Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, April 8, 2015

#1195 Me Vs Princess Hype

Semenjak dua menjak ni Cik Kak kita ni asyik nak princess-princess-princess je. Pening haku. Kalu dah budak pompuan tu memang gitu lah. Minggu ni program tv memang kebetulannya banyak tema princess.. Enchanted.. Maleficent.. Tangled.... Alice In The Wonderland (princess ke?)... Herbie (lagi la bukan princess)... Hahahha...
All enchanted by Enchanted.
Skang ni Cik Kak kita ni suka benar la benda girlie-girlie macam seluar-skirt camni... Beli sekejap je boleh pakai. Pastu ketat. Haih... Dah anak 2 pun tak reti-reti lagi nak bajet body anak walau keluar sekali time beli pun ;p 
Alhamdulillah... Cik Kak kita ni memang berminat jugak tulis-menulis, lukis-melukis dan kaler-mengaler. Encik Jack kasi kertas A4 terpakai kat dia sebeban... Suka la member banyak material dia boleh curahkan bakat terpendam dia. Jimat duit daddy beli kertas (save the tree save the world remember?)
Pegi kedai DIY, beli stationery kat dia.. Magic pen ke... Marker ke... Dah cukup untuk hype kan dia... Balik rumah memang terbongkok la sorang-sorang tak kacau orang sehari.
Tengah sibuk-sibuk kat dapur dia datang tunjuk hasil nukilan dia kat aku. Eh, terkejut mak nak. Ala-ala  versi 'tanjat gegirl' gitu... Hmmm... This is something new ni. Selalunya dia lukis smiley face aje... Dia cakap yang pink tu bunga pink dia (zinnia pink yang aku pernah tunjuk sebelum ni).. Yang kuning tu sunflower mommy katanya.. Ye lah nak... Sunflower mommy 5 pohon musnah dibaham dek apa tak tau la.. Sekelip mata tinggal batang je.. Misteri tak? Pagi tu aku siram, tengahari dah lesap. Stress aku terkenangkan sunflower aku yang dah keluar kudup bunga tapi tak kesampaian tu. Cilakak... Apa benda la pelahap makan pokok aku. Kalu kat umah Puan Menteri buleh la nak speku lembu kambing... Sini hanjing aje ada. Anjing makan sunflower? Kelas ko Jah.
Anak perempuan saya.
Versus anak lelaki saya.
:(

Cik Kak kita ni kan seminggu ni memang susu-susu-susu aje kejenya.. Baru je habis sebotol mintak lagi. Nasik tak nak. Aku cakap kat dia, lepas ni kena suruh daddy beli lembu je la. Tambat kat tiang tangga tempat dia selalu bergayut slash ambik feel TER kareb di situ. Kalu haus nak susu, gayut je terus menerus kat ketet lembu tu. Hahahahaha... Encik Jack siap tunjuk video budak kat India yang menyusu direct dari lembu tu. Eeewwwwww gross I know! Sengih-sengih cik Kak kita kena ugut camtu.

Part bestnya, Cik Kak kita dah ingat surah al-Fatihah. Tajweed ofkos ke laut biru lagi... Tapi boleh la... Lepas ni boleh proceed surah-surah lazim lain... In Sya Allah...

1 comment:

jie @ azie said...

comeei zaraa lukis bunga.. buleh bui bunga ko mami tuu.