni Puan Menteri dah berjaya pujuk Adam untuk semayang. Alhamdulillah.. Belum perfect lagi semayangnye.. Wuduk pun tak ambik. Slow-slow la... He's improving.. In sya Allah and alhamdulillah some more. Melting maknye tengok anak-anak sama encik Jack semayang jemaah... Awwwww.....
Tapi part ni yang hati pecah berderai sekali. Malas nak citer. Tengok gambar sudah la. Deeply, deeply sadden... Tapi apa boleh buat. Ah malas ar. Sentap banyak kali dah. Tapi tetap tak merubah apa-apa. Zip molot.
On contrary, aku dapat surprise letter... Hehehe... Sepatutnya tak surprise pun.. Ni envelope berisi benih sunflower 2 spesis.. Sahabat dalam group Kebun Bandar yang hantar. Tq si pemberi! Semoga Allah membalas jasa baik you! Dah lama dia nak hantar tapi disebabkan sebab-sebab tertentu terlewat sampailah ke hari ni... Better late than never! Tq again!
Disebabkan banyak benda happy yang berlaku, Blog Diva belanja satu gambar rare... Rare tau!


























.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Dua-dua tu basikal Adam! Hahahahaha.... Nampak macam aku naik mountain bike kan... Padahal tu basikal budak. Camouflage sangat kan... Dah saiz mak sama kiut dengan basikal... Habis tertipu korang kan.... Wakakakaaaaa.... Nasib baik tukang ambik gambar ambik angle ni. Nampak la basikal tu besar.. Hihihi...

Berapa puluh tahun dah tak kayuh basikal wehhh... Release tension mak setahun ni... Alhamdulillah ...Thank you Allah for this chance...

1 comment:

jie @ azie said...

comeeii mok ore naik beskal, hihihi. like 100x