Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 2, 2015

#1192 Me Vs System Down.

Eh skang ni dah takde dah orang tanya bila nak update blog ye... Hahahahaha... Aman! Nampak sangat kan career sebagai Blog Diva dah selamat terkambus di situ. Wakakakaka... Kalu tak, 2 hari tak update blog pun dah bising di semua laman sosial yang aku ceburi.. Memasing ala tak puas hati kekonon kalu aku tak update. Padahal yang bertanya pun dah pat tahun takde updates... Yang langsung blog pun tak sign up lagi keji kan dok bising kat aku... 
Tukang masak jiwa celaru.
Hari ni tak tahu apa kena dengan aku. Rasa lemau selemau-lemaunya. Satu body system shut down. Sakit urat sebelah kaki. Seminggu dua ni almost everyday jugak la bertungku sendiri-sendiri. Selalunya sakit-sakit urat ni kalu aku tenyeh tungku tu ada la mendatangkan relieve jugak. Tapi kali ni tak. :( Sakitnya tu di sini.... Rasa macam seret kayu balak kat kaki kiri ni. 

Time ada masa tu bakar la batu tungku atas dapur gas.. Tapi cik kak kita ni satu hal. Skang ni dia sangat jarang tido siang. Kalu tido pun dah dekat-dekat senja. Pastu malam meroyan la cik kak kita sorang-sorang takde orang nak layan. Tak koser... Tu lah, tengahari tak nak tido. Bila dah maghrib baru tido, bangun lak kul 10 agak-agak la ko rasa.

Sungguh hazabedah ke laut aktiviti bertungku aku. Baru nak sedap-sedap panas kaki, Mommy nak kencing! Mommy nak susu/ghebina/sighap/kertas nak lukis/coklat etc. Belum lagi kira yang TER-TER kareb dalam seluar tu. Pfffffttttttt!!!! Did I story you pasal style dia kareb sikit-sikit tapi patpuloh kali sehari? Ok tipu. Sploh kali je sehari. Je?! Nak pitam iols kekadang tau. No kidding ni. Skang ni kan aku selalu cam tak cukup tido banyak study. Bukan la lewat sangat pun tido. Tiap malam average 11.30-12.00 gitu la aku landing atas katil. Tapi tido tak smooth mana sebab cik kak kita ni selalu menjerit tengah malam. Tak koser weh. Kekadang tak kira kul berapa dia terbangun meraung tu, aku jerkah je. Terus senyap. 2,3 malam boleh ar layan kalu terjerit-jerit tengah malam. Kalu dah rutin weng jugak aku tiap malam 4,5 kali tersedar mengalahkan dalam pantang. Style jerit bukan malu-malu ye, ni style 5 oktav bergear 5 terus. Tak sakit jantung tengah tido ko rasa?

Pagi 6-6.30 dah kena bangun. Nasib baik Syuruk lewat kan skang.. Siapkan Adam (nasib baik anak bujang aku tak makan breakfast), siapkan beg sekolah dia, terus smayang Subuh. Lepas smayang Subuh siapkan breakfast encik Jack pulak. Cik Abe aku ni style tak reti makan ringan-ringan. Paling ringan yang dia layan- roti sosej, burger or telur separuh masak. Setakat roti jem, penkek, french toast bagai, kemsalam! Tapi aku ikut mood rajin jugak. Fedap jugak asyik kalu tak mi goreng, nasik goreng. Kalu tak nasik goreng, kue tiau goreng. Tak pun bihun goreng. Tak pun nasik lemak. Semua yang berat-berat. Tukang masak serender boring masak yang sama. Nak buat laksa laksam ah malas lah... Pepagi nak kena mengukus tak la kot.

Setel masak breakfast (ni citer time rajin la, time malas aku tak masak pun...dia akan paham-paham sendiri dan cari makan kat kedai mamak sanggup tu), Zaraa pulak bangun. Bila cik kak kita dah bangun, nak tido pun kemsalam lah. Ekceli dia tak kacau pun. Cuma tu lah. Sekejapan dia nak kencing... Cik kak kita sehari tawaf ke jamban sploh kali kot. Kekadang tu baru je keluar jamban tak sampai sejam, ajak le tour de jamban sekali lagi. Kalu kencing memang laju la dia mengajak. Kalu kareb, bercinta pihak kita ni nak pujuk suh dia melepas kat jamban. Selalunya intro-intro kareb dia TER-kan dalam spender je.. Bila yang dah real/final baru buat kat jamban. Tu pun tak tentu jugak. Ada jugak kes selamat melabur dengan jayanya dalam panty. Sakitnya tu di sini herrrrrrrr.... Tahun depan dah nak skolah cemana ni asyik TER dalam panty je... Stok panties habis sehari tu perkara biasa baq hang.

Sehari dua ni cik kak kita macam berminat nak kencing kat jamban orang dewasa. Jarang sangat dah skang ni kencing kat jamban dia. Tapi itu lah, bila nak kencing kat jamban kita ni kena angkat la dia. Imagine la hari-hari zombie kau gelap mata. Baru je nak terlelap, dia jerit nak kencing sambil kepit-kepit celah paha. So kena bangun cepat-cepat la kan. Dalam gelap-gelap mata kena angkat dia atas toilet bowl tu lagi... Time tu la rasa nak termintak nyawa kat orang. No kidding. Disebabkan faktor-faktor gangguan sebegini la, I would rather not to fall asleep. Ejas la cemana pun jangan bagi terlelap. Penat otak weh.

Okay, back to main story. Hari ni kan macam system down. Kul 10 bukak esbok untuk thawkan lauk-lauk frozen yang terpilih nak masak. Entah berapa kali tukar menu dalam kepala. Encik Jack awal-awal request nak ayam percik... Pastu tak jadi... So aku suggest mi hailam. Bawak keluar la semua yang nak masak seperti gambar di atas... Sesambil tunggu Adam balik sekolah tu boleh pulak teragak-agak nak masak tu. Takut Adam tak nak mi hailam. Nasib baik hidden card belum bukak. Baru ni beli Nasi Beriyani Brahim's dalam kotak tu sesaje nak try. So, aku reheat nasik kotak tu je la... Sib baik member tak komplen. Nasik tu ok... Ada lauk ayam (sebab aku beli yang ayam...) Cuma a bit dry je la. Sesape nak makan ni make sure beli kurma/kari brahim tu sekali buat kuah. Pada aku ok la, boleh makan. Sesuai di bawa ke trip yang mahal kalu nak makan luar. 

Gambar bawah-bawah ni semua menu kelmarin. Normally, lepas aku berjaya menghasilkan menu tebabo macam ni, 10 saat pertama akan rasa lega dan bangga. Saat ke 11 dan seterusnya pulak akan garu kepala for the next menu. Korang cemana?
Budu + tempoyak + pauh cincang.
Ulam + petai jeruk.
Sup daging.
Ikan rebus
Okaylah... Cik kak dah banyak kali mintak susu. Susu dah berganti botol. Tidonya tak jugak. T_T

No comments: