Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 23, 2015

#1197 Me Vs Garden, Overhauled

Hai! Hari ni memang langkah kanan aku. Alhamdulillah sangat-sangat... Ada jiran India bagi aku 2 pokok amaryllis, i believe. Jenis pokok lilies la.. Dia cakap 1 bunga kaler merah, 1 lagi bunga kaler pink. 
Tak sure bunga macam mana. Bila google, ada macam-macam variety bunga ni. Merah saje ada berapa jenis. Pink saje ada berapa jenis. Ke peach. Tengok daun macam lebih kurang sama je semua. So, tak tahu la yang aci ni bagi bunganya macam mana. Harap-harap pokok ni mampu bertahan sampai berbunga la..
Ni ke?
Lagi pening.
Yang ni pun lawa.
Kalu yang ni memang lumayan lah.
Nak semua!
Ke yang ni?
Ni pun ok.
Hybrid kah?
Oi banyaknya jenis!
Naknaknak!
Macam lili kampung je?
Tak pernah tengok lagi yang ni..
Haaaaa... banyak pesen kan... Subhanallah.... Memang besar kuasa Allah ni.. Macam-macam kaler Dia boleh buat. Syok kan kalu semua varieties ada dalam koleksi tanaman kat umah aku ni.. Hahahaha... Orang dah bagi 2 pokok tu nak peha pulak kan. Yang 2 ni pun belum tahu untung nasib macam mana. Ada hati.
Googled
Tengah tunggu aci tu gali amaryllis dia, tegur jiran Melayu depan umah dia, dapat ros jepun kaler putih pulak. Yang ni aku mintak. Umah aku ada kaler pink muda, magenta dengan deep red aje. Putih dah dapat hari ni. Lepas ni nak kaler oren, kuning and yang hybrid-hybrid... Walla.... Suka ros jepun ni. Berbaloi beli sebab dia cepat membiak. Berbunga pulak hari-hari. Tak banyak kerenah. Perosak pun jarang hinggap. Sesuai la untuk grower yang susah menjadi macam aku ni.
Sesuai dengan sempena dapat pokok free ni... Berkobar-kobar la aku overhaul tanaman aku.kasi upgrade sikit lah. Boring asyik gitu je pokok aku bertahun-tahun. Pokok ferns dengan lili kampung aku ni dah membiak dengan sungguh berjaya sekali. Aku korek buang separuh. Kasi loose la sikit. Pandan aku pun dah tua. Tinggi rupa macam pokok tebu dah. Pun dah kena tarah untuk ditanam semula. Pokok kalu dah tua, produktiviti pun makin kurang lah. Sama macam orang jugak.
Homegrown chillies.
Lepas berpeluh dan berpenat bergardening, masuk rumah cik Kak kita asyik request nak roti jala dengan kuah kari. Pitam mak nak. Takde ke menu cereal with milk ke apa... Try distract dia, offer makanan lain yang tak menyusahkan aku. Tak makan saman dah. Nanges-nanges nak makan roti jala. Hadoiii mak penat la naaaak... Delay punya delay, distract punya distract, last-last kena buat jugak lepas aku regain my energy. Budak ni memang determine sungguh. Makanya lauk lunch harini salah satunya adalah kari. Sekali harung terus. Buat kari pakai cili ngan daun kari fresh you. Petik belakang dapur je. Pokok dah tua jugak ni, dah tak produktif. Buah makin ketot dan dah tak lebat. Aku tunggu semua buah masak, lepas tu nak cabut tanam lain. Masak-masak-masak... Siap la roti jala dengan kari ayam dia. Nasib baik makan penuh enthusiast. Sejuk hati mak yang panas ni nak.
Sebelum hadap pasu bunga.
Tobatlah penat bergardening dengan budak kecik ni. Nanti aku update pokok sunflower aku setelah berkali-kali percubaan menanam macam-macam jenis sunflower.. Bukan salah aku. Bukan salah sunflower tu. Salah perosak yang ada macam-macam jenis ditambah lagi dengan faktor cuaca tak menentu. Gardening ni macam tu la. Kita cuba yang terbaik tapi outcome belum tentu lagi. 

Ngantuk weh... Tak sangka gardening ni pakai sebegitu banyak tenaga. Tanam kecil-kecilan je pun. Salute pada petani, peladang, pekerja ladang kelapa sawit... Owh macam mana lah diorang boleh tahan all the physical, hard work....

No comments: