Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, April 8, 2015

#1194 Me Vs Truth Is Always Bitter

Lama dah tak tengok Adam? Nah aku belanja 2 gambar. Cik Abam kita ni aku pening sket skang.  Tadi balik sekolah buat muka tak puas hati ngamuk bentak-bentak cakap orang lain semua pakai baju sukan, dia je pakai baju sekolah. Aku diam je la. Not my fault weh. Salah sape tak bagitau aku. Ada cikgu bagitau aku ke? Aku ke yang pegi sekolah? Sendiri salah sendiri salahkan orang pulak. Muak dah aku, selalu macam tu. 
Cik abam kita ni memang takde istilah peer pressure bagi dia. Peer pressusre yang dia tahu cuma bila tengok kawan-kawan dia semua ada ipad. Minggu lepas masa tengah lunch, tetiba dia terkantoi cakap "tadi masa kelas Linus, blablablablabla...." Aku pandang encik Jack, Encik Jack pandang aku. Ooo... Eh, anak aku masuk Linus ke? Wakakakaaaa... Sakitnya tu di sini weh. Ingatkan masa darjah 1 terselamat dari Linus forever and ever la tak masuk Linus dah. *sigh.... Apa la nak jadi dengan cik Abam kita ni. Kitorang as parents memang langsung tatau apa-apa. Bukan tak tanya kabar anak, tanya. Tapi tahu-tahu la cik Abam kita ni kalu dia cakap pun kitorang tak paham. Entah la... Ingatkan makin lama masuk sekolah ni dia peer pressure dan akan ikut flow.. Rupanya tidak.

Kitorang agak la, mesti masuk Linus sebab Math dia sangat poor. Linus tu pebenda ek? Tak paham aku. Tapi kalu Math memang aku tak pelik la. Kat rumah bukannya tak buat latihan. Bukannya kitorang tak belikan buku latihan ekstra. Beli. Dah buat. Banyak dah. Tapi nak buat cemana ek kalu kita ni je yang duk push dia. Dia sendiri tak ambik port pun. Paham la kan dia tu budak. Aku sendiri pun masa baya dia dulu tak terer Math. Orang dapat A, aku dapat B or C sometimes. Add Maths pun C6. Hahahahahahaha.... Tu lah... Kalu Adam tu terhasil dari aku sorang, aku buat tak tahu je. Ye la... Kita ajar la. Tapi kalu dia takleh cope tu aku terima je la hakikat Maths is not his forte. Tapi bila gu aku ni perfectionist, peer pressure lah mak nya. For me, it's okay... Tak pandai Math is not the end of the world. Sebab dalam pelajaran dia, aku ada nampak kelebihan dia dalam subjek lain. Tapi nak buat cemana, arus pendidikan zaman skang ni kalu tak skor Math, memang free-free orang cop tak pandai.

Aku tahu asal-usul Adam tu. My mom always told me, kena syukur banyak-banyak dah Adam setara sekarang ni. Cuba ingat balik what happened to him kat NICU dulu. Memang la dia ni slow sikit compared to other kid. Tapi alhamdulillah... walau banyak slow pun, ada jugak subjek yang dia lagi ok dari budak lain. Ada jugak kelebihan dia. Biasa la kan. Takkan semua orang dilahirkan pandai semua subjek. 

Dia boleh berjalan, bergerak sendiri. Boleh bercakap (walaupun banyak citer dia yang kurang difahami). Boleh makan sendiri. Kena syukur lah kan. Nak buat cemana dah aku kat Malaysia. Kat negara lain mungkin tak cekap Math tak jadi satu masalah. Banyak je jutawan, multibillionaire yang sebelum ni school drop out kan... Kesimpulannya untung nasib setiap manusia tu takde sape yang tahu. 

Back to story, lepas Adam terkantoi bagitau pasal Linus tu... Terus la aku down banyak hari. Tahu lah dia memang slow subjek Math. Tapi tak sangka pulak dia kena masuk Linus. Entah start dari bila dia masuk Linus pun aku tak tahu. Tak terkata sekejap. Sedih. Tapi nak buat cemana. Terima je lah baik buruk dia sepertimana dia terima baik buruk mak bapak dia. Because we don't have a choice.
Ingatkan nak citer sikit je pasal Adam, tengok-tengok berperenggan-perenggan memceceh pasal dia kan. Matilah kena kutok dengan geng umi-umi ibu mithali lain. Ye, aku tahu ada umi-umi lain yang kat blog 100% citer pasal benda baik-baik aje... Ok say I'm a bad mom with a bad mouth.. Zip-zip-zip.... Ok disebabkan tak tahu nak masak apa dan sambal kelapa dan ikan belen buat nasi kerabu aritu ada lagi, makanya tanya boss dan boss approve buat nasi kerabu part 2. Membiru lagi lah hari ni.... Nasib la kan kebajikan rakyat kelantan di Pulau Pinang terabai katanya...
Korang makan apa?

No comments: