Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 31, 2015

#1191 Me Vs Mok And Abah, The Real Ever After Story

:( 

Baru 2 minggu arwah Mak pergi menghadap Penciptanya.. 2 hari lepas Abah pulak menyusul.. Allahuuu... Beratnya dugaanMu terhadap kaum keluarganya... I am deeply sadden by the news... Mak dengan Abah ni parents angkat aku lah kiranya. Zaman PMR dulu aku bff dengan Aya, anak diorang ni. Family diorang macam family aku jugaklah. Aku panggil mak Aya, Mok. Aya panggil Puan Menteri, mama. In fact, semua keluarga Aya pun panggil Puan Menteri mama.. Those were the days... Kitorang sangat-sangat rapat... Sampai lah Aya kawin masa aku kat USM. Lepas tu dah jarang-jarang jumpa. La ni aku pun dah anak 2, lagi la tak berjumpa dengan dia... Walaupun rumah mak-mak kitorang kat kampung menyebelah je, tapi tetap susah nak find time nak bergathering. 
All pics are snatched from Aya's fb.
Dulu masa PMR selalulah almost every week kalu aku tak gi tido umah Aya, Aya yang datang tido umah aku. Mostly dia la yang tido umah aku sebab umah aku rakyat tak seramai umah dia hehe. Mak-mak kitorang memang sama sporting, so no hal la nak tido umah saper pun asal diberitahu awal-awal. Kekadang pegi tido umah dia dah lewat malam, abah tak tahu pun aku ada kat umah dia. Esoknya bangun pagi keluar bilik terperanjat abah tengok aku kat situ. Selalunya ayat sapaan first yang keluar dari wajah senyuman penuh serinya, "Oohhh anak abah ada kat sini rupanya"... Huuuuuuuu.... Teringat sangat kat ayat dia ni.  (Abah orang Bota, Perak... Walau dok Kelantan bertahun-tahun tapi masih cakap luar jugak.)
Family diorang ni walau tak kaya harta dan wang ringgit, tapi sangat-sangat close to each other. Selalu bergurau senda dan usik-mengusik antara satu sama lain. Memang sangat-sangat menyenangkan la. Suka sangat tengok abah dengan mak kat umah... Abah suka citer love at his first sight dia kat mak dulu masa mula-mula jumpa. Abah dulu keje pegawai Emigresen... Mak pulak duk dekat tu ke keje dekat-dekat tu gitu la. So dari situ la diorang jumpa... Abah memang romantik dengan mak. Sokmo terngiang-ngiang masa aku makan kat umah diorang, mak masak biasa je pun... Tapi abah makan berselera sambil puji depan-depan kitorang, "sedap ayang masak hari ni" sambil gelak-gelak sambil suap nasik...  Awwwww.... Sweet kan abah. *sobs..
Sehari sebelum meninggal.... Sobs
Sehari sebelum abah meningggal, dia masuk wad sebab ada masalah pernafasan. Abah memang pernah kena strok, ada heart history, kencing manis.. Sebelum ni pun memang Aya kata dia kerap keluar masuk wad sebab demam tapi ok je pastu. Tapi kali ni demam sampai berpapah takleh bangun. Semangat pun down. Pastu dia macam heart break la lepas mak takde ni. Aku dah terfikir dah masa Aya post status mak meninggal 2 minggu lepas... Dalam hati aku tertanya-tanya macam mana abah nak teruskan hari-hari dia tanpa mak? Selama yang aku kenal diorang ni, diorang tak pernah berpisah... Selagi sihat, ke mana-mana pun together-gether... Dalam hati aku dah ada sedikit kerisauan.. Tapi nak sedapkan hati, ok kot sebab abah kan lelaki.. Lelaki kan kuat semangat tak macam pompuan.. Tapi Aya share, katanya memang abah rindu kat mak.. He kept crying constantly lepas mak meninggal... Huuuuuuu *sobs
Ini gambar arwah mak di hari-hari terakhir hayat dia.. Alhamdulillah... Kalu aku jadi mak, satu rahmat dapat meninggal di sisi suami tercinta.. Allahuuuu... Sedihnya aku bila tengok gambar ni... Terkenang segala detik pahit manis kitorang dulu-dulu. Kenapa ye... bila orang yang kita kenali diketahui meninggal, maka automatik akan TER-rewind segala memori bersama.... Satu persatu... And it breaks our tears...
Cinta hati abah kat mak memang sampai mati. Jasad arwah abah disemadikan sebelah pusara mak katanya. Alhamdulillah sehidup dan semati diorang ni... Berair mata lagi teringatkan kemesraan diorang...  Susah kan nak jumpa loving couple macam ni... I love them, sungguh. Tapi sayang sekali 2-2 aku tak sempat jumpa di hayat terakhir mereka.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, memudahkan segala urusan di sana dan menempatkan mereka di kalangan roh orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.


No comments: