Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 24, 2015

#1189 Me Vs Recent Updates

Banyak gambar dalam entri ni throwback semata-mata. Kan dah lama tak update blog kan.. Blog Diva ada komitmen lain beberapa bulan kebelakangan ni. Di samping Mek Zaraa ni asyik berebut laptop nak main masak-masak (online game) katanya. Dah tak nak kasi dia obses kan kenalah sorok laptop dari dia... Dengan aku-aku sekali la takleh buat keje.. Cheyyy 'keje'... Ye lah... Ingat korang je ke ada keje... Mentang-mentang Blog Diva mengaku tak bercita-cita tinggi kaaaaaaaannn... Haiiipp.

Gambar atas tu dah berapa minggu dah.. Aku bake butter cake resipi Azie Kitchen kot... Rasanya la. Kek butter ni memang diakui sangat-sangat moist... Aku buh dalam 4 bekas, bakar sekali. Tapi semua warna kulit lain-lain. Masa untuk menyalahkan oven kan. Kek butter ni aku makan separuh. Separuh lagi macam biasa la, tong aku yang makan. Haha.
sebelum sakit memang chubby laki aku. Now dah boleh jadi ratu kebaya.
The new member of our tiny family. Semak sangat dah porch umah ni. Basikal 2 bijik. Motor sebijik. Keta sebijik. Petang-petang bebudak ni memang demand la nak meronda keliling taman. Kekadang sampai terpinggir aku sorang-sorang kat umah.. Mulanya ingatkan tak muat nak naik 4 beranak. Banyak hari jugak la aku tengok je diorang merempit sana sini. Takpe lah kasi satu taman tengok encik Jack bawak anak-anak pusing taman. Biar semua tahu encik Jack anak dua hahahahaha... *Last-last try naik oh muat rupanya.. Lepas tu feeling-feeling macam nak satu taman tahu aku bini dia pulak... Watde....~~~
Minggu lepas cuti sekolah seminggu kitorang tak balik kampung. Memang dah plan tak nak balik pon. Kebetulan pulak start dari hari Ahad tu lagi encik Jack entah apa kena datang sakit misteri dia.. Penyakit kembung perut. Memang sebelum ni ada la sekali dua setahun dia jadi camni. Tapi sebelum-belum ni paling lama pun sehari la... Then dia ok. This time memang seminggu down. Heran jugak. Kesian dia.. Guling-guling sakit perut. Selaku pesakit perut tegar, memang simpati lah aku kat dia. Dalam hati jeles pun ada. Ye lah... Orang lain sakit, ada gak tukang sapu minyak kat perut... Urut perut... Siapkan meal... Hantar ubat ke lutut... Cubalah kalu aku yang sakit.. Sendiri sakit, sendiri masak, sendiri makan, sendiri sapu ubat, sendiri jaga makan... Baru seminggu kena pantang makan dah jelir lidah... Dulu dia penah cakap kat aku, kalu dia boleh beranak dia nak je tolong beranak sebab aku ala-ala malas beranak dah kan... Haaaaa... Beranak memang aku boleh terima la kalu dia sanggup... Tapi tang pantang tu hmmmmm... He's never gonna make it... Hahahaha... His body totally disfunction if there's no icy cold water. Haaaa nak pantang beranak tang mana tu? So, lepas seminggu perut dia makin ok tu, dia request nak makan lamb korma. Layan je la.. Aku makan budu dengan pauh putih tu je cicah ikan goreng dengan ulams... yummmss lah... No need lamb-lamb one lah.
Panas-panas ni bikin ice lollies memang layan lah... Tapi satu je tak best... Apasal lambat sangat nak keras dalam bekas ni. Bekas dah smart dah tengok. Memang best ar buh air ribena bancuh pekat-pekat sikit biar feel macam eskrem beli... Memang rasa macam store-bought pun. Dapdapdap... Terlajak laris la jual kat budak 2 orang ni. Tak cukup eskrem ni (kan 4 je boleh sekali buat), aku tambah dengan eskrem plastik kingkong tu... pun habis jugak... Memang highly demanded la time panas-panas ni...
Mek Zaraa aku ni kelmarin aku potong rambut dia. Sehari sebelum tu aku potong rambut aku. Encik Jack la suruh potong rambut Zaraa pulak. Masa dia tengah main air dalam toilet aku terus capai gunting dan potong rambut dia. Tak sempat dia nak bebel. Hahaha...  Self cut ni memang ada rough edge la sana sini. Peduli apa aku. Rambut aku pun gerigi-gerigi jugaknya.. Tak reti ah nak potong-potong kat kedai.. Kelmarin baca status kat fb, dia pegi potong rambut secoet je kena RM72... No wash no shampoo.. Just a plain cut. Hohoho... Pastu meroyan kat pesbuk sape suruh. Dah sah-sah la kedai ternama tu cekik darah. *well tak ramai yang sanggup hidup minimalis macam aku, aku tahu. Hidup aku memang tak grand. Tau.
Tapi bila dah pendek cenggini payah pulak nak ikat. Asyik terlepas je... Ke nak kena potong pendek terus ni? 
Cik Mek kita ni dah almost 2 bulan dah kot tak pakai pempes. Siang hari di rumah la. Kalu keluar jenjalan lama-lama tu aku pakaikan jugak. Now part wiwi ok takde masalah dah.. Malam pun dia bangun pegi toilet walaupun pakai pempes. Cuma hajat besar-besar ni yang aku pening lagi ni.. Tak tahu dah cemana nak train dia. Asyik TER dalam seluar aje... Seminggu bukan sekali dua je kitorang kena kutip bahan buangan dia atas lantai, atas tangga dalam umah ni. Hangin la... Tetiba je terpijak kan... 

Sebelum ni time berpempes dulu aku perasan dah.. Dia style kareb sikit-sikit. Sekali keluar macam kacang pis gitu je. This happen berkali-kali dalam sehari sampai la dia kareb betul-betul... Imagine la bila tak pakai pempes ni cemana.. Horror tak kau rasa. Sampai satu tahap hubungan aku dengan dia dah ala-ala love-hate relationship dah hahahahaha... bencinta manja-manja je.. Sebab both parties frust kan bila masing-masing saling tak comply. Huhu... 

Macam-macam cara try dah.. Kadang-kadang time ternampak dia tengah meneran time tengok tv tu cepat-cepat ajak dia g jamban, memang terus terkensel hajat tu tadi. Hadoiii... Dah tu time kita tak perasan tu selamat la projeknya. Seriyes penat weh hari-hari same drama. Drama malas kareb kat tempat sepatutnya. Boleh?! Bercinta la nak pujuk dia lepas hajat kat jamban. Selalunya dia datang menyerah kat aku lepas hajat setel terbonjol dalam seluar. Hadoiiiiyaiii.. Kadang-kadang langsung tak bagitau. Tahu-tahu dah terbau di situ. Kutip, sental. Loop. Sampai satu tahap, tukang train ni dah rasa discourage. Kalu dia kecik, harus sah-sah aku pakaikan pempes kat dia balik. Ni no choice la pempes dah takde size.

Nak buat cemana ek kes kareb camni? Dekat 10 kali sehari asyik TER sikit-sikit tu. Habis stok panties kadang-kadang. Adam dulu langsung tak macam ni. Adam dulu tu kes lain, totally different. 

Eh macam keji je kan duk bebel pasal kareb. Tensi mak nak oi. Tukar topik meh.

Ni anak benih epal.. Ye epal yang kita makan tu.. Yang beli kat pasaraya tu.. Tetiba time potong nak makan tu tengok dah bercambah... Terus hot-hot chicken shit ambik gi semai dalam pasu. Dalam group tanam-menanam yang aku join tu memang dah ada yang tanam epal ni. Hidup dan membesar lebih besar dari tukang tanam dah pun. Cuma belum berbuah aje. So, aku just tanam je la. Kalu Allah izin, membesar dan berbuah la dia. Kalu takde rezeki aku pun takpe. No harm. Tanam untuk suka-suka aje..
Dah 2 minggu lebih kot. Hidup lagi tapi macam tak besar-besar dah. Panas sangat kah? Dah boleh bubuh baja kah? Tak cukup cahaya kah? Terlebih air kah? Cepatlah besar... Suka tengok pokok dari negara 4 musim ni.. 

No comments: