Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 1, 2015

#1198 Me Vs Pre Wedding Reunion

Selagi tak buat kek idaman gigi yang mengidamkan benda-benda manis ni, selagi tu la tak sedap duduk. Gatal-gatal je tangan gitu kan. Last-last terbuat jugak la butter kek resipi Azie Kitchen. Macam biasa la... Aku pakai separuh aje dari resipi asal. Yang lawaknya, half of the recipe tu pun aku bakar separuh aje. Separuh lagi kasi budak-budak ni jilat. Hahahaha... Senang keje kan. Takde la membazir kalu kek tak menjadi. Kiranya, aku guna suku je lah dari resipi sebenar kek ni. Sangat sesuai la untuk isi rumah yang tak berapa gemarkan kek kecuali aku sorang je ni.
Haritu buat kek memang gebu gebas. Pakai resipi sama jugak. (cuma kali ni derhaka memandai-mandai tambah kismis, tak menjejaskan pun kan) Tapi kali ni a tad dry pulak. Kecik ati aku dengan oven ni. Kejap jadi, kejap failed. Frust mak tau. Lepas sejuk kek ni aku terus transfer masuk tipuware. Biasa la aku, lepas baking-baking mana makan terus. Ambik rasa semulut dua tu ada la. Tapi makan time panas-panas baru masak ni selalunya lain rasanya bila kek ni dah sejuk. Kan. 

Masa tengah bakar kek ni, curious jugak nak tahu apa beza pakai Anchor butter dengan butter-butter lain. (note: Buttercup bukan butter ok. Sila semak ingredients dia) Depa duk gebang pakai Anchor bau terlajak wangi dari butter-butter lain. Ok mak try lah... Wangi? Define wangi. Bagi aku sama je bau.. Memang la masa bakar tu bau yang terbangkit sangat menggoda hidung aku. Tapi setakat tu je la. Takde la aku boleh buat satu benchmark wangi tu cemana dan brand apa yang qualify untuk mencapai taraf wangi tu. Ok-ok je bagi aku. Ketika itulah (masa kek baru dikeluarkan dari oven dan dibiarkan sejuk).

Pastu, macam biasa la... Aku bedal kek time tengah lapar. Iaitu kebiasaannya sehari dua tiga hari selepas aku buat kek. (hari mula-mula buat dah kenyang ambik bau) Lepas 2,3 hari memang perasan jugak la kek tu memang makin wangi. Emm... Ke aku je yang exaggerate. Agaknya makan time perut lapar memang selipar jepun pun aku kata sedap dan wangi.
Resipi kek butter moist Azie Kitchen yang aku guna tu cam gambar kat atas ni je. Minus soda bikarbonat. Tak tau nape aku letak sekali benda alah ni. Padahal tak pakai pun. Koya betul Blog Diva. See, senang aje kan bahan-bahan dia. Sekali ingat, menyesal pulak kasi budak-budak ni jilat separuh lagi batter. Tu lah tadi malas nak bakar second batch kan. Bila kek dah habis, takde benda dah nak hadap time lapar-lapar ni, time tu la teringat adunan kek yang budak-budak ni jilat. Huk aloh.
Lepas habis kek butter yang moist tu, mulut teringin lagi. Egg tart pulak. Aku try resipi entah blogger tak tersohor mana entah... Pastri dia ok-ok je.. Filling dia seriously tak sedap. Tak lemak macam store bought. Nak kata menyesal buat, dah mulut terketap-ketap nak makan. Nak gi beli, almaklum je la.
Next time kalu buat lagi (rasa macam tak dah kot), filling dia kena preheat dulu siap-siap. So, takde la nak kena tunggu lama untuk fully cooked. Tart shell pun kena bakar light-light je. Sebab, kalu filling lambat masak, takde la shellnya hangus rentung. Tak lawa la nanti. Overall, egg tart ni hancus sebab manis sangat dan tak lemak. Rasa macam sos kastad puding kastad tu je. Resipi ni pakai 4 biji telur. Kena cari lebih banyak telur baru sedap. Tapi aku akan rasa sayang la pulak nak mengerjakan telur mahal-mahal dalam fridge semata-mata nak buat tat telur. Ah senang citer next time beli je la.
Kelmarin Puan Menteri sampai Penang. Macam biasa la yang paling seronok tak hengat budak-budak ni lah. Mak bapak dia seronok jugak, tapi lain kategori lah. Masuk je Puan Menteri dalam rumah terus terkam barang-barang yang Puan Menteri bawak. Esok kenduri sepupu aku kat Teluk Intan. So, Puan Menteri datang sini dulu. Esok kitorang pegi together-gether la.
Petang ni Puan Menteri nak beli hadiah kawin sepupu aku tu. Kitorang gi Sunway, tapi harini ada expo pebenda ntah, parking full. So, lepas 2 kali pusing takde parking jugak, kitorang blah ke Pacific. Sesambil cari hadiah kawin sepupu aku, ada la orang tu dia request nak keta kontrol... Tau dah kalu mintak dengan mak bapak dia for sure tak dapat sebab tak dapat nombor 1 kan.. So, bijak la dia mintak dengan Mamatuk dia. Kebetulan lusa dah birthday dia. So, kena la timing dia. Dapat lah prebirthday pressie...
And, takkan Cik Kak kita nak tengok je kan... Dia pun tumpang sama la mengepau Mamatuknya alang-alang. Nasib baik harga dia punya one third dari harga birthday pressie si abang. Mana boleh lawan tokey kan. Itu pun aku dah puas heret dia pusing kat mainan yang murah-murah. Lorong mana mainan harga lebih dari yang dia pilih ni memang awal-awal aku tak bagi dia lalu. Play safe to ease on our wallet ;p Tahu-tahu je la cik kak kita ni kalu dan dia nak something,  memang kena beli jugak. Else, balik rumah asyik dengar dia repeat tak kepuasan hati dia over and over sampai ko rasa nyesal tak beli je sebelum tu.
Puas hati la cik Kak kita ni... Siang malam asyik memasak.. Dapur dia ni ada lampu and music. Tercabar la kalu dia 'memasak' time kita tengok tv. Sebab volume music dia takleh kontrol slow kuatnya. T_T Menanah telinga dengar lagu dapur dia.
Kalu dapur betul kan best... Boleh aku goyang kaki every meal time. Hehe. Tapi kira okey la.. Masa kitorang duk lepak-lepak depan tv dia ada datang bawak sedulang air 3 gelas. Untuk mommy satu, daddy satu, mamatuk satu katanya. Air apa entah tak tahu pulak. Layan je la play pretend dia ni. Dah besar dah anak dara aku ni. Pandai hidang air kat tetamu :8) Lambang kembang hidung maknya.

2 comments:

raudhah sutrisno said...

Eh eh ehhh! Tersama pulak..kitorang pun membaking kek resepi ni Isnin lepas, guna Anchor jugak!!First time and it turns out good!=)
Anchor mmg lemak sikit rasa, kalau nk lagi best guna SCS Butter..lagi yumm rasa dia kot sebab pernak guna SCS buat cookies dulu..

Blog Diva said...

owh hai raudhah! still baca blog saya lagi rupanya...ingatkan menceceh sesorang je skang ;p

aiyark..pure butter semua mahal2.. nak beli pun pikir 10x weh... selalunya i guna buttercup aje.. sesaje je gelenya kali ni nak eksperimen pebenda kecoh sgt kan dgn anchor butter ni...

i tggu tesco sale SCS nanti i grab seketul dua try! ngehngeh..