Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, April 21, 2015

#1196 Me Vs The Salivating List

Kalu tengok kat gambar-gambar bawah ni memang panjang lah senarai air liur Blog Diva. Wakakakakaaaa.. Memang merembes weh... Makin tua ni tiap kali nak dekat datang bulan sure mulut duk berair nak makan something sweet. Tangan ni tempting sangat-sangat nak membaking baq hang. Apa penghalang aku dari membakingnya? Nanti aku citer di akhir rancangan. Kalu citer awal-awal anti climax tak best ar baq hang. Thehehe...
Senarai ni tak ikut priority. Ini aku citer secara random aje lah menurut nafsu nafsi aku yang membara-bara nak terkam benda-benda manis ni. Okeh. Moist choc cake. I am not a fan of chocolate-y food. Tapi sebulan sekali time bulan mengambang mesti jadi penggemar coklat jadian. Nama pun 'jadian' kan. Hubungan love-hate relationship aku dengan cekelat ni sebab utamanya, bila aku makan cekelat, perut aku jadi sebu. Pastu gastrik pun datang. Tapi time bulan mengambang tak rasa pulak kembung perut. Hehe... Kalu mengandung boleh la relatekan dengan teori pembawakan budak. Kan.

Dah apa masalahnya takleh buat kek ni sendiri? Boleh buat... Tapi sepanjang aku berkecimpung dalam bakery asyik tak jadi ni, aku masih mencari resipi yang kena dengan tekak aku. Kebanyakannya rubbish bagi aku. Rasa tak cukup coklat lah. Tak lemak la. Tak gebu la. Tak moist lah. Seumur hidup aku dari kecik duk makan resipi kek choc moist Nik Deana aje. Resipi cukup moist, cukup rasa coklat. Banyak resipi kek coklat moist yang aku jumpa pakai minyak. Blerrrgghhhh!!! Boleh bayang tak macam kau togok minyak masak? Resipi pakai minyak ni memang lah kejadiannya moist. Tapi moistnya more to greesy gitu bagi aku. Kalu pakai resipi Nik Deana tak pakai minyak. Dia pakai air rasanya. Cake batter pun boleh nampak cair. Itu yang aku suka. Moist choc cake pakai minyak is strictly NO GO for me. Sebab duk asyik terbayang masa makan kek tu macam aku isi minyak dalam cawan pastu teguk. I is cannot!

Baru ni someone from Resipi Ringkas share resipi moist choc cake pakai buttermilk. Resipi dan sukatannya memang mudah sangat-sangat. TAPI, hasil akhir yang aku temukan adalah sebijik kek bantat. Tak rasa coklat pulak tu. Axed! Kesimpulannya aku masih menjumpai resipi setara  Kek Coklat Moist Nik Deana. Takkan nak suruh Nik Deana buat kat aku pulak kan?
Next cake-moist butter cake. Aku pakai resipi Azie Kitchen. Memang makan dalam tangisan punya lah sedap. Ke sebab aku pakai butter mahal aritu? (pure butter cap President tu). Memang tak menyesal try resipi dia. Mostly memang resipi dia boleh dipercayai lah. Kalu ikut tuan tanah, dia pakai Anchor butter. So, aku tanamkan hasrat nak guna butter cap Anchor lah pulak pasni. Since semorang yang pakai butter cap ni duk gebang wangi lah, lemak lah.... Ok nanti mak try.

Yang aku try baru ni memang takde cacat cela pun sebenarnya... Cuma aku bakar dalam 2 versi bekas loyang. Satu jenis mangkuk stainless steele macam untuk buat muffin tu. Satu lagi aku bakar dalam periuk kecik. Disebabkan oven aku dah mengalami kesan penuaan.. Makanya sekarang ni panas dia jadi tak sekata. Belah ke dalam sikit mudah hangus, bahagian dekat dengan pintu oven lambat skit masak. Versi periuk aku letak kat belakang, versi muffin tu belah depan. Masuk sekali, keluar pun sekali tapi 1 versi hangus dan a tad dry, 1 versi mulus berseri. Yang mulus tu versi muffin lah. Ya Allah... Teringat-ingat lagi saat menggigit kek tu. Terselam gigi mak! 

Anchor butter dah ada. Bila nak buat ni.... Sila semak sebabnya di akhir rancangan ye. 
RV! Pertama kali jatuh cinta pandang pertama berkenalan di rancangan The Martha Stewart Show. Masa tu kat Malaysia belum troll lagi kek ni. Berapa lama aku memendam rasa kan. Pastu bila dah termainstream kat negara ni, Cikgi Diva ada post sebekas untuk birthday aku. Sumpah, aku sangat menghargai! Semoga Allah angkat darjat sahabat aku yang seorang ini amin. I may not repay you with money, but a sincere prayer is something doable for me. 

Okey berbalik pada cik RV kita tadi... Apa masalahnya dengan dia? Masalahnya aku sangat pantang dengan food coloring ni. Mak takut dengan artificial bright colorful food ni. Dah tua-tua ni kena la health concern kan. Mana yang boleh cut down, aku cuba. So, kalu ikut resipi RV yang klasik, depa pakai beet root untuk dapatkan the bright red colour tu. Beet root. Natural. So what's the problem? Problemnya beet root ni ada rasa dia. Bila kek tu dah masak, the taste is still there. Benda berkhasiat ni memang rasa kureng sikit.

Kelmarin tertimbul idea nak substitute jadik Blue Velvet Cake. Pakai bunga telang la semestinya... Tapi takut jadi ngeri pulak hasil kejadiannya... Kalu nak play safe, aku kacau sikit je pewarna biru telang tu bakar dalam bekas muffin kecik tu dulu barang sebijik.. Tengok hasil cemana. Kalu acceptable, boleh proceed. Kalu inacceptable, boleh kasi bebudak 2 orang ni jilat. Hahahaha... Itupun kalu diorang tak terkejut budaya kan... Kalu nak buat kaler biru, kena axedkan serbuk koko lah. Koko+biru kan haywire. Ada beran ke? Aku berkobar-kobar dah tadi nak buat...
Cheesecake. Baked or chilled. Kalu kena cara buatnya, Adam makan. Kalu Secret Recipe nyer cheesecake dia suka. Tapi setakat ni belum berjaya lagi buat cheesecake. Asyik failed aje. Baik beli je lah. Cream cheese bukan murah kalu setakat nak try and error and error and error ni. Tapi beli cheesecake 1 slice pun dah sakit nak membayar. Makan 1 mana cukup kalu share 3 beranak. Dilema, dilema.
Tat telur. Dah sploh tahun dah kot tak makan. Teringin nak buat. Google recipe tadi. Tak susah pun bahan-bahan dia. Tapi aku takde acuan nak bakar tu. Bekas muffin 3 bijik tu ada la. Nak kena repeat bakar berapa batch baru habis. Time consuming... Tak boleh. Nanti aku tiba-tiba datang angin malas cemana? Kang ada yang terbakar dalam freezer je karang. Hehek..
Cream puffs and churros... Nak buat pun, nozzle and piping bag takdok. Tengok step-by-step macam tak susah nak buat. Nak beli piping beg malas pulak. Aku bukan suka pun keje-keje piping ni. 
Merembes, merembes jugak. Dalam tak tahu nak masak pun, kul 12 pm wajib masuk ofis nak usahakan sesuatu sampai jadi makanan yang boleh dimakan. Kelmarin masak nasi daging singgang, kailan ikan masin, ikan kering masam, sambal belacan, ayam goreng tapi sambutan suam kuku je. Hari ni malas ar nak masak nasik. Masak spegeti je la. Tapi kalu masak spegeti tengahari, malam nak kena masak benda lain pulak. Surirumah pun malas jugak nak kena masuk dapur 2 kali. Last-last, buat jugak spegeti. What's for dins, nanti-nanti la fikir. Kalu encik Jack singgah pasar malam lagi bagus. Right now, my cooking mojo all gone. If only I have choice!
Makan spegeti je memang kenyang kejap je... Nak penuhkan perut lagi, tambah salad je la... Dah lama tak makan salad. Cik Kak kita ni bersinar mata tengok ada sos Thousand Island. Suka benar la. Berapa kali squirt berapa kali tambah salad. Tapi dia makan butterhead aje lah. Carrots, tomato and cucumber dia tak nak. Jadilah kan. Selalunya kalu nak suruh makan lauk sayur ni memang bercinta lah. Salad-salad ni dia suka. Senang ati mak, nak.
Beli mangga muda cinonet 3 bijik kat pasar baru ni. Saje nak cincang makan dengan budu. Tapi rasa boring pulak asyik makan budu gatal muka-muka. Time tak boring aku hadap je. Gatal apa pun, kemudian kira ;p First enjoy, second repent. Miahahahaha.... Beli 3 bijik tu aku cincang sikit je buh dalam budu baru ni. Ada lagi 2bijik setengah. Cek tengok tadi buah tak lembik. Cantek ah. Terus potong-potong buat jeruk. Boleh makan bila-bila nanti. 
Ni pulak projek gagal seribu keping aku. Dah lama simpan hasrat nak buat lokcing. Baru ni beli la ikan sadin. Kelmarin nyer projek ni. Failed penuh gilang-gemilang. Resipi pakai tepung ubi/kanji. Aku dengan kompidennya gi beli tepung sagu. Sungguh watdehel kan. Skang ni henpon pakai prepaid yang aku tak reti-reti nak topap. Kredit dah expired. Kalu kat rumah apa-apa hal internet pakai wifi rumah je. Bila keluar la menggelupur sikit. So, masa kat Tesco baru ni dah was-was. Tapi nak cek tak boleh la sebab takde kredit. Makanya beli je la tepung sagu tu. Bila derhaka ni mana jadi. Ekceli, jadi.. Tapi rasa macam keropok lekor. Sedap makan time panas je. Bila sejuk memang jadi senjata pertahanan yang maveles. Hahaha... Bebudak ni memula tengok memang eksaited la... Bila sekali gigit... Hmmm... Takpe la... Makan 2,3 bijik terus blah.
 
Kalu ada mood lenkali nak try guna tepung ubi lah tengok hasil cemana. Nasib baik buat sikit je. Takde la terkilan bila tong aku tadah mulut. Hahahaha...

*Updated*
Tadi dah publish. Pastu baru teringat awal-awal entri tadi kata suruh tunggu akhir rancangan kan... Hehek.. Boleh pulak blah tanpa reveal... Marah cik kak-cik kak yang baca ni kalu ada la..... Takde apa... It's just that bil letrik beberapa bulan kebelakangan ni tak berapa menggembirakan si pembayar. Not sure la sebab GST dah start or memang sebab boros guna letrik.  Dah dua kali bil letrik 200+. Paling ketara alat letrik yang banyak consume letrik ni ekon la. Iron dah kurang since Encik Jack tak keje ni. Takat iron baju sekolah baju KAFA Adam stok seminggu tu 15 minit max.. Ekon pakai malam je.. Ke memang tarif letrik naik berdengung sejak GST ni?

Sebab boss mengeluh bil letrik 200+ aku jadi segan nak membaking. Maklum la kadar keberjayaan adalah rendah ;p Guilty pleasure gitu. Takkan semata-mata nak puaskan kehendak baker tak reti aku ni, dia kena bayar banyak. Haih susah jugak kan tak keje ni. Kalu keje ada duit sendiri, nak buat apa pun bebas. Takde rasa rendah diri menyusahkan orang macam aku rasa ni.

Tapi mulut dah pap-pap-pap merembes nak makan kek ni cemano? Tak tenteram jiwa rasa. Percayalah. Nak pesan-pesan suruh dia beli, dia tak suka aku pesan-pesan... 

Oh lapar lah... Nak gi makan dulu. Lepas ni la pikir apa solusi cake crave aku ni.

2 comments:

jie @ azie said...

wow.. sedapnyo tgk butter cake tu. pagi2 ni sero lapa la pulok tgk kek tu.

Blog Diva said...

jie....mu lapar pagi jah ko? aku lapar pagi tghari, ptg, mlm... bgn tido perut cerok slaluh ;p sungguh ni.